Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 13 - Cerita Ita                                                             Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 13 Langkau ke kandungan utama

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 13

assalamualaikum semua,  hari ni antara hari bermakna dalam hidup aku.. hari pertama aku bergelar seorang isteri buat suami yang tercinta.. dalam tak sedar dah 13 tahun dah peristiwa bersejarah tu berlalu.. kalau ikutkan 13 tahun dulu tarikh ni jatuh pada hari Sabtu.. 

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 13


banyak kekurangan waktu kami memulakan hidup dulu.. maklumlah kami dulu PJJ atau perkahwinan jarak jauh.. waktu awal dulu aku masih lagi bekerja di syarikat swasta.. yang menyebabkan rutin kerja aku kena berulang dari pahang ke johor setiap 2 minggu sekali.. ada masa kami berjumpa dan tinggal bersama untuk 2 minggu dan kemudiannya berpisah lagi selama 2 minggu.. 

sebulan lepas menikah dapat pulak rezeki temuduga dengan kerajaan.. alhamdulillah akhirnya dapat kerja sekarang ni selepas 2 bulan kemudian.. tapi diduga lagi.. aku kena hadiri penempatan sementara sebulan di Kluang, Johor dan sebulan lagi di Ipoh, Perak.. waktu ni Allah tambah dengan ujian dan rezeki pada masa yang sama.. aku disahkan mengandung anak sulung.. cuma azabnya waktu tu langsung tak boleh menyentuh nasi atau yang seangkatan dengannya.. nasi impit ke bubur nasi pun langsung tak boleh.. kat situ jugak akan keluar balik.. sampailah umur kandungan dah jejak 6 bulan baru la boleh jamah sikit-sikit.. selama tu cuma makan roti dan lauk je.. 

kami kekal duduk berjauhan sebab lepas tu aku dihan tar pulak bertugas ke Kota Bahru, Kelantan.. tak lama jugak tapi sehingga abg long lahir la jugak.. sempatlah abiskan cuti bersalin dan bertugas semula di Kelantan masa tu.. bermulalah hidup aku dengan abg long je waktu tu.. tapi syukurlah rezeki pulak berpihak pada kami anak beranak.. dapat berita akan ada rombakan organisasi secara besar-besaran.. dan aku dapat memohon untuk bersama dengan shah di Kuantan.. syukur.. 

dan sekarang ni alhamdulillah kami dah melayari alam rumahtangga ni selama 13 tahun.. 13 tahun penuh ujian dan ranjau.. juga penuh dengan kenangan manis.. yang pahit-pahit tu letak tepi je la.. tak perlu diingat kalau nak perkahwinan kekal lama.. ini pesan orang tua-tua.. kami dah ditemani oleh 4 orang cahayamata yang sentiasa menghiburkan hati kami.. amanah berat untuk kami jaga selama diberi masa.. 

Gambar terbaru kami bulan ni.. 


setiap orang ada buat kesalahan dan ada kelemahan masing-masing.. jadi tak perlu rasanya nak ungkit mengungkit kisah silam masing-masing.. tiada orang pun yang sempurna.. yang pentingnya kita menghargai orang yang kita sayang selagi masih berpeluang.. berkhidmat sehabis baik untuk mereka.. dan pastikan amanah dijaga dengan baik.. 

dan untuk kenangan kami selama 13 tahun bersama ni.. siapa sangka Allah kurniakan kami penambahan rezeki yang tak disangka.. satu lagi benih tanda cinta kami sedang membesar dengan sihat kat dalam perut aku sekarang ni.. alhamdulillah.. dah masuk 27 minggu dah pun.. semoga kandungan ini terus sihat dan selamat sehingga tarikh yang dijangka.. buat masa ni abang-abang dan kakak dia la yang paling tak sabar.. 

kelahiran kelima kami.. InsyaAllah.. doakan ya


dulu aku pernah merancang untuk mengandung terakhir pada umur 35 tahun.. tapi kita kan mampu merancang.. Allah jualah pengatur hidup kita.. ditakdirkan pulak aku mengandung pada umur 40 tahun ni.. syukur juga walau pengalamannya jauh berbeza.. 

buat insan yang bernama Shah, abg.. semoga rumahtangga kita lebih bahagia di samping anak-anak tersayang.. terima kasih sudi menerima segala kekurangan dan kelemahan ita selama ni.. semoga Allah kurniakan kesabaran lebih lagi buat abg di hari-hari mendatang.. terima kasih juga sebab sanggup bersama dalam susah dan senang di mana saja berada.. semoga Allah panjangkan usia kita untuk terus bersama mendidik anak-anak kita,  mengecapi kemanisan hidup dan semoga kelahiran anak kita yang akan datang ni akan mengeratkan lagi kasih sayang kita berdua.. amin.. 

