Buka home spa sendiri di rumah? - Cerita Ita                                                             Buka home spa sendiri di rumah? Langkau ke kandungan utama

Buka home spa sendiri di rumah?

Buka home spa sendiri di rumah? 

assalamualaikum semua,  korang masih beraya ke?  aku ingat nak beraya jugak tapi semalam seharian duduk rumah je.. kemas rumah je pun.. walaupun tak terkemas mana sangat pun.. kemas yang penting-penting macam beg balik kampung semua tu.. tu pun sebab balik je dari kampung terus naik kerja kan.. apa je yang sempat dihadap sangat.. kerja pulak 2 hari berturut-turut kena berulang ke Setia Alam.. lagi la balik dah rupa apa je dah.. letih berganda.. 

Buka home spa sendiri di rumah? 


gitulah rutin kerja aku sejak separuh dari Institut Penyelidikan Perubatan, tempat aku kerja ni dah dipindahkan ke bangunan baru di Setia Alam.. kena berulang ke sana bila melibatkan mesyuarat dan latihan yang penting.. dan bila kadang-kadang arahan datang mengejut tu agak kelam kabut la nak susun jadual..  tapi apa nak buat kan kena hadap jugak.. masih bersyukur kita masih punya kerja di kala orang lain susah nak dapatkan satu pekerjaan pun.. 

IMR di Setia Alam.. seram kan?  tinggi! 


semalam waktu kemas-kemas tu aku ambik kesempatan jugak buat home spa kat rumah ni.. ala.. saja je nak rasa pengalaman membelai diri sendiri.. kalau orang lain boleh je terus buat tempahan di spa memana tapi aku yang sekali je pernah pergi tempat macam tu seumur hidup ni rasa lebih sesuai untuk aku buat sendiri kat rumah.. memandangkan ianya lebih menjimatkan poket dan jugak pengurusan masa.. bukan apa sangat pun.. setakat buat rawatan muka sendiri je pun.. lain-lain tu aku tak mampu la buat.. 

kenapa penting sangat ke nak buat?  ada je yang akan tanya macam ni.. pada aku kalau tak make up tu atau tak tau make up tu tak kisah sangat.. tapi penjagaan kulit muka kenalah jugak tau sikit-sikit..  kurang-kurang ada buat rutin penjagaan muka setiap hari atau setiap minggu.. penting la jugak buat orang perempuan.. takkan korang sanggup jumpa orang dengan muka pecah seribu kan.. lagipun aku dulu-dulu jenis suka cuba produk macam-macam dan akhirnya muka aku jadi rosak.. berjerawat dan berparut.. agak susahnya nak hilangkan semua parut yang ada ni.. 

dan semalam aku cubalah buat rawatan muka sendiri.. ini ikut langkah yang aku susun sendiri ya.. korang kalau yang hebat tu mintaklah komen tunjuk ajar kalau rasa ada je langkah yang tak kena ya.. aku sedia terima nasihat.. maklumlah kita ni takde ilmu sangat.. 

Innisfree Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam


semalam pun aku mula dengan cuci muka macam biasa.. dengan pencuci yang aku suka.. Innisfree Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam.. patutnya aku kena buat scrub sekali tapi sekali lupa daa..  aku gunakan pencuci ni dengan facial brush ya.. sejak gunakan berus pencuci ni aku rasa muka aku agak kurang berjerawat dan betul-betul bersih setiap kali cuci.. pencuci ni pun aku dah guna lama jugak.. alhamdulillah serasi.. 

muka lepas pakai mask ni.. abaikan la tudung tiruan aku tu.. hahaha.. 

Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask 2x


pastu aku terus je tepek Super volcanic pore clay mask 2x macam kat atas ni.. best mask ni.. sejuk dan lembut je kat kulit.. kira macam sapu lumpur sejuk je kat muka.. hasilnya muka korang akan rasa lembut dan halus je.. ketara sungguh tau.. lepas sapu ni aku biar dalam setengah jam dan cuci muka.. eloknya cuci dengan air suam ya.. 

yang ni aku dah tepek 2 mask sekali gus.. lagi rupa hantu kak limah.. haha

Jeju Volcanic Lava Peel-off Clay Nose Mask


lepas tu aku tampal pulak Jeju Volcanic Lava untuk peel-off nose clay mask macam kat atas ni.. ni antara barang yang sangat berbaloi aku beli di Althea.. sebabnya sangat bagus dalam mengutip dan mencabut semua bintik hitam dan bintik putih kat hidung aku ni.. aku tak pakai selalu pun.. taklah sampai seminggu sekali tapi hasilnya memang sangat bagus.. dia akan cabut bersih tanpa rasa sakit dan perit serta tak selesa kat hidung korang macam sesetengah produk yang lain.. 

hasilnya.. mungkin korang kena zoom sikit
hasilnya.. mungkin korang kena zoom sikit


aku dah cuba ada satu produk yang cuma lekat je kat hidung tapi Ya Allah.. gatalnya hidung lepas tu ya rabbi.. lastnya aku mengalah tak guna.. tapi sebab tak selesa bila terpaksa picit keluar bintik hitam dan putih tu tiap kali dan rasa sakit tu yang aku cari penyelesaian jugak.. tengok je la hasilnya macam kat atas ni selepas dia betul-betul kering.. puashati kan?  

