Kulit meletup dengan Milk Peel Cream Mask!
assalamualaikum semua, tu dia tajukkk.. seram baca kan? kulit siapa la agaknya yang meletup tu? sebab apa dia meletup? mehlah aku nak cerita pasal produk best yang mesti korang cuba ni.. Milk Peel Cream Mask dari Althea tau.. asyik-asyik cerita pasal barang Althea je kan ita ni.. dah nak buat macamana dah memang produk Althea tu best..
dan kali ni wajib jugak la aku cerita pasal Milk Peel Cream Mask ni memang antara yang terbaik dari koleksi esklusif Althea yang korang wajib cuba.. memang aku beranti gerenti yang korang akan dapat pengalaman berbeza bila dah guna mask ni.. ini bukan mask biasa-biasa yang korang sapu je lepas tu terus basuh atau tanggalkan macam selalu tu..
yang ni walaupun memang kena sapu dan basuh macam biasa tapi waktu penggunaan tu yang lain dari mask yang lain.. kalau nak tau apa yang lain tu.. haaa tajuk aku je dah tulis sesiap.. korang pernah ke rasa bila pakai mask tu ada rasa meletup-letup kat muka ala-ala macam kena urut je kulit muka dengan letupan halus macam ni..
best woo.. aku memula pakai pun rasa macam.. eh apa ni? tapi bila dah mula dia meletup satu muka tu rasa best la pulak.. terasa nak ulang-ulang pulak lagi guna.. hahaha.. melampau la kan.. mana taknya mask ni asalnya korang cuma sapu je kat muka macam biasa.. dia ala-ala macam korang pakai mask dari asas tanah liat je la.. tapi bila gosok sikit kat kulit dia tetiba berubah jadi macam berbuih nipis camtu... dari berbuih tu pulak boleh dia meletup-letup buihnya macam bergerak sekitar kulit.. memula ada la rasa macam geli-geli sikit tapi lelama rasa best sebab terasa macam buih halus bergerak pecah ni mengurut kulit muka.. best tau.. aku tak tipu punya!
Ni gambar aku tengah cuba mask ni.. nampak tak 2 layer tu.. |
tapi bila tengok kandungan mask ni aku rasa korang pun macam aku la tak kisah nak ulang semula guna jadinya.. sebab Milk Peel Cream Mask ni gunakan bahan semulajadi iaitu Casein protein dari Susu.. fungsinya untuk meremajakan kulit dan melembapkan kulit.. tapi kulit aku yang jenis berminyak dan agak sensitif ni pun sesuai guna..yang paling best bila aku guna malam sebelum tidur tu, kulit aku dah kurang berminyak pada waktu aku bangun pagi.. tu yang best sangat tu..
Milk Peel Cream Mask |
korang yang rasa berminat nak cuba rasa guna mask tapi mendapat pengalaman berbeza macam aku boleh try tengok laman web Althea dan cuma belanjakan RM36 je untuk sebotol mask dan rasai pengalaman kulit meletup dengan Milk Peel Cream Mask! aku tulis link kat bawah ya.. jangan kata aku tak payung..
Althea Milk Peel Cream Mask
Ceritaita
Oh! Memang teruja nak tahu bagaimana rasanya kulit boleh meletup! Tq for sharing.
BalasPadamWah menarik nie Ita.. lain dari yang lain nie..
BalasPadamMeletup ko... Best nampaknya mask Tu ita
BalasPadam