Cabaran Sarapan bersama Dutch Lady PureFarm - Cerita Ita                                                             Cabaran Sarapan bersama Dutch Lady PureFarm Langkau ke kandungan utama

Cabaran Sarapan bersama Dutch Lady PureFarm

Assalamualaikum semua, lamanya tak jumpa korang kat blog ni.. rindu sangat nak menulis sebenarnya tapi apakan daya tuntutan kerja dan tanggungjawab hakiki perlu didahulukan.. tapi kalau sesiapa follow facebook atau instagram aku mesti ada perasan aku ada share pasal cabaran sarapan pagi dengan susu Dutch Lady PureFarm kan? Mehlah kita kumpulkan semua cabaran susu tu kat sini dan kita kongsikan sikit tentang kebaikan susu untuk kehidupan kita sehari-hari..

Cabaran Sarapan bersama Dutch Lady PureFarm



kebetulan la pulak dah memang kerjaya aku sebagai Doktor Veterinar ni yang merangkap mak kepada 4 orang anak yang sedar membesar.. yang perlu jugak la berkempen untuk semua orang pasal keperluan susu dalam diet seharian.. banyak tau manfaat kalau amalkan minum susu ni.. tapi patut elak la kalau korang ni jenis lactose intolerant tau.. haippp jangan sesekali nak cuba minum susu kalau dah tau lactose intolerant ok! pesanan ni cuma untuk mereka yang takde pantang larang dengan susu tapi sesaja tak suka minum.. mehlah baca kumpulan cabaran sarapan aku ni haa..  kot-kot la lepas ni terus terasa-rasa nak cuba minum pulak le kan.. mana la tau.. 

Cabaran Sarapan bersama Dutch Lady PureFarm

Cabaran hari pertama


mehlah kita tengok cabaran hari pertama.. aku cuba gandingkan susu Dutch Lady PureFarm dengan pek sarapan yang aku dapat percuma ni!  ya.. percuma ok.. korang nak jugak?  meh la join cabaran sarapan yang akan berakhir 11 November ni.. cepat eh join.. sempat lagi ni! 

Hari yang kuat memerlukan permulaan yang mantap. Memandangkan susu adalah salah satu minuman yang bernutrisi daripada alam semulajadi, susu Dutch Lady PureFarm menjadi pilihan yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga Malaysia pada waktu sarapan untuk menyemarakkan pagi mereka bagi mengharungi cabaran sepanjang hari.

Cabaran sarapan hari kedua


untuk hari kedua pulak aku gandingkan susu Dutch Lady PureFarm yang sedap ni dengan sarapan makaroni sup ayam.. ini memang kegemaran anak-anak la.. toksah cakap banyak.. sekejap je licin.. 

Sarapan pagi sering diabaikan kerana kita selalu tergesa-gesa untuk keluar bekerja atau ke sekolah, walaupun ianya merupakan salah satu hidangan yang paling penting. Selepas tidur semalaman, badan kita memerlukan banyak khasiat, dimana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Inilah sebabnya sarapan bernutrisi itu penting untuk permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian. 

Cabaran hari ketiga


jadi aku buat pilihan hari ketiga masih tumpukan sarapan kegemaran anak-anak memandangkan mereka sangat perlu tenaga secukupnya sepanjang hari.. jadi ummi dengan gigihnya terbang ke Itali pada hari ketiga untuk jemput pizza balik bagi digandingkan dengan susu Duth Lady PureFarm yang sedap semata-mata untuk anak-anak tau... hahaha..

Cabaran sarapan hari keempat


Untuk cabaran hari keempat pulak kali ni aku pentingkan perut aku pulak.. haha.. tetiba rindu pulak nak menjamah selera sewaktu di Pantai Timur dulu.. jadi kita sarapan nasi berlauk pulak hari keempat ni.. jugak dengan susu Dutch Lady yang sedap..  complete! 

Tetapi kita tidak semestinya mengambil sarapan pagi yang berlebihan untuk memulakan hari kita.  Sebenarnya, satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat, serta cukup senang disediakan pada waktu pagi terutamanya ketika kita tidak mempunyai masa yang untuk menyediakan sarapan.

Cabaran sarapan hari kelima


jadi sebab tu untuk hari terakhir iaitu cabaran hari kelima aku pilih sarapan susu bersama tempe goreng kegemaran kami semua.. dan aku percaya ramai pun kat luar sana yang suka sebab buktinya gambar ni banyak benar komen dan like.. terima kasih korang! 

Bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ia membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Kebanyakan orang menyedari bahawa susu kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari anda.

"Sejak tahun 1963, Dutch Lady Malaysia terus berusaha memenuhi misi untuk membina warga negara yang sihat serta membina keluarga yang kuat. Selama 55 tahun , kami menggalakkan warga Malaysia untuk bersarapan dengan susu bersama keluarga mereka. Nutrien daripada susu membantu membina keluarga yang lebih kuat dan sihat. Keluarga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain semasa menjamu sarapan pagi bersama. Yakni, kedua-duanya adalah sama penting bagi kita untuk permulaan hari yang kuat," kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.
Susu Dutch Ladu PureFarm



Bagaimana susu membina keluarga yang kuat? 


Pakar Pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee ada jawapannya: "Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta  memelihara badan kita supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian".

"Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain. Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk memperolehi protein yang berkualiti tinggi," katanya.

Tan seterusnya menjelaskan: "Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita untuk kegunaan  masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita".

"Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah," katanya.

Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:

• Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik;
• Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif;
• Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;
• Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein;
• Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.

Set Sarapan Dutch Lady PureFarm 


Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018! Jom korang!

Ada 3 tema untuk korang pilih! 


Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau 

Doakan aku berjaya jugak ya!

Ceritaita



Ulasan

  1. Fuyoo.. sarapan ngn tempe.. memang ohsemlah.. bergandingan pula dengan si putih dutch lady.. pergh, pagi yang cemerlang..

    BalasPadam
  2. Kalau saya tukar susu plain tu susu coklat kak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat