Petua dan panduan untuk anak yang mudah selsema dan batuk
Assalamualaikum semua, dah hujug tahun dah pun sekarang ni kan.. cuaca mula la dah tak menentu.. tengok pada ramalan cuaca tadi pagi pun macam sepanjang minggu ni akan alami hujan lebat berserta ribut di kawasan tempat kami tinggal ni.. dan pagi tadi pun memang dah hujan lebat dah pun sampai waktu lepas subuh tadi.. sejuk la sikit..
Tapi aku rasa dengan cuaca macam sekarang ni tentunya ada je anak-anak yang mudah kena jangkitan penyakit kan.. bukan kata anak-anak je pun.. dengan mak-maknya atau ahli keluarga lain sekali akan terjangkit sama.. mula la drama batuk.. demam sana sini bermula.. ujian betul kalau kena tu..
Alhamdulillah buat masa ni, anak-anak kat rumah ni belum nampak lagi tanda-tanda tak sihat lagi.. syukurlah jugak.. Cuma aku risaukan abg ngah je la.. dia tu biasanya mudah je kena banding orang lain.. yang selalu kami kena jaga ialah jangan bagi sangat dia minum ais beria sangat.. jangan bagi dia terdedah sangat dengan aircond.. dan kalau musim sejuk macam ni kena perhatian lebih la.. kalau tak mesti dengar dia batuk mengokol di malam hari.. risau woo.. risau pengalaman dia masuk wad waktu kecik dulu berulang lagi..
Macam-macam jugak la kami buat untuk masalah anak yang tak tahan macam abg ngah ni.. sapukan minyak kat bahagian tertentu macam kat dada, belakang badan dan kat tapak kaki.. kadang-kadang aku sapukan jugak kat hidung dan leher dia jugak.. terutama bila dia dah ada tanda-tanda bersin tu.. kalau bab sapu minyak ni selalunya bukan sapu kat abg ngah sorang la selalunya.. memasing akan sibuk jugak tunjuk sakit sana sini.. gitulah anak-anak kat rumah ni.. semua sibuk hulur kaki tangan jugak memasing.. layankan je la selagi boleh..
Tapi aku nak kongsikan jugak kalau korang yang ada anak yang mudah terkena selsema dan batuk macam abg ngah ni jugak.. adalah beberapa petua dan panduan yang boleh aku kongsikan.. meh baca kat bawah ya.. aku seanaraikanlah senang sikit korang nampak dan baca nanti.
Petua dan panduan untuk anak yang mudah selsema dan batuk :
1. Pastikan anak tak terdedah dengan cuaca yang sejuk. Kalau dah tau musim hujan atau cuaca terlalu sejuk, pastikan korang kurangkan penggunaan kipas atau penghawa dingin kat rumah ya.
2. Sebelum tidur boleh amalkan pakai stokin. Tapi yang ni lama tak buat jugak.. tengoklah kesesuaian dengan anak.. ada anak yang tak berapa gemar pakai stokin.
3. Sapukan minyak panas (minyak angin untuk baby pun boleh) pada tempat tertentu macam dada, belakang badan, kaki terutamanya betis dan tapak kaki dan leher jika ada tanda-tanda selsema.
4. Boleh jugak korang letakkan kain tuala nipis di dalam baju menutup dada. Yang ni kawan pejabat lama aku ajar.. bagus untuk hangatkan kawasan dada anak.. tapi tak jalan buat anak aku.. diorang suka tarik keluar sebab rimas.
5. Pastikan jugak anak tidur dengan pakai baju. Ini untuk pastikan badan anak sentiasa hangat dan tak kesejukan.
6. Kalau dah mula ada tanda-tanda batuk, boleh cuba bagi teh cengkih.. teh cengkih ni orang dewasa pun bagus sangat amalkan. Terutama yang ada batuk tapi tak boleh nak ambik ubat macam ibu mengandung atau menyusu tu ke.. Ada aku kongsikan resepi kat Teh Cengkih.
7. Jaga permakanan anak.. elakkan minuman atau makanan yang sejuk. Jika nak minum jugak bagilah sekadar nak hilangkan rasa anak nak makan minum tu.. jangan berlebihan..
8. Rujuk doktor atau klinik berhampiran jika tanda berlanjutan. Ini penting tau.. jangan ambik remeh!
9. Jangan lupa jugak doakan kesihatan anak-anak supaya sentiasa terpelihara dari wabak penyakit.
Itu je la 9 panduan yang aku dapat kongsikan dengan korang.. entah-entah korang lagi ada banyak panduan dari aku agaknya.. kalau ada korang boleh kongsikan kat komen ya.. nanti aku tengok dan boleh tambah pada panduan yang ada ni ke kan.. sesama la kita berkongsi untuk bagi manfaat pada orang lain pulak.. Itu je nak kongsi.. sampai jumpa lagi ya..
cerita ni aku tulis semalam pagi.. rupanya tak lama.. malam tadi je abg ngah dah kena sedut nebulizer huhu.. nanti aku cerita lain la yang tu..
cerita ni aku tulis semalam pagi.. rupanya tak lama.. malam tadi je abg ngah dah kena sedut nebulizer huhu.. nanti aku cerita lain la yang tu..
Ceritaita
Maklumat dan Info Lain:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
Anak anak saya alhamdulillah sihat kak. Cuma ummi dia yang tak sihat sekarang ni. Nice tips kak.
BalasPadamCameron sejuk... Hihi nsb ank2 ok
BalasPadambagusnya tips2 ni.. boleh ikut nanti...
BalasPadam