Kelab Veterinar Pahang dalam kenangan
Assalamualaikum semua, tetiba dapat mesej dengan gambar ni semalam.. terharu.. masih ada lagi cebisan kenangan yang tertinggal.. terima kasih Kelab Veterinar Pahang atas ingatan.
Kelab Veterinar Pahang dalam kenangan |
20 tahun penubuhan dah rupanya ya.. Banyak kenangan dengan kelab ni.. aku kenal kelab ni sejak berhijrah ke Pahang pada 2007 tapi mula masuk kelab setahun selepas tu.. bagi aku kelab ni bukan saja mengumpulkan atlet yang bernilai bagi setiap kali sukan jabatan dipertandingkan tapi ianya jugak menjadi medan semua ahli jabatan beramah mesra hingga menjadikan semua ahli Veterinar Negeri Pahang mempunyai ukhwah yang sangat kuat!
Kelab Veterinar Pahang dalam kenangan
Kerana dari tahun ke tahun, ada saja aktiviti yang dijalankan yang bukan saja melibatkan ahli bahkan juga keluarga.. kami bukan saja kenal ahli.. malah kami kenal anak, isteri dan suami masing-masing! satu perkara yang aku kira tak akan jumpa di semua tempat.. kerana mereka mengadakan aktiviti apa sahaja melibatkan ahli keluarga.. termasuk berbuka puasa bersama.. jamuan hari raya bersama.. dan hari keluarga yang gilang gemilang walau ada kalanya hanya dijalankan di ruangan pejabat..Kualiti perhubungan harmoni ni memang sangat unik!
Sepanjang 12 tahun bekerja di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) yang disayangi, setakat ni belum lagi aku berpeluang menjejak kaki ke negeri lain kecuali Kelantan dan Pahang. Perak dan Johor tu sangat sekejap.. tak dikira la..
Mengenali kamu semua warga DVS di Pahang merupakan satu penghormatan dalam kerjaya. Bermacam pengalaman dikutip sepanjang bekerjasama. Ada ramai jugak mangsa kena marah mungkin. 😜
Apapun terima kasih, kerana DVS Pahang antara penyumbang utama pengalaman aku hingga aku bertapak di sini.. seronok bekerja dengan semua staf terutamanya dari daerah-daerah walau kita jarang berjumpa.. terus pertingkatkan prestasi diri di mana pun kita berada.. jika ada kesilapan yang lepas, jangan diulang dan maju dengan buat lebih banyak pembetulan..
Salam sayang buat semua..
coretan yang sama diabadikan dalam www.facebook.com/rozita.rahman.5 dan www.instagram.com/ceritaita
Ceritaita
kenangan indah ni sampai ke tua kita akan ingat kan?
BalasPadamKenangan yang akan kita kenang sampai bila2
BalasPadam