Itu je yang tinggal?
Assalamualaikum semua, rindunya nak menulis blog.. banyak entri aku nak share.. tertangguh-tangguh jadinya.. insyaAllah cuba cari ruang masa ni.. maklumlah ibu beranak kecik.. dah tua-tua beranak kecik lagi.. padan la dengan muka kan.. haha.. aku sebenarnya lama nak cerita pasal makan.. yang selalu lupa nak cerita makan kat restoran makanan segera la.. ada je sebenarnya tapi selalu cuma gambar je berjaya post di facebook atau instagram.. nak tulis blog kena masa panjang sikit pasal aku tak pandai tulis cerita pendek-pendek.. masalah betul kan?
Itu je yang tinggal? |
baru ni kami pergi makan kat Marrybrown.. ala yang promosi setiap hari Jumaat tu.. beli ayam 5 ketul dengan nugget 5 ketul cuma RM19.90 harganya.. termasuk cukai dalam rm21 kot aritu.. tapi memang berbaloi la pada kami sebab ayam dia besar.. ayam goreng Marrybrown pun sedap jugak dari jenama yang satu lagi tu.. tambah pulak dekat dengan rumah.. kami pergi yang dekat cawangan Brem Mall depan tu je..
dia tulis setiap jumaat dan limited time -gambar dari facebook Marrybrown |
anak-anak pulak macam biasa kejar set budak-budak untuk dapatkan mainan.. kali ni dapat spinner pulak.. ada banyak pilihan warna spinner ni sebenarnya tapi masa kami datang tu dia cuma bagi 4 warna je pilihan.. kata dia warna ungu dengan merah dah habis.. jadi berebut la anak-anak.. diorang semua berebut nak warna biru la sebab cantik kan..
ni pilihan warna yang ada.. kami dapat kuning, hijau, biru dan pink |
mulanya abg long dah ambik yang warna biru untuk dia tapi sebab abg chik dah merengek nak jugak terpaksalah abg long mengalah.. dah tanya kat kaunter ada tak lagi warna biru tapi yang jaga kaunter tu kata takde jadi apa nak buat terima je la apa yang ada.. tapi kan aku tak berapa percaya pun budak kaunter tu cakap pasal ada pulak budak datang selepas kami.. elok je dia bagi spinner kaler biru kat budak tu.. ceh.. tak sampai pun setengah jam kot.. takkan dah top up stok baru kan.. haha.. ngarut betul.. tapi itulah tak sampai 2 hari rosak dikerjakan bebudak ni.. ceh.. membazir betul la.. itulah gambar pertama aku tunjuk atas tu haa..
paling best sebenarnya kakak la.. dia dapat kaler pink.. cantik! siap ada bentuk love lagi.. kakak kata "untunglah saya.. nasib saya perempuan seorang je.. tak payah nak berebut".. haha.. betul sangat dah tu kakak..
satu lagi bebudak suka bila sampai sini pasal boleh main kat ruang permainan dia.. yang dah besar gajah macam abg long masih sibuk nak main kat situ.. haha.. padahal ummi dia suka jugak, ada la orang boleh awasi adik-adik sementara ummi nak habiskan 5 ketul ayam dengan tenang.. hehe.. gambar kali ni takde pasal ummi dia sibuk makan dengan tangan sebelah.. sampai handphone simpan kat celah mana pun tak tau la.. huhu.. maklumlah.. sebelah lagi dah ada 'beg tangan' besar kali ni.. lainkali kita kena ambik gambar la kan.. nanti dah besar memasing mesti rindu suasana makan dengan anak-anak kat luar macam ni..
Ceritaita
Hahaha.. Biasalah budak2 kak. Memang sekejap saja mainan tu elok. Lepas tuh faham faham jela.. Hahaha
BalasPadam