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke 13 ya bang.. 

Ceritaita

Ulasan

  1. Congratulations on your 13th anniversary. It's always good to celebrate with your beloved ones. It's not easy to stay in love with someone this long so let's cherish those who love us. 😁👍

    BalasPadam
  2. Happy anniversary akk ! Moga cinta sampai ke Syurga

    BalasPadam
  3. Taniah atas perkahwinan dan bakal menerima anak baru. 13 Tahun lama dah, saya baru sahaja 3 tahun. Mesti akak banyak kenangan pahit manis sepanjang begelar isteri dan ibu.

    BalasPadam
  4. tahniah.. apa rahsia boleh kekal bahagia sampai 13 tahun ni. tahun ni hubby bagi hadiah apa untuk anniversary.. tak sabar nak kahwin dan rasa bahagia dengan orang tercinta setiap hari. amin.. semoga terus utuh kekal hingga ke janah

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah semoga kekal selamanya. Suka baca pengalaman orang yang dah kahwin lama ni sebab airah pun baru beberapa tahun berumah tangga ni banyak benda kena belajar lagi

    BalasPadam
  6. selamat ulang tahun dan selamat bakal menerima kelahiran cahaya mata! :) semoga kehidupan selepas ini lebih bermakna dan bahagia hingga selamanya.aminn :)

    BalasPadam
  7. Masha Allah seronoknya akak tumpang gembira. SEmoga terus bersama hingga ke jannah. Ameen

    4 Tip Untuk Berjaya Dalam Affiliate Marketing

    BalasPadam
  8. Wah, tahniah preggy dan all the happiness with the marriage. Semoga till jannah forever together ya.

    BalasPadam
  9. tahniah kak rozita. 1st time saya berkunjung ke sini. hebatnya blog kak ita, dah lama menulis. hopefully dapat konsisten mcm kak ita jugak. lama dah tu 13 tahun mendirikan rumahtangga, kita nak masuk 10 tahun, tahun ni. semoga perkahwinan kak ita dan suami bahagia hingga ke syurga. aamiin

    BalasPadam
  10. happy annivessary yg ke 13 sis...semoga kekal hingga ke jannah...

    BalasPadam
  11. Selamat ulangtahun perkahwinan kak Ita. Semoga hubungan akak dan suami kekal hingga jannah. Bukan senang nak bina hubungan perkahwinan dan pastikan kekal ye tak. Macam macam ujian kita kena lalui kan kak.

    BalasPadam
  12. seronoknya baca kisah2 seperti nie. semoga kekal hingga ke syurga ya kak ita dan suami. dan congrats untuk baby baru nanti. semoga kandungan kak ita sentiasa sihat dan dipermudahkan sehingga bersalin nanti.

    BalasPadam
  13. Tahniah untuk ulangtahun ke-13 dan juga 'hadiah' terkini tu. Banyak rezki Allah swt bagi tu.
    And terima kasih sebab berkongsi resepi menjaga hubungan tu. Moga Allah swt murahkan lagi rezki sekeluarga ye

    BalasPadam
  14. Tahniah kak ita.. Allah.. Seronoknya dengar. Bakal dapat bby babru.
    Hadiah anniversary yang terindah sangat tu..
    Semoga baby sentiasa baik2 aja, sehingga selamat dilahirkan nanti.

    BalasPadam
  15. wah.. Happy 13th Anniversaryy.. dah 13 tahun ye usia perkahwinan.. pejam celik pejam celik tak sedar berbelas tahun mengharungi hidup dengan pasangan kan..

    BalasPadam
  16. Tahniah untuk anak ke 5, moga dipermudahkan segalanya untuk Ita...

    BalasPadam
  17. Masha Allah, tahniah.. semoga bahagia kekal bersama hingga ke jannah.

    4 Tip Untuk Berjaya Dalam Affiliate Marketing

    BalasPadam
  18. Tahniah kak semoga segala urusan dipermudahkan. Sepanjang 13tahun mesti banyak dugaan n pengalaman buat akk n suami. Tahniah ntk baby soon. Semoga hubungan akk n suami kekal till jannah.

    BalasPadam
  19. happy annivessary semoga bahgia.. biasalah dlm hidup berumahtangga byk dugaan apa pun kita kena selalu bersabar

    BalasPadam
  20. Wah tahniah..dan selamat ulangtahun perkahwinan, semoga berbahagia sampai syurga..Aamiin

    BalasPadam
  21. Congratulations on your 13 anniversary. May Allah bless you two with more prosperity and hopefully with the grace of Allah another zuriat? =)

    BalasPadam
  22. So sweet! Selamat menyambut ulang tahun ni. Semoga sihat dan ceria selalu bersama keluarga tersayang :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat