Berjuang untuk cara hidup sihat! - Cerita Ita                                                             Berjuang untuk cara hidup sihat! Langkau ke kandungan utama

Berjuang untuk cara hidup sihat!

Berjuang untuk cara hidup sihat!

Assalamualaikum semua, kalau ada sesiapa yang mengikuti aku kat facebook dan instagram tentu perasan yang aku semacam ada kegilaan baru.. bukan kegilaan dengan susu eh.. hahaha.. itu susu viral.. lain.. yang ni kan kegilaan tentang cara hidup sihat! Mesti ada yang rasa ntah apa-apa Ita ni.. nak merepek apa ntah tu..

Berjuang untuk cara hidup sihat! 


Sebenarnya aku nak kongsikan dengan korang pasal hobi baru aku sekarang ni.. aku kan dah letak azam awal tahun aritu nak dapatkan sekurang-kurangnya 1 medal untuk larian tahun ni.. tapi bila dah sampai setengah tahun aritu aku mulai sedar yang aku tak mungkin dapat capai matlamat 1 medal tu kalau aku nak jugak ikut acara larian secara biasa.. agak cemburu jugak bila tengok memana kawan-kawan yang mampu buat tu sebenarnya.. 

Tapi apakan daya kan.. aku dah sedar banyak halangan yang berada depan aku ni dan aku jugak sedar orang-orang yang nak berjaya ni kan memang halangan dia banyak.. cewaaah berjayalah sangat kan.. jadi aku kenalah kuatkan semangat.. cekalkan hati dan tukar strategi..  dan aku akhirnya ambik keputusan nak follow seorang kawan kat facebook ni.. dia aktif berlari sana sini.. part tu memang aku kagum la.. tapi yang paling aku suka ialah dia berlari secara virtual..

Abg ngah pun dah rupa Mr Bean dah..


Haa.. dengar virtual tu janganlah korang bayangkan dia tu berlari macam guna alat virtual reality yang Mr Bean guna dalam cerita Johnny English 3 tu haa.. ngek la Mr Bean tu.. berdekah kami ketawa anak beranak dalam panggung tau.. sabar je la.. yang kawan aku ikut ni stail Virtual Run..

Virtual Run ni keadahnya macam kau lari untuk capai target macam dalam larian sebenar yang korang daftarkan.. samada daftar untuk 3 km ke untuk 5 km ke untuk 10 km ataupun untuk 20km.. huhu.. kalau dapat yang hujung tu mau putus nafas dah agaknya.. haha.. lepas tu korang akan diminta untuk habiskan tugasan larian dalam masa yang ditetapkan la.. kiranya kalau larian tu bermula 24 Oktober sampai 27 Oktober korang kenalah habiskan dalam masa 3 hari yang dibenarkan ni.. lepas tu korang kena screenshot bukti larian yang korang buat melalui aplikasi yang dibenarkan sahaja ya.. pastikan baca dengan betul.. rugi je kalau dah buat tapi tak dikira hujung-hujung nanti kang..

ini yang terbaru aku buat kat melaka.. jangan kecam ok! 


Aku pulak sebab baru bermula kan..jadi aku cuma pilih jarak paling selamat iaitu berani ambik yang 3km je la.. itupun kalau ada 1km agaknya muka aku adalah kat situ.. hahaha.. azab wei memula aritu.. rasa macam nak pengsan.. sakit kaki semua la.. padahal aku bukan lari pun.. aku cuma jalan lelaju je.. belum mampu lagi nak lari.. slow-slow kayuh la kan.. yang bestnya bila kau sebagai mak anak 4 suka nak buat aktiviti macam ni.. anak-anak kau pun akan ikut sama tau.. takde la asyik menghadap handphone je sepanjang masa kan..?  tak sihat tu! 

aku dah ada 3 e-badge yeay! 


Itupun aku jalan dapatlah capai paling laju 43 minit.. kira ok la kan untuk 3km je.. pada aku kira pencapaian la tu… korang janganlah pandang aku sehingga jejak ke bumi tu haa.. bagilah can sikit.. huhu.. setakat ni pun aku cuma mampu join virtual run yang free je dulu.. bukan apa.. buatnya aku gi join yang berbayar tetiba aku tak mampu buat tak ke rasa kesal kan.. ecece.. alasaaaan.. pasal buat alasan memang kau ratu sedunia la ita.. haha.. tapi aku dah berjaya buat 3 larian tau setakat ni.. ada la dapat e-badge untuk koleksi.. dan memang target hujung tahun ni aku akan pegang satu medal jugak la walau untuk virtual run ni.. doakan aku ek.. 

tengah berangan gak nak cari kasut dan seluar sesuai untuk berlari ni.. nantilah nak survey!  Eh ada ke yang berminat nak cuba aktiviti sihat macam aku ni jugak? Kalau korang jenis yang malu nak join event lari-lari besar depan orang tu sesuai sangat la ok.. meh sesama kita jayakan dengan virtual run je.. info lanjut korang boleh gi kat www.42race.com ok.. jangan kata aku tak payung pulak ok!

Ceritaita

Ulasan

  1. Wah best nya! Excited jugak nak join. Sekarang ni fun walk setempat ja kat rumah dan tempat keja. Haha

    BalasPadam
  2. Wahh, bagusnya exercise 😍

    Salam kenal ya..
    Husniey follow sini #619

    www.husnieyhusain.com

    BalasPadam
  3. Bagus cara CikTa, demi kesihatan diri kita kann..
    LZ doakan semoga target CikTa tercapai..

    BalasPadam
  4. Bagus ita.. aku nak 1km aje boleh? Haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...