1st Semburan Deodoran dan Wangian Badan untuk lelaki! - Cerita Ita                                                             1st Semburan Deodoran dan Wangian Badan untuk lelaki! Langkau ke kandungan utama

1st Semburan Deodoran dan Wangian Badan untuk lelaki!

assalamualaikum semua,  kalau korang lelaki yang berminat nak cuba sesuatu yang menjimatkan atau perempuan yang sedang cari hadiah menarik dan berbeza untuk pasangan korang, maka korang patut baca pasal 1st semburan deodoran dan wangian badan untuk lelaki ni.. lepas baca boleh cari di pasaraya.. 

1st Semburan Deodoran dan Wangian Badan untuk lelaki! 


sebab apa aku cakap macam tu? sebab untuk memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin.. jadi menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran untuk lebih segar dan menghindari bau badan pastinya jadi kemestian buat lelaki.. tengok je la model aku punya senyum tu.. heee.. 

tapi nak cari minyak wangi dan deodoran yang serasi untuk digunakan pada satu masa yang sama tentu susah..  kadang-kadang minyak wangi dah ok, wangi pulak tu tapi deodoran pulak tak sepadan.. dan selalunya minyak wangi dijual dengan harga yang agak mahal, jadi ramai yang ambik penyelesaian cuma gunakan semburan deodoran untuk cegah bau badan je.. 

1st Semburan Deodoran dan Wangian Badan untuk lelaki! 


dan tentu best bila semuanya yang dimahukan digabung menjadi satu kan!  Ringkas,  cepat dan mudah,  itulah mantra seorang lelaki.. sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki,  DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad,  DASHING melancarkan semburan badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING,  satu produk untuk lelaki tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.. 

Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ni menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam satu botol!  Bagus kan?  boleh jimat banyak kalau guna ni..  Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette,  ia memberikan haruman maskulin yang tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari.. tak mau cuba ke?  

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY


Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria,  DEO + PERFUME baharu ni berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.. biasanya semburan deodoran hanya bertahan dalam 2 hingga 3 minggu je tapi DASHING DEO + PERFUME baru ni berada dalam liga dia sendiri.. disebabkan formulanya 100% deodoran maka ianya amat menjimatkan dan boleh bertahan lama dan satu botol tu boleh menyembur sehingga 880 semburan!  maknanya akan tahan selama 146 hari!  

Satu botol tu boleh bertahan dekat 5 bulan tu! Ianya didatangkan dengan saiz 120 ml,  rekabentuk yang ringkas.. dan botol yang cantik jugak.. sesuai la di bawa ke mana-mana.. lagi-lagi musim orang buat rumah terbuka sekarang ni kan.. dengan 4 haruman pilihan yang ada.. mehlah aku tunjuk satu-satu.. 

HATTRICK


HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING.  Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus,  bersulamkan nota bunga dan calitan amber. 

ULTIMATE KICK


ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden.  Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon,  diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky. 

SPEED


SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky. 

HITMAN


HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Didahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber.  Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood,  menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

DASHING DEO + BODY SPRAY dijual dengan harga RM12.20.. boleh dapatkan produk ni di seluruh negara termasuk pasaraya utama,  pasaraya hyper serta platform belian atas talian.. maklumat lanjut korang boleh dapati dari Facebook DASHING dan instagram kat link bawah ni ya.. 



Ceritaita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...