assalamualaikum semua, masih dalam mood beraya kat sana sini kan? seronok tengok orang buat rumah terbuka je kat sana sini.. alhamdulillah aku pun sama jugak cuba memenuhi jemputan rumah terbuka kawan-kawan.. kalau rumah aku ni memang tak terasa nak buat.. bukan sebab apa.. cuma sangat risau pasal keselesaan tetamu yang datang.. keadaan rumah kami ni tak berapa mengizinkan dan terbuka sangat.. satu yang paling aku jaga ialah hati jiran bila melibatkan isu parking.. susah jugak.. tapi kami tetap terima tetamu yang nak datang.. bebila pun boleh.. dengan syarat korang bagi tau je dulu.. ralat rasanya kalau ada tetamu tapi tak masak-memasak.. orang Jawa gitulah tau..
Sambutan hari raya di sekolah |
dan sampai 17 Syawal ni mulalah sekolah pun sibuk jugak buat sambutan hari raya di sekolah.. tak terkecuali la anak-anak aku jugak.. minggu lepas giliran sekolah adik hadi buat sambutan hari raya dan hari guru di sekolah.. meriah bila tengok anak-anak berbaju raya warna warni.. seronok masing-masing.. sebelum tu cikgu dah senaraikan dalam group Whatsapp untuk menu yang ibu bapa bawak.. alhamdulillah jadi mudah juga ni.. jadi takkan ada menu bertindih dan mengelakkan pembaziran..
makaroni cabonara |
aku puas jugaklah nak fikirkan apa menu nak bawak.. ye la kita kena fikir jugak hidangan yang sesuai untuk anak-anak kecil jugak yang dewasa.. jadinya selepas ditimba-timba maka aku buatlah hidangan yang senang je macam makaroni cabonara.. alhamdulillah.. ok jugaklah sambutannya.. oh ya.. waktu jamuan ni aku cuma wakilkan Shah je untuk datang.. aku kena hadiri mesyuarat pada hari yang sama..
semalam pulak ada sambutan hari raya di sekolah Kafa abg long, abg ngah dan kakak husna.. yang ni takde gambar pun nak kongsi.. biasalah mak bekerja ni.. masing-masing ni lagi senang.. cikgu dah siap tetapkan dalam senarai apa yang perlu bawak mengikut kelas masing-masing.. abg long kelas tahun 6 kena bawak nasi goreng atau air, abg ngah kelas tahun 3 kena bawak kek, kuih atau agar-agar dan kakak husna kelas tahun 2 kena bawak mee goreng.. dan aku pulak fikir yang senang sebab masing-masing ni sekolah belah petang jadi kena fikir jugak menu ringkas yang ayah dia boleh handle..
akhirnya kami buat keputusan abg long bawak air kelapa laut.. alhamdulillah habis licin.. abg ngah bawak agar-agar pandan.. nampaknya anak-anak kurang gemar.. lainkali boleh tukar ke agar-agar lain.. sirap pun ok kot.. yang kakak husna pulak aku bawakkan megi goreng.. tapi ntah kenapa kakak ni akan berkelakuan pelik macam biasalah.. kali ni dia kata lupa keluarkan bekal megi dia tu.. sudahnya jadi santapan kami je anak-beranak malam tadi.. aduhai kakak..
korang pun masih berperang dengan nak cari idea untuk rumah terbuka ke? atau nak bawak potluck ke mana-mana majlis? aku boleh cadangkan korang tengok entri lama aku untuk idea potluck yang mudah ni.. nak tiru yang kali ni aku buat pun ok jugak.. ikutlah selera dan kerajinan masing-masing ya..
Ceritaita
Comel adik hasi berbaju emerald green
BalasPadam