Makan-makan di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya - Cerita Ita                                                             Makan-makan di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya Langkau ke kandungan utama

Makan-makan di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya

assalamualaikum semua,  lama dah tak cerita pasal kami keluar makan sekeluarga kan.. ada je tapi selalunya aku update kat facebook.. buat masa sekarang ni nak tulis blog macam terhad sesangat.. apa nak buat kan.. dan bertukar tempat kerja yang baru ni banyak benda baru kena belajar.. dan banyak masa kena korbankan jugak.. nak luangkan masa mengisi hobi menulis nan satu ni pun macam tak sempat jadinya.. tapi hari ni aku nak jugak tulis buat ingatan peristiwa yang jarang-jarang berlaku dalam hidup kami anak beranak.. semalam kami makan-makan di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya! 

Makan-makan di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya

bersemangat anak-anak bila sebut nak makan kat steamboat.. walaupun memasing ni bukan tau apa pun steamboat tu sebenarnya.. hahaha.. acah-acah tau sudah.. mulanya agak nak lari la plan.. sebab plan nak datang makan-makan di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya ni dalam pukul 12 tengahari.. sekali tu boleh pulak abg ngah dan kakak husna dapat surat dua hari sebelum tu kata ada kem bestari solat kat sekolah pada hari yang sama..  ok mak dia terus jadi panik jugak bila terbaca tulisan besor-besor cikgu siap bold tulis kedatangan 'WAJIB'! mau tak panik kan.. kami dah elok plan semua.. 

yeay kami dah sampai! 


bincang punya bincang kami hantar gak bebudak ni gi sekolah kemudian ambik awal je la.. alhamdulillah pihak sekolah bagi keizinan akhirnya.. mudahlah urusan kami semalam.. dan kami akhirnya berjaya makan-makan di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya! yeay! meh aku cerita apa je yang best kat sini jom.. 

Pak John Steamboat & BBQ

ada bermacam menu tau ada kat Pak John Steamboat & BBQ ni tau.. yang best semuanya segar!  part ni yang paling penting kalau kita nak makan steamboat kan.. tak mau la bila sesedap makan balik rumah lepas tu perut meragam pulak.. azab rasanya kalau jadi macam tu.. kat sini dah la segar.. dapat la pulak kelas A dalam penyediaan makanan.. jadi tak perlu ragu-ragu kalau nak masuk makan lagi dah.. cuma mulakan dengan bismillah.. hehe.. 

Kategori A tu


tengok je la pilihan makanan yang ada.. ada dihidangkan jugak nasi dan pilihan mee dan lauk siap masak untuk sesiapa yang kata "ala.. makan steamboat je.. mana kenyang".. haa.. untuk korang menu tambahan macam ni sesuai sangat tau.. dah la banyak pilihan sedap pulak tu..

pilihan nasi dan pelbagai mee serta lauk siap masak


lepas tu pilihan makanan laut dan makanan siap perap pun ada banyak sangat sampai rambang mata jadinya kami kat situ.. bebudak ni lagi la.. semua nak diambik sampai terpaksa buat syarat.. makan satu-satu dulu.. ye la memang kat sini korang boleh ambik ikut suka semua yang disediakan tapi kenalah beringat kalau tak habis kan dah membazir.. membazir tu amalan siapa?  syaitan kan? jadi.. katakan tidak kalau ada cubaan bersahabat dengan golongan ini.. 

pilihan makanan laut yang segar


tengoklah daging perap tu.. sedapnya


kakak sibuk pilih nak yang mana


untuk pencinta sayur macam aku ni bila tengok pulak pilihan sayur dia tu.. terus mata aku keluar tanda love la.. ala.. takde pulak icon nak pilih.. hehehe.. aku tulis ni korang sila bayangkan ya.. 

tengoklah pilihan sayur dia yang banyak ni.. 


bukan tu je.. yang daging lembu dan kambing premium pun korang boleh dapatkan dari kaunter di dalam tau.. ada jugak abalone.. sedap betul.. aku yang menulis ni pun terasa nak mengences mengenangkan kesedapan semalam.. macam nak gi ulang makan balik bebila nanti la.. aku bagi korang layan video la.. hehe.. 



