assalamualaikum semua, nak cerita jugak walau dah terlewat sehari.. nak cerita pasal sambutan hari lahir kakak semalam.. alhamdulillah kakak syafiah atau kakak husna.. (dua-dua nama pun boleh sebut) dah genap 7 tahun semalam.. dah nak hujung tahun baru cukup umur dia.. gitulah setiap tahun..
Selamat Hari Lahir yang ke 7 kakak! |
paling aku tak boleh lupa tau pada hari kelahiran kakak 7 tahun lepas.. memang dah agak maklum kalau hujung tahun je area pantai timur memang akan dilanda musim tengkujuh yang agak teruk.. sekarang ni pun baru je aku dengar pengumuman dalam radio mengenai amaran cuaca buruk berterusan di beberapa kawasan di pantai timur termasuklah Kuantan dari hari Selasa hingga Khamis ni..
ativiti potong kek.. ummi dengan baju keja lagi tu.. huhu |
pada 7 tahun lepas pun macam tu la jugak.. saat aku rasa sakit tu jam 11 malam.. makin kuat sebab aku masih susukan abg ngah waktu tu.. tapi bila shah dah tinggalkan aku duduk kat hospital sorang-sorang sebab banyak kawasan kat Kuantan dah naik air masa tu, terus hilang pulak rasa nak bersalin tu.. haha.. bukan hilang betul la rasa sakit tu tapi kurang rasa sakit kuat.. sempat la lagi aku buat macam-macam termasuk baca surah yasin pasal aku takut tinggal kat wad tu sorang-sorang malam tu.. haha.. penakut wei.. semalaman jugak la aku dalam wad..
macam biasa la.. mesti ada yang nak sama sibuk.. hehe. . |
dan akhirnya lahirlah seorang bayi perempuan esok paginya sedangkan kami dah buat scan 2 kali menunjukkan bayi lelaki.. hahaha.. lagi kejutan kat bilik bersalin.. mau tak terkejut.. bila doktor tunjuk dan suruh aku sebut jantina anak.. aku macam blur dan terdiam lama.. sampai doktor tanya sekali lagi.. shah masa tu dah tau dah dia senyum je sampai aku tengok sendiri.. gagap-gagap aku menyebut.. 'pe.. rem.. puan.. '.. lepas tu terdiam semula dan pandang shah dengan pandangan tak percaya pun ada.. kenangan tak dapat lupakan betul la.. betul la apa yang dalam perut ibu mengandung tu memang rahsia Allah.. takde siapa yang dapat menjangkakannya..
alhamdulillah.. dan sekarang ni bayi tu dah besar dah dan dah jadi kakak dah pun.. semalam dapatlah kami raikan sambutan harilahir kakak dengan semua ahli keluarga kecik kami ni.. doa ummi semoga kakak Nur Syafiah Husna terus membesar dengan sihat menjadi anak yang baik.. diberkati seumur hidup dan dikekalkan keimanan dalam Islam..
sayu hati jugak bila kakak sebut semalam.. "Terima kasih ummi dan ayah.. belikan saya hadiah.. belikan saya kek dan bagi kitorang makan McDonald's".. sebabnya jarang sangat dapat raikan hari lahir anak-anak macam ni.. nanti ya kita tunjuk hadiah apa je kami belikan untuk kakak.. next entry.. doakan aku rajin.. haha..
Ceritaita
mesti rasa sekejap je kan masa berlalu. Sekejap je dah besar, jadi kakak dah. Selamat Hari Lahir, semoga panjang umur, sihat selalu, dan membesar sihat dan solehah :)
BalasPadam