Akhirnya aku ditukarkan ke Johor! - Cerita Ita                                                             Akhirnya aku ditukarkan ke Johor! Langkau ke kandungan utama

Akhirnya aku ditukarkan ke Johor!

Assalamualaikum semua,  setiap hari ada sejarahnya tapi hari ni sejarah yang patut sangat ditulis buat kenangan.. sejarah yang pastinya akan memberi kesan besar buat kami sekeluarga.. kesan positif atau tak tu tak pasti lagi tapinya harapan kami semoga ianya beri impak positif bukan saja buat kami tapi untuk semua orang di sekeliling kami nanti.. ya.. akhirnya aku ditukarkan ke Johor!

Akhirnya aku ditukarkan ke Johor! 


dah agak lama jugak aku berniat nak berkhidmat di Johor, negeri kelahiranku.. tapi apakan daya bila kita cuma seketul mentimun yang akan selalu digolek-golekkan oleh orang lain.. tapi kali ni aku cuba untuk menggolekkan diri sendiri.. harapnya tak hancur berkecailah nanti.. haha.. 

sebenarnya aku masih belum naik kerja dari cuti bersalin pun lagi.. ok.. patut dah naik hari semalam lagi tapi aku tambah mohon lagi 2 hari cuti sehingga hari ni untuk temankan adik Nafis Adam ke klinik untuk ambik suntikan bagi bulan kedua dia.. nasiblah kali ni aku cuma boleh bercuti sehingga 60 hari je.. kenalah si kecik ni tinggal dengan ayahnya nanti.. harap-harap takde masalah sangat sebab selama ni nampak dia takde ragam.. 

dan kami akan pergi ke Johor untuk urusan aku lapor diri ke penempatan baru di sana pada 11/11 nanti.. ya.. tarikh cantik!  di saat semua orang berhempas pulas nak rebut barangan sale sana sini sempena sale 11/11 kami pulak kena memulakan cabaran baru.. hehe.. debar ni wei.. maunya tak berdebar.. aku mana pernah berkhidmat di negeri pun sebelum ni.. selama ni hanya berada di bawah kuasa persekutuan je.. 

tapi kami akan kembali ke KL untuk langsaikan semua urusan tertunggak nanti termasuklah urusan serah tugas di tempat kerja sekarang ni,  urusan pindah sekolah anak-anak dan angkut barang-barang.. eh lupa pulak serah kunci rumah sewa sekali.. alhamdulillah aku dapat owner rumah yang sangat bertimbangrasa.. senang sangat berurusan dengan dia.. terima kasih ya Siti.. 

InsyaAllah kami akan memulakan hidup baru di Johor Bahru pada bulan Disember nanti.. jadi untuk semua yang baik hati berurusan dengan Cerita Ita selama ni aku nak bagitau alamat di KL atau di Kuantan dah tak berfungsi lagi selepas 28 November 2019 ni ya.. kami akan bagi alamat baru untuk kita terus berurusan selepas ni.. semoga masih ada rezeki blog ni nanti.. mana-mana yang ada terhutang entri tu aku cuba langsaikan nanti ya.. selepas dilanda mabuk yang teruk dan melahirkan aritu aku ada jugak tertangguh entri.. nanti akan cuba ditulis balik.. insyaAllah.. doakan Ceritaita terus bertahan ya.. 

Buat kawan-kawan dan keluarga yang terus mendoakan kami tanpa henti walau di mana korang berada tu.. terima kasih banyak-banyak aku ucapkan ya.. kami takkan lupa jasa korang.. dan kami jugak takkan lupa kenangan di KL ni.. banyak kenangan manis kami di sini tapi bila usia makin menganjak ke senja ada sesuatu yang perlu jugak kita lakukan supaya tak menyesal di kemudian hari nanti.. 

Buat yang tertanya-tanya kenapa baru setahun dah pindah lagi.. sampai mak aku pun cakap.. "Ko ni ngah dah mengalahkan askar.. baru kejap pindah dah pindah lagi".. haha.. apakan daya mak oiii.. kalau tak pindah taklah dapat dekat dengan mak nanti.. ya.. itu antara sebab utama aku berpindah ke Johor.. supaya lebih dekat dengan pintu syurga kami.. supaya kami boleh lebih kerap melawat mereka serta mengembirakan mereka selagi ada hayat kami.. dan alhamdulillah masih ada insan yang berhati baik untuk memudahkan urusan kami.. semoga Allah permudahkan juga urusan buat hamba-hambaNya ini.. amin.. 

Lepas kami niat nak usahakan sedekat mungkin dengan mak abah.. alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami satu persatu.. dari urusan pertukaran.. termasuk aku kena hadap bos di IMR ni.. urusan cari rumah sewa walau kena gak tipu dengan scammer.. cettt.. biarlah dia makan duit haram.. urusan nak tangguh.. urusan cari lori pindah dengan harga mampu tanggung (yang ni aku cerita lain nanti).. semualah.. semoga Allah permudahkan jugak urusan kami akan datang ni.. amin.. 

kami pernah ditukarkan tanpa kerelaan kami.. memang kami menangis sungguh-sungguh waktu tu.. kali ni kami menangis jugak tapi airmata gembira.. dan doa aku cuma satu je.. semoga hijrah ini lebih baik buat kami.. amin.. terus maafkan kami dan doakan kami ya.. 

Ceritaita

Ulasan

  1. Tahniah kak akhirnya dapat jugak berpindah di Johor.. seronok dapat dekat ngan family kan.. Semoga dipermudahkan segala urusan akak sekeluarga.. nanti boleh la jumpa2 dengan team JDT Blogger pulak kat sini ya.. hehe

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..dah dapt blik kg..:)

    BalasPadam
  3. tahniah kak..selamat pulang ke kampung halaman hehehe

    BalasPadam
  4. Macam sebak pun ada baca entri nie.. Kak Sie doakan semoga Ita sekeluarga dimudahkan urusan, dimurahkan rezeki selalu ya.. Rebut lah peluang berbakti pada orang tua, besar pahalanya.. jaga diri tau..

    BalasPadam
  5. Selamat bertugas di tempat baru k.ita. Moga lebih bersemangat berkhidmat untuk negara..cewah..hehe

    BalasPadam
  6. rasanya baru je dr ditukar ke kl kan.. rupanya berjiran kita nye. #HKL. semoga urusan dipermudahan & semoga hijrah kali ini lebih baik

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. Tahniah kak sebab dapat tukar ke Johor dekat dengan keluarga.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah moga luas rezeki Ita dan keluarga lepas nih tak adalah risau dekat dengan family.. bestnya..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah tahniah, kami tumpang gembira 😁

    BalasPadam
  10. Best tak kak tempat kerja baru. Mesti best kan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...