Bila dah cuba susu Fernleaf UHT - Cerita Ita                                                             Bila dah cuba susu Fernleaf UHT Langkau ke kandungan utama

Bila dah cuba susu Fernleaf UHT

Bila dah cuba susu Fernleaf UHT

Assalamualaikum semua,  baru ni aku ada upload gambar lembu bertukar jadi sudu kat Instagram dan facebook kan?  hehe.. saja bagi teaser sebab nak cerita pasal kebaikan susu.. kalau kat rumah kami ni susu memang antara barang dapur yang wajib ada.. takde benda lain takpe janji ada susu UHT dalam kotak yang 100% Mmmmm sedapnya.. tapi kali ni kami teruja pulak bila dah cuba susu Fernleaf UHT.. 

 
Bila dah cuba susu Fernleaf UHT


Maklumlah bebudak ni apa saja mesti nak guna susu.. kalau abg ngah tu bila ada kotak susu dalam peti yang belum buka lagi pun tak jadi masalah kat dia.. mesti pandai je dia bukak.. macam baru ni la.. tau-tau je dah ada kesan susu kat mulut.. tapi bila kita tanya.. eh.. pandai pulak tak mengaku minum tu.. bila kita tanya lagi dia dah senyum-senyum..  ini semua mesti sebab tak tahan godaan 100 % susu segar dari New Zealand ni.. hehehe.. 


Abg Ngah - budak paling suka minum susu


Ya la selama ni bebudak ni tengok iklan kat tv je pasal kebaikan susu dan kesegaran susu segar Fernleaf dari New Zealand.. kebetulan pulak kat rumah ni memang kami minum susu Fernleaf yang untuk keluarga tu.. jadi memang tentulah bila tengok yang Fernleaf UHT dalam pek sedia untuk diminum ni lagi teruja la diorang kan.. ada 2 jenis pek yang disediakan pulak tu.. yang kecik saiz 200 ml dan yang pek besar 1 liter.. ada dalam versi coklat,  low fat atau rendah lemak dan full cream atau penuh krim.. kami selalu memang akan ambik yang full cream atau coklat je la.. walaupun hakikatnya aku patut minum yang rendah lemak.. hahaha.. 


Fernleaf UHT 100% susu dari New Zealand 


New Zealand adalah antara negara yang terkenal dalam industri tenusu..  Ini sebab New Zealand mempunyai tanahnya yang subur,  kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak amat sesuai untuk penanaman rumput segar yang khusus bagi pembiakan lembu tenusu.. kira memang mereka terkenal dengan kepakaran menghasilkan rumput segar dan membela lembu secara bebas di padang ragut yang luas dengan cuaca dan air yang bersih tanpa sebarang penggunaan penggalak susu..  tapi memang betul pun kan.. kalau badan tak stress lagi banyak susu segar dapat dihasilkan.. 


Lelagi bila tengok iklan kat TV tu tunjuk gambar lembu hitam putih yang sangat comel tu kan.. tetiba dapat pulak lembu comel tu mendarat kat rumah kami.. tapi malangnya kena postmortem dengan vet pulak.. hee.. dah la memang lama dah kami teringin nak ke New Zealand ni.. dapat berangan-angan dengan susu dari sana pun jadi la kan?  hahaha... 


bekas aiskrim DIY untuk buat aiskrim susu Fernleaf UHT


masa dapat tu pulak kebetulan kami ada bekas aiskrim yang baru je kami beli.. terus teruja nak guna untuk buat aiskrim Fernleaf UHT coklat! Layan je la video kami bukak bungkusan dan buat aiskrim ni.. 




jadi mak-mak ni kita kena jadi ekstra kreatif untuk anak-anak tau.. ni pun kira cadangan la untuk ibu-ibu yang ada masalah anak yang susah nak minum susu.. cubalah pelbagaikan cara ok.. macam anak-anak kami kat rumah ni biasanya takde masalah nak minum susu jadi taklah risau sangat.. memang biasa pun anak-anak guna susu untuk makan dengan bijirin sarapan.. bulan puasa pun itulah menu diorang ni untuk sahur.. alhamdulillah bertahan lagi lama dari makan nasi.. dan bila dapat kit sekali dengan straw cantik macam ni lagi senanglah kerja mak-mak macam aku nak bagi anak minum susu.. tengok je la gelagat anak-anak ni.. siap ada yang masam muka dan tak puashati lagi tu tak dapat giliran minum dengan straw comel.. hahaha.. 


Sedepa muncung kakak.. haha

kakak dah senyum.. adik pulak masam

tak dapat masuk straw dalam mulut.. bendera pun jadi 😆

Lepas ni insyaAllah kami akan gunakan Fernleaf UHT jugak.. lebih mudah berbanding susu tepung Fernleaf sedia ada tu.. Tinggal buka dan tuang je.. senang keja mak.. hehehe.. Tambahan pulak bila aku tau Fernleaf UHT ni dihasilkan dari susu segar yang dihasilkan secara semulajadi oleh lembu tenusu yang terjaga rapi serta diberi kebebasan meragut.. tau tak yang tak semua lembu tenusu diberi makan rumput? tapi berlainan di New Zealand yang mana 90% dari masa meragut rumput pada hari cerah digunakan oleh lembu tenusu di New Zealand ini untuk meragut secara bebas..  best kan? Bila dah bebas macam tu,  susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semula jadi dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh badan.. bukan tu je.. ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi,  vitamin A dan juga vitamin D.. mana taknya.. bila lembu tenusu dipelihara secara semulajadi dan bebas.. tak mustahil jugak akan menghasilkan susu secara semulajadi dan berkhasiat yang berkualiti tinggi.. 



Susu Fernleaf UHT bersama aiskrim susu coklat Fernleaf UHT

Itu belum lagi nak cerita pasal reputasi penternak lembu tenusu di New Zealand lagi.. Dengan pengalaman lebih daripada 140 tahun dalam perladangan tenusu,  kira boleh dikategorikan sebagai pakar tenusu dah ni.. mereka juga sangat berdedikasi untuk memastikan kualiti tertinggi dalam setiap peringkat pengeluaran susu daripada air yang bersih,  rumput segar yang berkualiti tinggi hinggalah ke produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna.. hebat kan?  Rasa bangga jugak bila dapat minum susu segar yang penuh dengan 100% manfaat terjamin dari New Zealand ni.. yang lagi bagus tu sebab Fernleaf UHT ni berada dalam kotak mudah untuk diminum.. memana pun boleh dapat khasiat susu segar dari New Zealand.. korang tak teringin ke nak cuba sekali? 

Ceritaita

Ulasan

  1. Setuju..kena kreatif nak bg anak2 minat susu

    BalasPadam
  2. Wah ni yg buat Aku terasa nak Cuba Susu fernleaf ni

    BalasPadam
  3. Dania plak dia masukkan sekotak2 susu tu dlm freezer..then esoknya dia buka masukkan dalam cawan..hahaha...dia lagi suka jadikan aiskrim dari minum macam tu..

    BalasPadam
  4. Sedap susu ni kan k.ita. anak aina mmg suka susu coklat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...