SHOPEE SAHUT SERUAN UNTUK KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN 9.9 SUPER SHOPPING DAY - Cerita Ita                                                             SHOPEE SAHUT SERUAN UNTUK KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN 9.9 SUPER SHOPPING DAY Langkau ke kandungan utama

SHOPEE SAHUT SERUAN UNTUK KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN 9.9 SUPER SHOPPING DAY


SHOPEE SAHUT SERUAN UNTUK KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN 9.9 SUPER SHOPPING DAY 

Assalamualaikum semua,  dalam tempoh setahun lepas, pihak kerajaan telah melancarkan beberapa inisiatif untuk mengurangkan kos sara hidup di Malaysia. Satu inisiatif yang dilaksanakan baru-baru ini ialah penubuhan Jawatankuasa Tindakan Kebangsaan E-dagang oleh Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan dan mengukuhkan penggunaan e-dagang lantas mengenepikan peranan orang tengah dalam usaha mengurangkan kos barangan pengguna. 

SHOPEE SAHUT SERUAN UNTUK KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN 9.9 SUPER SHOPPING DAY 


Untuk mencapai matlamat ini, pihak kerajaan telah bekerjasama rapat dengan Shopee, platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, dalam usaha mencari cara untuk mengurangkan kos sara hidup bagi rakyat Malaysia. Salah satu daripada usaha Shopee untuk berganding bahu dengan para peniaga runcit Malaysia adalah mengurangkan sekatan terhadap penglibatan umum dalam ekonomi digital. Tambahan lagi, kos mengendalikan perniagaan di dalam talian jauh lebih rendah. Dengan ini, Shopee menggalakkan para peniaga runcit untuk berkongsi penjimatan kos dengan pembeli, lantas menjadikan beli-belah dalam talian lebih termampu bagi pengguna. 

Hasilnya, pengguna dapat melihat purata penjimatan sebanyak 20% untuk barangan keperluan harian apabila mereka membeli-belah di Shopee pada hari biasa dengan potensi penjimatan sehingga 90% semasa kempen membeli-belah utama seperti 9.9 Super Shopping Day. Akan berlangsung dari 19 Ogos hingga 9 September 2019, kempen ini membawakan tawaran dan diskaun hebat meliputi pelbagai kategori daripada jenama seperti Nutox, HP, L'Oréal, Vinda, Photobook Malaysia, Enfagrow, Universal Traveller, realme, Mr DIY dan Nestle. Untuk terus mendorong penggunaan e-dagang dan menggalakkan rakyat Malaysia memanfaatkan penjimatan ini, Shopee akan menurunkan perbelanjaan minimum untuk penghantaran percuma kepada RM9.

Mengalu-alukan inisiatif itu, Song Hock Koon, Pengarah E-Dagang, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, berkata, "Salah satu objektif MDEC adalah untuk menggalakkan penglibatan rakyat Malaysia dalam ekosistem digital kerana inisiatif sedemikian akan membantu mempercepatkan penggunaan e-dagang dalam keadaan yang mampan dan kos efektif. Kami sentiasa berbesar hati untuk bekerjasama dan menyokong pergerakan industri dan mempercayai bahawa inisiatif terbaru ini akan memberi inspirasi kepada usaha keusahawanan digital."

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Misi Shopee sememangnya untuk membawa kesan positif kepada masyarakat tempatan dengan cara yang bermakna dan mampan menerusi inisiatif seperti kempen jualan kami yang akan membolehkan rakyat Malaysia terus membeli-belah dan mendapatkan barangan keperluan tanpa perlu mengeringkan kocek. Pada masa yang sama, saya sukacita untuk mengumumkan kerjasama Shopee dengan duta jenama terbaru kami, Cristiano Ronaldo. Penyertaan beliau dalam Shopee menandakan mercu jaya penting bagi kami. Ini menjadikan kami lebih daripada sekadar sebuah platform membeli-belah kerana kami terus memberi inspirasi kepada pengguna dan mendekatkan mereka dengan bintang-bintang dan selebriti yang terbesar di dunia.” 

Pada hari pelancaran 9.9 Super Shopping Day di Grand Hyatt Kuala Lumpur, Shopee mengumumkan duta terbarunya, Cristiano Ronaldo. Sebagai salah seorang atlet yang paling hebat, beliau adalah inspirasi kepada ramai dan dedikasinya untuk bola sepak bergema dengan komitmen Shopee terhadap penggunanya. Beliau akan bekerjasama dengan Shopee di tujuh pasarannya dalam pelbagai aktiviti untuk melibatkan diri dan memberi inspirasi kepada orang ramai di rantau ini.

Kempen 9.9 Super Shopping Day menjanjikan promosi hebat dan hiburan menarik selama tiga minggu dan juga keistimewaan eksklusif yang dibawakan oleh para pemain industri terkemuka:

● Jualan Kilat Shocking Sale - 9 kali sehari, nikmati tawaran serendah RM1. 

● Pek Baucar Hebat RM9.90 – Bayar RM9.90 untuk menikmati baucar daripada Shopee, Agoda, dahmakan, Dal.komm Coffee, ZEN Rooms, Grab, BBQ Chicken, Victoria Station, Kkday, Recommend.my, Muslim Pro, MBO, Dunkin Donuts serta Teppanyaki
dan dapatkan penjimatan sehingga 17x jumlah wang anda dibelanjakan. 

● “One or Not” - 21 motosikal Yamaha, 1 Honda City dan banyak lagi hanya untuk RM1.

Jika pelanggan tersebut bukan pembeli terpilih, Shopee menjamin bayaran balik penuh. 

● Pemegang kad Standard Chartered Mastercard – Potongan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM120. Sah dari 19 Ogos hingga 9 September.

● Shihlin Taiwan – Beli 1 dapat 1 paket percuma Crispy Chicken Cracklings (AyamGoreng Rangup) 

● Wonda Coffee – Rangkaian produk baru eksklusif terlebih dahulu di Shopee, dengan harga pengenalan promosi untuk 300 pelanggan pertama. 

● Dunkin Donuts – 2,000 pelanggan pertama dapat menikmati promosi RM0.99 untuk 1 Donut bernilai RM3.50 hanya pada 9 September.

● Burger King - Dapatkan set Whopper Jr & Cheeseburger, minuman dan kentang goreng hanya untuk RM9.90.

● The Alley – Nikmati teh susu boba eksklusif dari RM9. 

● Häagen-Dazs – Nikmati secedok aiskrim pada harga RM9.90 dan dua cedok pada RM19. 

● Wakil Penjual Sah Hong Leong Yamaha – Nikmati diskaun eksklusif sehingga 30% bagi pembelian motosikal Yamaha termasuk Yamaha NVX, Y15zr dan LC135 pada 9 September. 

● BH Petrol dan Mydin akan memberikan 100 tiket bernilai RM35,000 untu saksikanvDato' Sri Siti Nurhaliza secara langsung di Konsert Mini SimplySiti X Shope.

Ketahui lebih lanjut mengenai duta jenama terbaru Shopee di:


Dapatkan maklumat lanjut tentang 9.9 Super Shopping Day di https://shopee.com.my/m/99 

Ceritaita

Ulasan

  1. perkongsian yang bermanfaat

    salam perkenalan.. nama panggilan kita sama hehe

    BalasPadam
  2. Hebatlah Shopee siap beriklan dengan CR7 tu....

    BalasPadam
  3. banyak tengok promo 9.9 Shopee lately..nak shopping pun rasa membuak-buak. huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...