Sambutan Aidilfitri di Muzium Diraja 21-22 Jun 2019 - Cerita Ita                                                             Sambutan Aidilfitri di Muzium Diraja 21-22 Jun 2019 Langkau ke kandungan utama

Sambutan Aidilfitri di Muzium Diraja 21-22 Jun 2019

assalamualaikum semua,  hari ni aku nak cerita pasal kisah kami beraya ke rumah terbuka malam tadi.. disebabkan semalam petang hujan dan memasing lapar maka kami buat keputusan untuk pergi ke majlis sambutan aidilfitri di muzium diraja.. mulanya pagi tadi la ternampak iklan yang terpapar di sepanjang jalan..

Sambutan Aidilfitri di Muzium Diraja 21-22 Jun 2019


aku la yang rajin baca semua tu.. asal ada iklan mesti nak baca.. haha.. dekat iklan tu ada tulis majlis dijalankan selama 2 hari.. dari 21hb hingga 22hb Jun 2019..majlis diadakan di Muzium Diraja dan disediakan shuttle percuma di Muzium Negara.. buat kami yang tak biasa hadiri majlis macam ni teringin jugaklah isi masa sambil bawak anak-anak rasai pengalaman tu.. 

jadi balik kerja semalam aku ajak shah pergi.. memula eksen.. taknak terus hala ke Muzium Negara je dan naik shuttle yang disediakan kat situ.. teruslah tuju Muzium Diraja yang selama ni kami tak pernah pergi.. nak parking mana pun tak tau.. sudahnya kami berpusing kat situ 2 kali tapi tak berjaya parking.. haha.. sila ketawakan kami.. akhirnya teruslah menghala ke Muzium Negara untuk parking di situ.. 

sampai kat situ,  tanya pada pengawal yang jaga kawasan tu.. dia kata boleh parking sini dan kalau nak pergi ke Muzium Diraja parking free je.. kami dengan yakin la guna kad touch and go dia je.. kemudian kami terus parking di kawasan hujung paling dekat dengan pick up point tu.. sedang elok pulak ada bas yang sedang tunggu.. teruslah kami anak beranak naik bas tu.. kalau ikutkan perkhidmatan shuttle ni disediakan setiap 10 minit.. tapi bergantunglah pada keadaan jalanraya kalau sesak ke tidak.. 

shuttle yang disediakan


sekejap je kami dah muncul semula di pintu masuk Muzium Diraja yang sangat gah tu.. cantik.. dengan hiasan lampu-lampu, sangat cantik.. oh ya.. semalam sambutan dibuka pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam jadi ada antara makanan yang dah tutup gerainya.. macam laksa johor dah tutup waktu kami sampai.. tapi banyak sangat makanan lain dihidangkan.. ada nasi minyak dengan lauk pauk yang sedap.. lemang.. ketupat.. rendang tok itik.. satay.. lontong.. mee sup.. soto.. kuih muih.. cendol.. aiskrim Malaysia.. eh banyak la.. aku sampai tak terambik gambar dah.. 

Sambutan Aidilfitri di Muzium Diraja 21-22 Jun 2019

Sambutan Aidilfitri di Muzium Diraja 21-22 Jun 2019

Sambutan Aidilfitri di Muzium Diraja 21-22 Jun 2019


anak-anak pulak seronok tengok persembahan artis termasuk geng 'Mak Cun' pun ada sekali semalam.. meriah.. kebetulan pulak penganjur panggil sekali anak-anak untuk bermain bunga api di kawasan yang disediakan pelita.. memang sukalah anak-anak.. semalam macam tak berapa ramai orang.. mungkin ramai yang datang waktu siang agaknya.. 

Sambutan Aidilfitri di Muzium Diraja 21-22 Jun 2019

suka betul muka dapat makan.. haha


tapi hari ni dijangka mungkin lebih ramai dari semalam.. tapi jangan risau tempat makannya sangat selesa.. semua kemudahan disediakan berdekatan.. bagi kami yang pertama kali mengunjungi majlis macam ni rasa sangat puashati.. makanan yang dihidangkan pun sedap-sedap semuanya.. dari pengalaman kami ni tak patut kalau tak ajak kawan-kawan lain yang berada di sekitar Kuala Lumpur untuk sama hadir ke majlis ni.. 

kualiti gambar tak berapa cantik.. nak ambik latarbelakang pelita tu sebenarnya 

Sukanya dapat bunga api

anak-anak main bunga api dekat pelita yang disediakan 


cuma satu je waktu balik yang tak bestnya.. pengawal lain pulak yang bertugas.. dia mintak RM10 untuk bayaran parking.. kami katalah yang tadi kata free.. kalau tau macam ni lebih baik kami bayar je guna kad touch and go kami tadi.. sebab tertulis kat situ sejam pertama parking cuma RM3.. RM2 untuk jam seterusnya macam tu la.. kalau ikutkan tak sampai pun RM10 tu.. agak musykil jugak tu.. mungkin bila dah tertukar pengawal tu ganti yang lain agaknya yang baru tu tak tau.. entahlah.. 

tapi takpelah.. cuma dinasihatkan lainkali hebahan mengenai parking dan sebagainya perlu dilakukan oleh penganjur untuk majlis yang macam ni.. gunakan je semua media yang ada.. guna facebook dan website pun ok.. nak guna khidmat blogger macam kami pun ok.. eh teriklan diri pulak.. haha.. ok selamat berhari raya ya korang! 

Ceritaita

Ulasan

  1. Wah meriahnya... Seronok siapnada bunga api bagai mesti anak2 suka

    BalasPadam
  2. wah.. syok baca entri ni.. macam-macam pengalaman ada yea.. hinggalah penghujungnya sampai tang parking kena bayar pulak parkingnya walhal sepatutnya free ye.. TB pun kalau ada kesempatan nak juga merasa masuk muzium diraja ni..

    BalasPadam
  3. waa meriah betul nampak sambutan rumah terbuka secara besar-besaran di Muzium tu kan. Nampak mcm best jugak pergi, seronoklaa yea dpt pergi sekali sekala, nasib baik overall puas hati betul tak. cuma tulah baca bab parking tu huhu ni pon baru tau pasal tu. pape pon okaylah jadikan pengalaman kan. moga mereka ada buat penambah baikan lepas ni insyaAllah.

    BalasPadam
  4. Menariknya! Tahun depan kena pegi ni. Open house istana tuu. Hehe

    BalasPadam
  5. Mouse mommy pun x tau Muzium Negara ada buat Majlis Sambutan Orang Ramai, harap dapat war-warkan supaya orang ramai tahu dan di samping tu dapat ajak komuniti ke Muzium Negara.

    BalasPadam
  6. Selamat hari raya, hee. Yang pasti pelbagai juadah makanan mesti menyelerakan.. Lihat2 anak2 akak terpancar keseronokan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...