assalamualaikum semua, dari hari tu aku nak ceritakan pasal kedai makan wajib pergi kat Kemensah ni.. tapi banyak betul gangguan yang datang.. jadi hari ni baru ada masa nak cerita.. itu pun lepas menaip beberapa kali dan terberhenti je dibuatnya.. tapi gigih jugaklah nak kongsikan tempat makan sedap dan best buat sesiapa yang tengah berkira-kira nak pergi ni.. dari aritu aku mampu tengok je bila ada kawan-kawan yang menulis pasal BBQ Lamb Kemensah ni.. bila dah pergi baru tau rupanya berbaloi makan dalam sungai di BBQ Lamb Kemensah.. patutlah ramai yang cerita..
|
Berbaloi makan di BBQ Lamb Kemensah |
kalau tak sedap maunya namanya nak meniti dari mulut ke mulut kan? biasanya orang cerita pasal 2 perkara je.. antara sedap dengan tak sedap.. tapi yang ni aku memang nak cerita pasal sedap la.. yang sedapnya ada jugak.. jadi korang kena baca sampai habis ok.. kami gi bulan lepas sebenarnya.. ntah kenapa la tekak aku ni bulan lepas semua benda la teringin nak makan.. tapi lepas tu nak menulis pulak asyik la tak terbuat.. ada lagi ni kisah pasal makan-makan.. tapi kita cerita yang ni dulu la ya..
masa memula datang aritu kan kami pelik jugak rupanya restoran ni dekat je dengan KL.. selama ni kami cuma tau area tu ada Zoo Negara je tau... serius ni.. nampak benar pengetahuan geografi kami ni memang sangat cetek.. bila sampai situ baru sedar ada kawasan yang cantik dengan sungai bersih mengalira dan tak jauh dari KL.. wah.. terkesima la kejap.. anak-anak memang dah aim je nak makan dalam sungai.. gila tak geram tengok bila memula datang je korang akan nampak permandangan macam kat bawah ni tau.. maunya tak teruja kan? jadi mulalah anak-anak ni merengek nak makan dalam sungai sambil celup kaki dalam tu..
|
best kan nampak orang lepak-lepak dalam sungai tu? |
kalau tanya aku.. memula ada rasa ngeri jugak la.. hahaha.. dasar mak penakut.. ye la dengan keadaan aku yang tengah macam ni.. aku taklah risau terus hanyut dalam sungai pasal muatan berat kan.. tapi kalau tergelincir ke apa ke maunya menyesal kang.. tapi bila dah anak-anak teruja, aku pun sama jugaklah nak merasa.. jadi kami buat pilihan marilah kita makan dalam sungai..
memula kitorang rasa macam nak lepak-lepak makan kat area atas-atas tu je sambil layan bunyi deruan air sungai yang best tu.. tapi dah namanya bebudak kan.. tak sahnya kalau tak tak celup kaki ke air tu.. bila dah rasa air sejuk yang best tu terus lokasi tempat makan tu bertukar serta merta.. jadi kalau korang jenis yang tak nak 'kebasahan' tu eloklah pilih tempat makan yang dekat atas-atas tu je.. macam kat bawah ni haa.. eh lupa bagitau kawasan BBQ Lamb Kemensah ni besar ya.. kalau nak buat majlis apa-apa memang sesuai sangat.. siap parking pun mereka sediakan..
|
aku memula nak makan kat sini je |
|
ni kat pintu masuk dia |
|
ni lagi meja kat pintu masuk dia |
|
meja asal kami.. lepas tu bebudak dah usha meja kat dalam sungai jugak.. huhu |
masa kami datang tu kebetulan pulak ada yang buat majlis harijadi.. meriah la kami tengok.. diorang buat yang kat meja belah belakang.. belah atas sungai tu.. eh asyik cerita meja dan lokasi je meha la kita cerita pasal makanan pulak.. ada banyak jenis hidangan korang boleh dapat kat sini tau.. kalau yang jenis suka makan makanan berbeza pun takde hal punya.. macam kami aritu disebabkan dah lama tak makan ikan jadi kami pilih menu yang berasaskan ikan.. dan ada pulak hantu daging.. haruslah pesan sepinggan daging jugak..
