Nasi Ayam RM2.90 je? - Cerita Ita                                                             Nasi Ayam RM2.90 je? Langkau ke kandungan utama

Nasi Ayam RM2.90 je?

assalamualaikum semua,  lamanya tak menulis.. mood menulis pun dah tercampak mana ntah.. bukanlah tak menulis langsung.. ada je tulis tapi elok je tersimpan dalam draf je tu haa.. bila nak edit je macam ada yang kurang.. ntah apa dia ntah.. tapi kali ni semangat jugak nak menulis balik sebab nak kongsikan pasal kedai nasi ayam murah kat Kuantan masa kami balik baru ni.. mesti ada yang tak percaya betul ke nasi ayam RM2.90 je? haa.. meh aku cerita meh..

Nasi Ayam RM2.90 je? 


kebetulan waktu kami balik aritu adalah anak yang menyebut nak main ping-pong tapi bila tengok raket yang pernah beli dulu dah rosak pun.. jadi dimintaknya la untuk beli baru.. kami pun asalnya nak cari kat kedai yang murah je la kat sekitar Kuantan tu.. jadi kami cadang nak cari kat kedai Eco Shop.. ala.. kedai RM2 yang popular tu.. eh ke korang tak tau?  kalau korang tak tau memang sahlah kami je la kaki shopping kat situ.. haha

tapi bila sampai je kat kedai Eco Shop tu.. tanya dengan pembantu jualan dia kata dah habis.. kecewa la jugak masing-masing.. disebabkan nak menghilangkan rasa kecewa tu kami pun jalan la ke deretan kedai yang ada di hadapan kedai Eco Shop tu.. eh lupa bagitau ini kedai yang dekat Jalan Gambang tau.. depan sikit tu ada Pasaraya Eng Hong.. 

bila dah berjalan tu mulalah jadi lapar pulak kan.. kebetulan pulak ternampak kedai makan kat deret kedai kat situ.. ada satu kedai ni menarik la pulak pasal dia ada tulis dia jual nasi ayam dengan harga cuma RM2.90.. korang mesti cakap biar betul RM2.90 je kan? Kedai makan ni namanya Restoran Bummbu Nasi Ayam..  ketahuilah bahawa kami pun memula rasa macam tu jugak lepas tu baru la yakin.. 



Nasi Ayam RM2.90 je? 

Tengoklah abg ngah menjeling tu haa.. lambat nau ummi ambik gambar.  haha

gambar ni abg long yang ambik.. nampak aku tak ready tu? 

suasana dalam kedai.. 


dan kami pun cubalah order makan kat situ.. alhamdulillah sedap jugak wei.. berbaloi la dengan harga dia..sebenarnya dia ada la jugak beberapa pilihan untuk orang yang nak nasi lebih banyak atau pakej lebih besar ke.. tapi untuk kami yang set RM2.90 ni sedang elok la.. kenyang la seorang satu set tu.. sedang elok je la.. yang pakej special untuk lebih ayam dan nasi tu harganya RM5.50 dan yang ayam hainan RM6.00..

suasana kedai pun selesa dengan kerusi meja dari kayu pellet.. cantik dan sedap mata memandang..  air yang dijual pun murah-murah je.. jadi kalau datang Kuantan jangan lupa singgah makan nasi ayam kat kedai ni ya..

Ceritaita

Ulasan

  1. Terkejut juga baca harga nasi ayam RM2.90 sahaja. Bila tengok gambar, okeylah tu dengan harganya, diet yang seimbang tu.

