assalamualaikum semua, kali ni nak kongsikan pasal donut sedap kat Kuantan ni.. banyak betul tempat makan sedap sebenarnya.. tapi asyiklah tak sempat nak kongsikan dalam blog ni.. kadang-kadang nak menulis sampailah dah hilang bahang cerita sebenar.. apakan daya sejak dari awal tahun ni kami diduga bermacam ujian.. yang akhirnya buat aku lebih fokus dengan perkara lain dari hobi aku yang satu ni..
Donut sedap dan murah di Dofi Donut & Coffee |
kedai ni berada kat lokasi agak strategik la bagi aku.. dekat tengah-tengah pusat bandar Kuantan.. siapa yang biasa dengan Kuantan dan tau Jalan Penjara yang menghala ke Kuantan Parade tu pasti perasan kedai ni kat tepi jalan.. betul-betul setentang dengan kedai assesori telefon murah Brojat.. warna kedai dia agak menyerlah dengan warna ungu.. jelas la nampak dari jauh..
masa aku pergi aritu aku lupa bawak telefon jadinya takde gambar luar dan dalam kedai ya.. teruk betul rasanya.. tapi sebab area ni agak susah nak dapat parking tu yang bila dapat je park macam lupa diri tu.. haha.. dalam kedainya agak cantik dan tersusun.. korang boleh pilih nak makan di kedai jugak.. kalau makan kat situ boleh la ambik pilihan combo sekali dengan air tu.. agak jimat jugak berbanding beli asing-asing..
pilihan donut dia bagi aku banyak la jugak sampai anak-anak jadi rambang mata.. dan donut dia agak besar berbanding dengan satu jenama terkenal yang kami biasa beli sebelum ni.. sekarang kami tak pergi dah.. harga dia dah naik.. kita puasa je la makan donut mahal.. hehe..
Ni antara donut yang jadi pilihan kami hari tu.. |
harga donut DOFI pulak.. haa ni best nak cerita.. ada 4 pilihan harga yang korang boleh pilih.. kalau korang nak beli satu-satu je.. ada pilihan donut biasa yang salut gula tu RM1 je satu.. yang ada topping atas dia RM2 je.. dan cheese leleh.. RM2.50.. tapi kalau korang ambik yang sekali banyak.. ada 3 pilihan pulak.. korang boleh ambik yang 4 dalam satu kotak atau 6 dalam satu kotak atau 9 biji donut dalam satu kotak.. harga untuk 4 donut ialah RM8, untuk 6 donut RM12 dan 9 donut RM18.. sama je sebenarnya setiap satu tu jatuhnya RM2 jugak.. hehe..
harga air kat sini kira macam standard harga cafe yang jual kopi-kopi tu semua la.. kalau berangan nak makan kat sini elakkan waktu-waktu puncak tu la.. ada je masa yang tak ramai sangat orang.. pandai-pandai la korang aturkan sendiri.. aku pergi waktu dalam pukul 6 macam tu dah lenggang sikit orang.. kerusi meja pun ada je kosong..
excited masing-masing nak makan.. abaikan rumah yang dah jadi rumah persinggahan ni ya.. |
alhamdulillah masih ada la peluang makan sedap untuk golongan biasa-biasa bila adanya kedai macam ni.. tu yang payah betul nak kurus ek.. hahaha..
Ceritaita
suka donut2 mcm ni, tapi anak2 suka korek hat atas lah pulak hehe. Nt kalau ke kUantan boleh singgah ni
BalasPadamBab donut ni memang fav kakak Dania la..akak suka gak tapi x leh makan banyak la...susah bila dah ada masalah kesihatan ni kan...
BalasPadamMemang murahlah kak donut ni. Nampak menarik dna sedap plak
BalasPadamAnak-anak Kak Sue suka makan donut tapi yang nie belum pernah cuba..
BalasPadammemang payah nak kurus macam ni Ita, hahaha
BalasPadamwaa kira murah jugak la tu harga donut tu, ok laa hehe nampak pon nice jee. bagusla ada bnyk pilihan dh skrg boleh lepak2 minum coffee dan makan donut. kalau mmg sedap dan murah confirm boleh repeat selalu ye tak hehee.
BalasPadamaum sedapnya donut tu. tu kalu makan sambil tengok tv confirm kejap je habis. nampak gebu je donut tu, terliur BBL sambil baca entri sampai habis. Argh terus mengidam nak makan donut jugak nie
BalasPadamAnak-anak Mat Drat memang suka donut. Lepas ni kalau ke Kuantan, boleh la singgah ke sini. Nmapak menarik, harga pun berbaloi baloi
BalasPadamjauhlah pulak kedainya dengan tempat saya. kt tempat saya semuanya agak mahal harganya. family saya semuanya suka donut. in shaa Allah kalau saya ke sana dah tahu dh kt mana nk cari donut murah. terima kasih share ya :)
BalasPadamAik, memang murah donat ni. Tempat lain sekarang donat semua dah kecil saiznye :(
BalasPadamWow sedapnya Donut heheheehe kita memang suka makan manisan ni nanti boleh beli dan order lah kat sini banyak rasa dan harga boleh tahan hehehehe...
BalasPadamBestnya ada donut sedap dan murah macam Dofi ni! Harga dia yang ada topping and cheese pun murah je RM2.50! Bukan senang nak cari sekarang ni harga murah macam ni. Part diet tu setuju haha
BalasPadamOk lah murah..yang penting sedap. Kalau mahal-mahal pun sama aje rasanya kan. Memang rambang mata kalau ada banyak pilihan. Topping pulak cantik menggoda. Btw, saya kurang sikit kalau manis-manis. Sekali sekala oklah.
BalasPadamWow these donuts looks so delicious wish I could have a bite now feeling so hungry
BalasPadamwahhhhh ala2 big apple, dunkin donut ni ea?? ainy dah lah fav donut. murah pulak tu harga dia. nanti nak masuk lam checklist laaa kalau pergi Kuantan. tq share.
BalasPadamTengok donut dia mmg menarik je.. harga pun murah ikut topping.. tapi still affordable. Anak2 liez mmg suka donut even bergula biasa tu..boleh lawan DD dengan big apple la mcm ni.. tgk packaging pun cun
BalasPadamWah nmpak best topping3 dia Lah ita. Ada branch Tak Kat shah Alam ni?
BalasPadamDonut ni memang ada kat pahang aje ke? Sebab macam tak pernah nampak pulak kedai donut ni kat KL. Nampak sedap. Kalau ada, nak jugak cuba.
BalasPadamCoincidentally I just had donuts and now we are talking about donuts. I would love to give these donuts a try. They look yummy enough
BalasPadamGood to know that they serve delicious and affordable donuts that can be enjoyed by everyone. :)
BalasPadamSuper cheap and nice donut! I enjoy donut very much, I am not fancy for super sweet desserts but I like those that is cheap and delicious one!
BalasPadamsedapnya donut. murah pulak tu. sekali hadap mesti habis dengan anak-anak.
BalasPadamFirst time dgr dofi donuts ni. Anak saya suka donut kak.nanti boleh cuba yg ni pulak.
BalasPadam