Assalamualaikum semua, ramai yang dah cerita pasal buffet Ramadan.. sana sini la meriah.. tahun ni kami berpeluang jugak merasa Ramadan buffet di hotel.. aku anggap rezeki family anak ramai ni jugak la.. sebabnya kalau orang dengar je anak berderet yang nak dibawak sekali tu mau gerun semua nak sediakan meja.. hahaha..
Citarasa Nostagia Ramadan Buffet di Summit Hotel Subang USJ |
Citarasa Nostagia Ramadan Buffet di Summit Hotel Subang USJ |
Dan tahun ni rezeki kami di Summit Hotel Subang USJ pulak.. hidangan “Citarasa Nostalgia” Ramadan Buffet di Summit Hotel Subang USJ menggamit selera kami tau.. sebabnya terdapat banyak hidangan yang menggamit nostalgia.. tentunya sebab dihidangkan dengan makanan tradisi bermacam juadah.. ada lebih dari 200 jenis hidangan la untuk semua pengunjung.. kira memang berbaloi kalau datang ni..
Antara makanan yang dihidangkan ialah Satay Raja Alang.. tak sah la kan kalau takde satay.. Briyani Kasih Bonda, sup Gear Box yang popular.. kalau bulan puasa dan raya ni memang antara hidangan yang orang nak cari la kiranya.. tu belum lagi termasuk hidangan asam laksa dan mee jawa lagi tu.. Ada jugak murtabak dan Roti Kirai.. haa mana yang tak tau rupa roti kirai tu wajib datang.. haha.. kalau belah-belah Johor rasanya memang dah glamer dah nama roti kirai ni.. belah-belah negeri lain aku tak pasti la pulak..
Bukan hanya hidangan tradisi yang akan menambat selera pengunjung tapi jugak ada tarikan lain macam Kambing Panggang, Kentang Lenyek dengan krim.. eh dengan bermacam jenis pencuci mulut pun ada la termasuk ABC.. ada jugak hidangan kerabu yang bermacam jenis tentunya memecah selera korang nanti.. eh lupa.. kalau yang jenis tak makan berat.. nak makan sambil lepak-lepak tu.. Yong Tau Fu pun ada tau..
Semua ni dimasak oleh kumpulan Chef yang diketuai oleh Ketua Chef Sakya, yang berpengalaman lebih dari 26 tahun dalam bidang masakan.. pastinya mereka tak akan mengecewakan pengunjung nanti.. Sementara korang makan tu pulak boleh jugak mendengarkan irama dari kumpulan Ghazal yang dijemput khas.. memang terbaik la.. tenang je sambil makan..
Summit Hotel Subang USJ akan mengadakan promosi Early Bird Promotion kepada semua yang menempah sebelum 5 Mei 2019 pada harga istimewa iaitu RM68 nett bagi dewasa dan RM40 nett bagi kanak-kanak.. harga sebelum promosi adalah RM88 nett untuk dewasa dan RM40 nett untuk kanak-kanak.. Promosi Ramadan Buffet bertemakan “Citarasa Nostalgia” ni akan berlangsung dari 6 Mei 2019 sehingga 2 Jun 2019 sahaja ok! Jadi sila rebut peluang ya!
Ada juga promosi bilik di sepanjang bulan Ramadan ni.. iaitu pengunjung hanya perlu membayar RM188 sahaja bagi penginapan semalam bersama dengan pakej bersahur untuk 2 orang.. menarik kan? Untuk tempahan berkumpulan atau lebih dari 50 orang boleh juga hubungi Summit Hotel Subang USJ untuk maklumat lanjut.. Pastinya hidangan Ramadan Buffet bertemakan “Citarasa Nostalgia” ni akan mengingatkan korang kepada hidangan nostalgia korang satu ketika dulu..
Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan dan lain-lain boleh rujuk di bawah ni ya..:
Summit Hotel Subang USJ
Hotline : 03-8023 3000 ext 3021
Website : www.summithotelusj.com
Ceritaita
Tetiba terasa nak makan Kat sini la pula.. tu la tgk gambar makanan time puasa mvm Ni laa
BalasPadam