bebudak ni pun memasing pandai bakar daging dan guna chopsticks waktu makan.. tak sangka aku tau.. haha.. senang kerja mak dia.. makan je anak-anak ada masakkan.. lepas ni nak try steamboat lagi tu dah rasa best la sikit.. 



abg long pandai guna chopsticks 

abg ngah pun pandai pakai chopsticks.. kagum aku

kakak tukang masak aku tukang makan.. haha

ada jugak pencuci mulut macam sagu gula melaka kuih muih, aiskrim dan abc..  anak-anak kami memang takde lain la.. kat aiskrim je diorang dah ulang duapuluhempatkali..  hahaha.. pengsan tau.. takde muka lain asyik diorang je.. 

abg ngah dah sibuk masa ni.. saya nak ini!  haha
tak sah kalau takde ABC kan

yang lagi best tu air korang boleh minum je berapa banyak pun.. percuma dan layan diri je.. ada banyak pilihan pulak tu.. dahlah kawasan dia sangat luas.. sesuai la kalau nak buat majlis raikan apa-apa kat situ.. semalam pun ada yang siap sambut harijadi kat situ.. anak-anak aku sama sibuk tepuk tangan.. hehe.. meriah la kalau korang pun berhajat nak buat birthday party kat sini.. 


pilihan kuah sup


eh lupa nak bagitau.. ada 5 pilihan kuah yang korang boleh pilih kat sini tau.. ada tomyam,  sup yang bermacam jenis macam kat atas ni.. kami piluh tomyam dan miso soup.. dua-dua sedap! 

Harga dan lokasi

ini harga yang terbaru ya

buat korang yang nak datang sini meh aku kongsikan harga dan lokasi Pak John Steamboat & BBQ ni.. harga bagi dewasa ada terbahagi waktu korang nak gi.. waktu makan tengahari harga murah sikit dari makan malam.. RM32.90 ++ untuk dewasa dan RM16.45 ++ untuk kanak-kanak.. dari pukul 12 tengahari hingga 5 petang tau.. lepas dari tu harga dia lain pulak..  itu untuk harga makan malam dari jam 5 petang hingga 10 malam.. RM42.90++ untuk dewasa dan RM21.45++ untuk kanak-kanak..  untuk hujung minggu harga sama dengan yang untuk makan malam tu.. eh ada student ke yang baca ni?  untuk korang harga lagi murah tau.. RM27.95++ untuk makan tengahari dan RM36.45++ untuk makan malam.. tapi harga ni tak terpakai untuk hujung minggu tau..  jeles aku.. nak sambung belajar la macam ni.. 

yang aku bulat merah tu.. 


lokasi dia pulak terletak kat Ground Floor di IOI City Mall.. aku ada kongsi ni haa.. peta yang lagi mudah nak faham.. dekat je dengan The Symphony tu.. dah makan boleh lepak-lepak sini pulak.. 

eh lupa nak bagitau.. korang kalau nak lagi best sebelum datang buat tempahan dulu tau.. bukan apa.. takut datang-datang nanti tengok tempat penuh.. tak ke kecewa kalau jadi macam tu.. untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi alamat dan hotline kat bawah ni ya..  selamat makan-makan! 

Alamat : Pak John Steamboat & BBQ 
GE 11, Ground Floor,  IOI City Mall,  Putrajaya


Facebook : Pak John Steamboat & BBQ

Instagram : Pak John Steamboat 

Hotline : 0389571128

Ceritaita

Ulasan

  1. Makan dekat Pak john memang puas hati kak. Banyak pilihan bahan2 utk bbq dan steamboat tu.

    BalasPadam
  2. wahhhhhhhhhhhhh nak trry la..mesti mak suka makan bakar2 rebus2 gini... ngencesss lak nengok nyer... harga pun lagi murah dari seoul garden... aritu makan kat seould garden, tp tomyam dia x sedap dah..sedap lagi johnnys punye tomyam..

    BalasPadam
  3. sedapnya, kalau ke IOI boleh singgah ni. dessert tu pun banyak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...