Tak payah sekolah! - Cerita Ita                                                             Tak payah sekolah! Langkau ke kandungan utama

Tak payah sekolah!

Tak Payah Sekolah! 

assalamualaikum semua, semalam pagi waktu dalam kereta, adalah sesi ceramah sebab anak-anak lambat nak ke sekolah.. kira pagi semalam ngam-ngam sampai sekolah pukul 7.30.. ada jugaklah beberapa kali sebelum ni terlambat jugak sampai kena ambik nama dan denda kutip sampah kat padang sekolah.. selalu gak aku ni bebel.. kalau asyik lambat je baiklah tak payah sekolah! 

Tak payah sekolah! 


tapi eh boleh pulak ada dialog kat tempat duduk belakang masa tu.. dialog apa tau? haaa... dialog macam ni..

Ummi : Esok-esok tak payah sekolahlah kalau asyik lambat je... tau tak sesiapa yang lambat ni nanti cikgu denda? 
Abg Ngah : Tau... saya pun pernah kena denda.. aritu kena denda pungut sampah kat padang.. lepas tu ada sekali kitorang kena bacakan Rukun Iman.. 
Ummi : Denda baca rukun iman? Tau jawab tak? 
Abg Ngah : Tau... abg long bacakan semua sekali.. saya dengan adik una ikut je.. tapi saya dah ingatlah.. Rukun Iman ada 6 kan ummi?  
Ummi : Betul la tu... apa dia? 
Abg Ngah : Beriman kepada Allah, Beriman kepada Malaikat, Beriman kepada Nabi dan Rasul, Beriman kepada Kitab, Beriman kepada hari akhirat, Beriman kepada Qada` dan Qadar kan? 
Ummi : Betul la tu... jadi ni sukalah kena denda? 
Abg Ngah : Suka jugak.. rilek je pusing-pusing padang..  
Ummi : haa.. kalau nak gi sekolah setakat nak pusing padang baik takyah sekolah.. duduk je rumah.. tak pun pilih je apa kerja nak buat kat rumah tu..
Semua senyap kat belakang waktu... tetiba.. 
Kakak Husna : Saya nak duduk rumah buat kerja.. saya nak basuh pinggan.. awak nak buat kerja apa? (dia tanya abg ngah dia pulak) Tak yah kita pegi sekolah kan? 
Abg Ngah : Saya malas la buat apa-apa.. nak tidur je.. hehe

Aku jadi speechless tau masa ni.. kau rasa apa patut aku cakap?

Dalam hati masa tu dah berdoa je la... Ya ALlah kau bagilah kesabaran yang tinggi dalam membesarkan anak-anak ini ya Allah... terus ummi rasa sakit kepala tau... huwaaaaa...

Ceritaita


Ulasan

  1. Anak2 saya kalau hari sekolah, liat nak bangun. Tapi kalau hari cuti, awal benar bangun. Haha. Kadang 6 pagi boleh bangun, takyah kita gerakkan

    BalasPadam
  2. Alahai terhibur dgn telatah budak2 ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...