Assalamualaikum semua, aku rasa ramai di kalangan kita sebenarnya dah sedar tentang kepentingan berzakat sekarang ni.. lebih-lebih lagi dah banyak pendedahan yang dibuat di sana sini mengenai kepenting berzakat ni bagi umat Islam.. bila sebut zakat je biasanya kita akan ingat zakat fitrah yang sibuk orang nak bayar menjelangnya 1 Aidilfitri setiap tahun tu kan?
Kempen "Jadi Kaya Dengan Zakat" |
Tapi sebenarnya zakat ni bukan zakat fitrah tu je tau.. ada banyak lagi zakat yang patut kita tau.. kebetulan dah hujung tahun ni pulak aku berpeluang hadiri majlis yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat – MAIWP atau lebih korang kenali dengan nama PPZ-MAIWP iaitu Kempen “Jadi Kaya Dengan Zakat”.. dari penerangan secara ringkas yang diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dapat la sikit sebanyak tambah pengetahuan.. melalui penerangan beliau terdapat zakat harta yang boleh ditunaikan di sepanjang bulan Disember ni iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP, dan Zakat Saham.. kempen ni jugak menampilkan selebriti istimewa dalam setiap saluran kempen mereka yang ada..
1. 11 KAUNTER PPZ-MAIWP
Dari majlis ni jugak aku baru tau ada disediakan 11 kaunter PPZ-MAIWP yang dibuka 7 hari seminggu termasuk CUTI UMUM.. haa sangat memudahkan terutama kalau area Kuala Lumpur ni yang kebanyakan hari kerja, orang akan tersangkut dalam kesesakan lalulintas.. dari 1 Disember hingga 25 Disember 2018 yang beroperasi pada jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang setiap hari.. dengan adanya kemudahan kaunter yang dibuka setiap hari pada sepanjang bulan Disember.. sedikit sebanyak akan memudahkan semua umat Islam untuk menunaikan kewajipan masing-masing.. mehlah aku kongsikan senarai kaunter untuk rujukan korang..
Senarai lokasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP:
i. Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)
ii. Plaza RAH, Kampung Baru
iii. Masjid Negara
iv. KLSC, Wangsa Maju
v. UTC KL, Pudu Sentral
vi. Percint 9, Putrajaya
vii. Percint 15 Diplomatik, Putrajaya
viii. Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong
ix. Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
x. Masjid Abdul Rahman bin Auf, Jalan Puchong
xi. Labuan Times Square
Antara artis yang terlibat dalam mempromosikan saluran ni ialah Ustaz Haslin Baharim, Norman Hakim dan Ustaz Elyas Ismail..
2. PORTAL PPZ-MAIWP - http://www.zakat.com.my
Yang ni paling mudah, boleh buatkan ramai golongan muda yang baru bekerja untuk tunaikan kewajipan mereka jugak.. sebab kebanyakkan dari kita memang sentiasa gunakan telefon bimbit dalam kehidupan harian.. dan sumber internet ada di mana-mana sekarang ni..
Korang mesti nak tau apakah keistimewaan pembayaran zakat melalui saluran ni kan?
kalau tanya aku, aku jawab pengunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya. yang ni aku suka sebab semua boleh print berapa kali pun korang nak dan sangat penting untuk penyimpanan rekod. Lepas tu akan ada pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkas dan cepat.
Korang jugak boleh melakukan pembayaran lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan pengunaan Troli Zakat.. senang keja kan? Kalau ada masalah pun mudah je cuma gunakan kaedah integrasi pembayaran zakat mengunakan chatbox FB Messenger untuk menjawab persoalan kiraan zakat yang ingin ditunaikan.. bukan tu je.. ada jugak video tutorial berkaitan panduan pengiraan zakat, bacaan doa untuk para muzakki (pembayar zakat) setelah selesai pembayaran zakat dilakukan.. ala-ala macam bayar kat kaunter jugak la.. dan sudah tentunya, pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP ini boleh dibuat pada bila-bila sahaja dan di mana sahaja korang berada.. Selebriti yang bakal mempromosikan saluran ini pulak adalah Amar Baharin.. aku ada ambik gambar dengan dia.. haha..
Ceritaita bersama selebriti Amar Bahrin |
3. PERBANKAN INTERNET.
Yang ni sesuai dengan konsep semudah di hujung jari, 14 bank telah dilantik sebagai ejen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP. Pembayaran zakat menerusi kaunter-kaunter bank yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen kutipan zakat. Pembayaran pun mudah.. ramai juga guna cara ni.. Penampilan istimewa bagi saluran ini adalah Imam Muda Asyraf.
4. KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP
Pihak PPZ-MAIWP memperkenalkan perkhidmatan khas 'Door-to-Door' bagi pembayaran zakat RM5000 ke atas. Perkhidmatan ini membolehkan pihak PPZ-MAIWP ke lokasi anda. Sesuai sangat untuk yang berniaga dan nak tunaikan kewajipan ni dengan lebih mudah tanpa perlu keluar modal tambahan lain untuk ke lokasi PPZ-MAIWP. Boleh hubungi talian zakat 1300 88 5757 bagi mendapatkan perkhidmatan ini. Selebriti yang membantu dalam mempromosikan saluran ini ialah Bell Ngasri.. bak kata beliau.. kalau call, dengan laju kita datang.. haha..
Ceritaita dengan selebriti untuk saluran Kaunter Zakat bergerak PPZ-MAIWP |
5. TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP
PPZ-MAIWP memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP serendah RM10 bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat dan memperolehi tabung khas bagi mengalakkan aktiviti tersebut dilaksanakan. Yang ni diterangkan dengan jelas kenapa perlunya mendidik anak mengenai zakat seawal usia muda oleh PU Azman antara selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP bagi mengalakkan aktiviti ini dilaksanakan.. aku ada kongsikan video penuh di youtube jugak..
Selain itu, bagi menghargai para pembayar zakat yang membuat pembayaran di PPZ-MAIWP , pelbagai cenderahati khas seperti kalendar 2019 turut disediakan.. cantik tau kalendarnya..
PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat islam di Wilayah Persekutuan merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita. Dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP, diharapkan tiada alasan lagi untuk umum tidak menunaikan zakat atau menangguhkan penunainya.
'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :
Laman web: www.zakat.com.my
Talian bebas tol zakat:
📞 1-300-88-5757
Ceritaita
Wah gambar dgn Artis bestnya.. apapun ni mmg program yg bagus
BalasPadam