Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H 2019M - Cerita Ita                                                             Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H 2019M Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H 2019M

assalamualaikum semua, dah masuk 8 Syawal pun hari ni.. tapi baru ada masa nak buat ucapan rasmi dalam blog ni.. hahaha.. acah-acah artis la sangat kan.. korang layankan je la.. sebenarnya rindu nak menulis tapi banyak sangat kekangan.. terutamanya bila melibatkan masa dan line internet.. memang takde tolak ansur la yang ni.. mungkin jugak umur dah makin meningkat.. dibagi peringatan untuk kurangkan benda-benda yang lagha.. itupun tak sedar-sedar jugak selalunya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H 2019M


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H 2019M.. Alhamdulillah dapat menyambut syawal tahun ni bersama keluarga tersayang.. masih lagi diberi kesempatan.. apa yang istimewanya ialah tahun ni aku dapat cuti pada sebelum dan selepas cuti umum hari raya.. itulah antara hikmah berpindah agaknya kan? siapa tahu.. kalau dulu di tempat lama selalulah kena pilih sama ada nak bekerja selepas raya atau sebelum raya.. dan biasanya aku akan pilih ikut pada kat mana giliran kami akan beraya dulu.. kalau giliran di Pekan, Pahang.. jadi biasa aku akan ambik cuti selepas raya.. kalau giliran beraya di Kluang, Johor dulu aku akan ambik cuti sebelum raya.. lebih istimewa pasal tahun ni 1440H adalah sama dengan umur aku 40 tahun..

dan kali ni giliran beraya di Johor dulu.. memang aku dah mula cuti bermula sabtu 1/6 lagi dah tapi disebabkan shah masih berniaga kami habiskan masa berehat kat rumah sambil buat kuih raya.. seronok la jugak melayan kerenah anak-anak.. walau kebanyakkan masanya memang akan hilang sabar.. tapi bila fikirkan balik, aku pun dulu macam tu jugak.. lebih kurang je.. jadi apa la salahnya bagi can kat anak pulak kali  ni kan.. nantilah aku cerita bab kuih semua tu.. nak cerita bab juadah berbuka pun asyik la bertangguh..

lenggang betul jalan kan?


kami mula bertolak balik pagi Isnin 3/6, ada hikmahnya jugak ni.. jalan dah lenggang.. orang dah balik kampung semua.. santai je perjalanan balik ke Kluang.. tiada tekanan langsung.. melainkan bila jumpa lori bawak durian di tengah-tengah perjalanan.. aduhai.. sudahlah tengah berpuasa.. bawak pulak seorang hantu durian kat belakang kereta tu.. asyik la zikir mintak dibelikan.. tapi apa nak buat.. segala perbelanjaan terpaksa dijimatkan musim-musim raya ni.. kena pulak bila kita merancang nak balik ke dua-dua kampung.. kenalah beringat-ingat.. terpaksa kuburkan je hasrat nak beli durian tu.. kita halakan pada yang lebih utama..

mampu ambik gambar gajah ni je dari jauh.. 


dapat jugak merasa pengalaman berpuasa dengan keluarga di kampung bila dah dengar pengumuman raya jatuh pada hari Rabu.. sempat la lagi nak cari apa-apa barang untuk persiapan.. dan pagi hari terakhir Ramadan tu kami dikejutkan berita tentang 3 ekor gajah yang mati di Kampung Sri Timur.. kampung ni kira bersebelahan dengan felda yang abah dan mak duduk.. kalau dulu kawan-kawan sekolah pun ada datang dari kampung ni.. sempat la singgah jumpa dengan pegawai perhilitan yang ditugaskan untuk handle kes ni.. kebetulan la pulak seorang kenalan.. kalau ikutkan hati aku yang memang suka kerja-kerja macam ni nak je offer diri join sekali buat bedah siasat tapi apakan daya.. aku bawak amanat pembelian barang-barang dari rumah untuk masak lauk raya.. jadi kenalah balik jugak.. 

gambar kebakaran yang dikongsikan.. 


malam raya kedua pulak ada tragedi lain menimpa.. kali ni di felda kami pulak.. kedai runcit Dmart terbakar! memang terkejut bila dengar.. maklumlah kedai ni la selalunya menjadi penyambung nyawa sesetengah penduduk untuk sampaikan hujung bulan bila keadaan kewangan tengah sesak.. kami jugak terasa kesedihan sebab kedai ni jugak merupakan kedai yang masih menjual barangan tertentu dengan harga patut di kala kedai lain meletakkan harga seolah-olah nak pergi haji balik hari kaedahnya.. yang lebih kesian bila rumah pengurus yang bersambung dengan kedai pun sama terbakar hangus.. sampaikan kami lalu pada raya ketiga pun masih berasap lagi.. sedih betul.. 

gambar dengan sesiapa yang ada..

dengan sesatunya adik tersayang


raya kali ni kami tetap rasakan meriah walau banyak jugak pengorbanan yang terpaksa dibuat.. takkan aku nak cerita kan? cerita kat korang benda manis je la.. yang pahit tu biar je la aku simpan sendiri.. yang penting masih dapat meraikan hari raya dan masih mampu melihat senyuman di wajah-wajah yang tersayang.. semoga hari raya ni memberi keberkatan kepada semua orang dan Allah menerima semua amalan kita sepanjang bulan Ramadan yang lepas.. semoga ada rezeki kita bertemu di Ramadan yang akan datang supaya boleh beramal dengan lebih baik.. insyaAllah.. 


 Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H 2019M buat semua pembaca blog Cerita Ita 
dan Maaf Zahir dan Batin

Ceritaita

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...