Acne Purifying Peel-off Black Mask
hasilnya.. mungkin korang kena zoom sikit


masa aku pakai untuk hidung ni aku sapu sekali Acne Purifying Black Mask ni.. ini antara produk yang aku tak beli di Althea.. aku beli ni masa ada jualan di bawah bangunan MOA kat Putrajaya dulu.. aku jarang guna sebab bila dah kering sakit pulak nak tarik dari kulit muka.. kuat betul dia lekat.. lainkali kalau dah habis ni aku ingat nak beli yang jenis lain pulak.. tapi hasilnya tak mengecewakan jugaklah.. dapat la dia tarik bintik putih dan bulu-bulu muka yang tak sepatutnya tu.. aku beli RM15 je satu tiub ni.. 

Pure Skin BioAqua


lepas tu aku bilas muka dengan air suam untuk bagi muka segar balik.. dan aku pakai Pure Skin BioAqua.. yang ni pun aku tak beli di Althea tapi beli di Shopee.. sangat bagus untuk menghilangkan dan mengecutkan jerawat.. bau pun sedap je.. bau air ros.. atau rose water kata orang putih.. aku guna ni dah masuk 2 tahun jugaklah.. murah je benda ni kat Shopee, tak sampai RM10 la sebotol.. aku akan guna jugak di hari biasa lepas cuci muka dan sebelum pakai bedak muka.. dah jadi rutin pun.. kalau ada rezeki nak jugak beli satu serum Nutox yang aku pernah pakai dulu.. sangat sesuai dengan kulit muka.. nantilah kumpul duit dulu.. 

pakai mask dengan tudung ikan tiruan.. hehe

Rice Sheet Mask dari My Beauty


apa aku buat lagi?  aku pakai pulak satu lagi mask.. yang ni aku guna Rice Sheet Mask pulak.. kononnya boleh putihkan muka dan hilangkan kedutan pada muka.. maklumlah umur dah meningkat ke 40 tahun pun kan.. haruslah beringat.. 

Pakai Gold Eye patch bawah mata.. 

Gold Eye & Spot Patch


abis je pakai mask semua tu aku pakai pulak Eye & Spot patch mask yang aku baru beli baru ni.. sedap pakai ni tau.. sejuk dan melekat elok je kat bawah mata tu.. nak buat kerja lain pun selesa je.. tak sedar dia ada kat situ.. nak tau harga korang boleh baca kat link ni ya.. kisah kotak biru.. 

lepas je selesai semua mask maknanya rutin aku dah siap.. jadi aku cuma tepuk-tepuk je muka dan biarkan macam tu je.. dan boleh sambung aktiviti lain.. bukan selalu pun aku rajin dan ada masa macam ni.. tapi kadang tu cari jugaklah masa sekurang-kurangnya 2 minggu sekali mesti buat.. maklumlah usia bukan makin muda dan kulit pun sama.. 

lagipun niat aku buat macam ni satu je sebenarnya.. untuk cantik-cantik buat suami sendiri je.. dia je yang tengok kita hari-hari kan.. bukan untuk orang lain pun.. kalau tak pandai melawa sangat kurang-kurang tu jagalah kebersihan dan kecantikan luaran dan dalaman.. itu pun dah cukup rasanya.. sekian nasihat sejemput dari makcik ya nak.. hehe.. jumpa lagi..

Ceritaita

Ulasan

  1. Wah terbaik ni kak. Sesekali nk juga manjakan kulit muka walau hanya buat di rumah je kan.

    BalasPadam
  2. Wah seronoknya kak ita manjakan wajah dengan produk tu semua...mesti rasa licin je kan.

    BalasPadam
  3. menarik ni, ita.
    aida biasa belai muka mlm hari.
    ada few benda nak kena tempek.
    yes, da 40-an ni, kena jaga over skit.
    sebelum berkedut, baik kita halang kedut tu dtg kan :) hi hi hi hi...

    BalasPadam
  4. Memang kena rajin buat home spa kat rumah kan kak. Kak kalau rajin lagi sebelum pakai cleanser jwnis fkam pakai dulu cleansing oil lepas tu baru pakai cleansing foam. Dah sudah exfoliate. Ala buat step macam korean skincade routine tuh. Eh akak cakap pasal cuci muka pakai vrush tu saya baru teringat mana pergi brush muka saya. Pakai tu memnag mulit muka tak berjerawat kan

    BalasPadam
  5. Bagusnya.. kulit muka kena servos jugabkan it's. Btw cantik tudung tiruam ko

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...