    BalasPadam
  2. Eh memang murah sangat dah tu kak. Kira oklah dengan harga macam tuh kan dengan set macam tuh

    BalasPadam
  3. Murahnya nasi ayam , kat sini mana nak dapat , nasi bajet pun dah 5 hinggit hehe

    BalasPadam
  4. Woww rm2.50! mmg xdpt dh la zmn skg nk kena o jengah ni even dh tmbah nasi dgn ayam pu baru rm5.50 murah tu! btw slm perkenalan dr sy :)

    BalasPadam
  5. mau tak terkejut nasi ayam RM2.90..bila tengok portion nasi ayam tu baru tau..ada size kecil dan besar..hihi..mcm baru2 ni kami makan ciken chop RM5..bila mai dia datang dgn portion ayam yang kecil..tp oklah janji sedap

    BalasPadam
  6. Kenapa murah sangat? Sedap tak? Hihi. Menarik ni dengan harga murah. Puas hati juga ni kan? Boleh bawa famili ni. Memang tak pelik kalau dia habis awal. Heheh siapa yang taknak benda murah dan berbaloi . Nanti boleh try ni

    BalasPadam
  7. rasanya untuk budak2 sesuai al kot dengan potion camtu,kalau macam khai ni confirm2 nak lebih ! haha eh tapi untuk diet pun baguslahhhh kenapa lah takda kat shah alam

    BalasPadam
  8. saya paling suka shopping kat kedai 2 ringgit tu...selalu terover budget sebab geram je semua barang murah yang amat...

    BalasPadam
  9. Murah and the portion just nice for me. Owner ni pandai buat bisness. At least semua orang merasa makan nasi ayam.At least tak de la membazir sangat.

    BalasPadam
  10. wah! nasi ayam RM2.90? biar betik? betik biar? haha! potion dia sesuai dengan harga yang ditawarkan. cukup untuk isi perut. alhamdulillah. payah nak cari harga macam ni sekarang ni.

    BalasPadam
  11. Murah harga dia.
    Kalau kat tempat lain rasanya susah nak jumpa kan..
    Tapi okay la sebenarnya pun.
    Sebab kalau family yang anak anak ramai ke, tapi kecik kecik lagi,
    Mungkin boleh ambil set macam tu kan.
    Makan pun tak membazir.

    BalasPadam
  12. Gambar awal tu tengok macam portion dia kecik je. Tapi lepas gaul gaul tu nampak banyak pulak nasi nye.

    BalasPadam
  13. Wah.... Murah murah! Walaupun Rm2.90 berpadanan dengan portionnya. Ok laaa... Untuk anak-anak gini pun dah cukup dan untuk kita why not?
    Bukannya hidup untuk makan... Semoga kedai ni terus sukses!

    BalasPadam
  14. Murahnya. Kuantitinya pun cukup untuk orang yang makan sikit macam saya. Tak adalah bazir nanti.

    BalasPadam
  15. masa baca tajuk tu rasa terkejut jugak. yelahh, zaman sekarang nie, mana dapat nasi ayam 2.90 kan. okaylah tu harga sebegitu dengan portion begitu. berbaloi lah. bagus untuk mereka yg sedang diet

    BalasPadam
  16. Murah giler nasi ayam ni. Sedang elok portionnya. Kalau org yg keluarga ramai bolehlah datang makan kat sini. Moga murah rezeki lagi tauke kedai ni

    BalasPadam
  17. Berpadanan dengan harga. Ada sayur bagus dah. Tapi memang jarang nak jumpa yang jimat dan sedap.

    BalasPadam
  18. Bestnyaaaaa kat Kuantan ada nasi ayam 2.90 dah lah portion sangat not bad. Masih boleh kenyang tuuuuuu. Hmmm KL xnak buat ke. Hehe. Kalau up sikit jadi 5.90 kat KL pun masih boleh layan kan.

    BalasPadam
  19. Murahnya kak..macam tak caya yang masih ada harga rm2.90 hahhaha nanti nak gi la

    BalasPadam
  20. Serious lah harga murah macam tu? Nampak sedak dan mengancam jugak. Nasi ayam ni antara makanan favorite saya.kalah jumpa harga murah macam ni plus sedap pulak tu, memang makan hari hari pun tak apa

    BalasPadam
  21. Ehhh murah sangat dah tu..ok lah tu. Masih ada lg ya org yg jual semurah ni, bestnya. Kalau dekat situ memang sis dah terjah dah ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...