assalamualaikum semua, hari ni semua umat Islam di Malaysia ada peluang menentukan arah kiblat pada 16 Julai 2019.. sebabnya hari ni akan ada peristiwa istiwa' iaitu peristiwa di mana matahari berada tepat di atas kaabah.. peristiwa macam ni julung-julung kalinya berlaku.. dan hari ni kita berpeluang sekali lagi untuk tetapkan arah kiblat di rumah ataupun di pejabat..
Peluang menentukan arah kiblat pada 16 Julai 2019 - kredit gambar Mufti Wilayah Persekutuan |
waktu yang disarankan adalah tepat pada pukul 5.28 petang waktu Malaysia.. tapi untuk ini korang perlu dulu menetapkan jam yang korang guna tu mengikut waktu tepat berpandukan SIRIM Malaysia dulu ya.. ada caranya.. korang boleh hubungi talian 1051 atau boleh juga layari laman web untuk masa ni di WAKTU SIRIM.. dengan tu baru korang boleh tetapkan arah kiblat mengikut masa yang ditetapkan..
lepas tu macamana pulak caranya nak tentukan arah kiblat yang betul ni?
Cara menentukan arah kiblat :
1. Cari objek tegak seperti tiang atau tingkap atau pintu rumah yang disinari cahaya matahari.
2. Lepas tu perhatikan bayang objek tu pada jam 5.28 petang.
3. Buat unjuran garis lurus objek tersebut menghala ke arah matahari.
4. Garisan yang terhasil adalah menunjukkan arah kiblat yang sebenar. (boleh juga rujuk gambarajah untuk lebih permahaman).
Kredit Jabatan Mufti Negeri Selangor |
peluang ni selalu ada setiap tahun tapi selalunya memang tak pernah la dapat nak buat kat rumah pasal waktu tu la waktu kita tengah balik kerja.. lainkali kena ambik cuti la baru dapat buat rasanya kan..
Ceritaita
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.