Resepi Pancake Gebu Dan Tetap Lembut Bila Dah Sejuk
assalamualaikum semua, korang sibuk ke tu? tengok sibuk apa je hari Jumaat ni.. ada yg dah ada kat kampung pun ya? awal korang balik kampung.. kami malam ni baru nak bertolak insyaAllah kalau takde aral.. kali ni cuma ada rezeki cuti pendek je.. raya sehari dah kena balik semula ke KL.. kena kerja la, nak buat macamana.. tahun ni la kiranya aku merasa kena kerja waktu cuti umum dan hari raya.. hari ni aku nak kongsikan resepi Pancake gebu dan tetap lembut bila dah sejuk yang aku buat baru ni.. memang sedap resepi dia.. aku sejak guna resepi ni dah tak tukar yang lain dah..
Resepi Pancake Gebu Dan Tetap Lembut Bila Dah Sejuk |
anak-anak kat rumah ni suka makan gitu je.. kalau tak pun diorang makan dengan filling blueberry atau filling strawberry.. takde pulak yang minat nak letak madu macam orang lain buat.. kalau aku pun lebih suka makan dengan coklat cair ke.. sedapnya lahai.. meh la kita tengok bahan-bahan dan cara buat dia..
Resepi Pancake Gebu Dan Tetap Lembut Bila Dah Sejuk
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
Secubit garam
2 sudu besar gula halus / kastor
3/4 cawan + 2 sudu besar susu kotak Full-cream *(Maksudnya sukat 3/4 cawan dulu. Lepas tu tambah lagi 2 sudu besar)
1 biji telur gred A, dikocok
2 sudu besar butter, dicairkan
1 sudu teh esen vanila
Sedikit minyak / butter untuk sapu pada kuali leper (tapi aku tak guna sebab dah pakai non-stick pan)
CARA-CARA
1. Kena asingkan bahan kering dan basah
2. Satukan bahan-bahan kering – tepung, baking powder, garam dan gula ke dalam sebuah bekas. Gaul rata dan ketepikan.
3. Dalam satu bekas yang lain pula, satukan bahan basah pula – susu, butter yang telah dicairkan, telur dan esen vanila. Gaul rata.
4. Masukkan semua bahan basah ke dalam bahan kering.
5. Gaul setakat rata saja, jangan terlebih pukul. Aku guna hand wrisk je.
6. Rehatkan adunan selama 15 minit.
7. Panaskan non-stick pan kecil, guna api paling kecil sekali. Tak perlu sapu minyak pun tak apa.
8. Tuang adunan tadi (letak dalam sesenduk) dan biarkan hingga pancake naik gebu dan keperangan. Bila dah berbuih tu maksudnya sebelah tu dah cukup masak, jadi terbalikkan dan tunggu pula sebelahnya lagi masak.
9. Siap untuk dihidangkan.
Kalau aku biasanya kena buat paling kurang 2 adunan.. sebab 1 adunan ni sekali hadap je.. ada la dapat dalam 6-7 keping je untuk satu adunan tu.. lainkali aku macam nak cuba adunan yang sama ni untuk buat apam balik la.. macam boleh je kan.. lainkali la kita cuba..
Ceritaita
Maklumat lain :
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
salam sis, thanks kongsi resepi ni, memang tengah cari resepi pancke yang sedap dan lembut macam ni..:)
BalasPadamlama suda nda buat pancake.. last buat last year
BalasPadamsedap ni. lepas tu letak butter. adui sedap. saya suka yang garing-garing lembut
BalasPadam