memula kami tanya memacam la kat adik pelayan tu.. yelah mana pernah datang kan.. adik tu dengan baik hati terangkan satu-satu pasal menu yang ada dalam pilihan menu tu.. antara pilihan menu yang ada..
|
Ada Couple Mix Meat Set - RM90 |
|
Vegeterian Set - RM35 |
Add caption |
Skewer Set - RM120 |
|
Seafood Set - RM170 |
|
Fish Set - RM160 |
|
Bird Set - RM140 |
dan akhirnya kami pilih pakej ikan tu.. ingatkan ikannya kecik-kecik dan cuma 3 macam dalam gambar.. sekali kau dia datang sekali 4 jenis ikan.. ikan dory, ikan bawal, ikan siakap dan ikan makerel.. haaa.. ikan makerel ni rare sikit ya.. aku akui memang tak pernah lagi makan ikan makerel yang segar macam ni selain yang dah ditinkan.. dan ternyata pilihan kami malam ni berbaloi la.. puashati bila makan set macam ni.. memang kenyang!
|
Fish Set - RM160 |
|
aku zoom sikit.. sos tu 4-4 memang marbeles! tambah pulak dengan ikan ni ada rasa berbeza setiap jenis ikan |
|
nasi arab dan sup kambing.. sup dia sedap wei! |
|
buah, koktel, dan air jug |
|
koktel |
|
salad dia tu sedap tau.. |
setiap set yang dipesan tu akan datang sekali dengan salad, koktel, sup kambing, buah tembikai dan nasi arab.. sedap.. kena benar padanannya.. dan kami tambah order air teh limau sejug lagi.. ikan tu terbaik tau sebab setiap jenis ikan dimasak dengan cara berbeza jadinya ada 4 jenis ikan dengan masakan berbeza.. eh lupa kami pilih set daging yang lamb macam kat bawah ni.. puashati tau!.. yang ni memang wajib cuba.. sebab daging kambingnya lembut sangat dengan 4 jenis sos tu sangat terbaik.. puashati kakak husna hadap daging sampai habis..
|
set daging kambing - RM30 |
dan lepas tu sambil kami habiskan hidangan yang besar ni kami layan jugak anak-anak main air yang ada ikan kecik-kecik gigit kaki kami masa tu.. haha.. best betul pengalaman ni.. siap anak layan main buaian dalam air lagi tu.. puashati memasing.. senyum je masa balik tu..
|
happy time! |
|
muka kekenyangan.. haha |
|
ayah mithali bawak anak main buaian dalam air |
|
nampak tak kakak dengan abg long yang tengah main buai tu? |
|
ni satu lagi tarikan dekat sini.. haiwan peliharaan tuan punya restoran.. |
|
mother and daughter bonding |
|
meh la datang sini! |
aku kongsikan jugaklah gambar kami semasa menjamu selera kat sana.. korang kalau ada masa ambiklah peluang datang ke sini.. boleh merasai pengalaman makan dalam sungai macam kami ni yang pastinya tak dapat kat tempat lain.. bagi penggemar makanan yang unik memang patut sangat cuba! Untuk info lanjut masa operasi dan nombor untuk boleh hubungi nombor tertera di bawah ni ya:
Waktu Operasi
Isnin ~ Khamis.
12pm~10pm(last order 9pm)
Jumaat.
4pm~10pm(last order 9pm)
Sabtu dan Ahad
Sessions 12pm~2pm
Sessions 2pm~4pm
Sessions 4pm~6pm
Sessions 6pm~8pm
Sessions 8pm~10pm
Lokasi Bbq Lamb Kemensah.
Please visit our page and like:
Ceritaita
dapat mandi kat sungai tu, best
BalasPadammesti bertambah2 selera, teringin pulak nak ke sana
BalasPadamya Allah, best nya! sesambil makan layan perasaan dan main air. wahhhhh ^_^
BalasPadamwow menarik. bukan biasa-biasa ni makan sambil selam kaki dalam air. hehe
BalasPadamwah! sedap2 belaka makanan kat situ.
BalasPadambestnya tempat dia..menu pun sedap2
BalasPadamWahh mujur ada review makan dekat sini. Teringin nak pergi tapi tu lah, takda gambar penuh dengan makanannya sekali. Good sharing!
BalasPadam