Warna warni persekolahan anak tahun 2019! - Cerita Ita                                                             Warna warni persekolahan anak tahun 2019! Langkau ke kandungan utama

Warna warni persekolahan anak tahun 2019!

Assalamualaikum semua,  lamanya tak menulis.. rindu nak menulis tapi apakan daya masa banyak terisi dengan persiapan untuk berpindah.. dah tak banyak masa yang tinggal untuk kami di KL ni.. cuma tinggal tak sampai seminggu.. akan bermula fasa baru kami di JB pulak nanti.. dan minggu ni terisi dengan kenangan di sekolah anak-anak.. banyak cerita gembira yang akhirnya buat aku rasa nak menulis lagi.. warna warni persekolahan anak tahun 2019..

Warna warni persekolahan anak tahun 2019!


biar apa yang ditulis jadi ingatan dan kenangan buat kami anak beranak nanti.. buat kenangan juga buat semua yang pernah mengenali kami.. kenangan yang baik-baik.. InsyaAllah..  bermula dari minggu lepas lagi sehingga ke minggu ni banyak sangat nak diceritakan.. aku mulakan dengan kisah anak-anak la dulu.. 

Warna warni persekolahan anak tahun 2019!

Warna warni persekolahan anak tahun 2019!

Warna warni persekolahan anak tahun 2019!

Warna warni persekolahan anak tahun 2019!


bermula dari 14 November.. Hari Apresiasi Abg Chik atau Hadi.. buat di Dewan UIAM Gombak.. sangat gah majlisnya.. tapi diuji pulak susu adik tertinggal dan aku terpaksa keluar awal dari dewan untuk tenangkan adik Nafis.. rezeki pulak shah jumpa sedara lama yang tak jumpa.. lama betul.. dari bujang sampai dah beranak pinak.. rezeki lagi bila dia hadiahkan hadi bouquet comel.. senyum Hadi sampai telinga.. 

15 November pulak.. keputusan UPSRA abg dah keluar.. terkejut jugak sebab sekolah kafa abg long ni kurang aktif sikit.. segala makluman hanya melalui murid.. tiada group whatsapp buat ibu bapa.. alhamdulillah abg long lulus semuanya.. semua gred dia sapu.. 1A 3B 2C 1D..  tapi tetap senyum dengan confident.. hehe.. anak mak kan.. 

Warna warni persekolahan anak tahun 2019!

17 November pulak.. hari Anugerah.. tiba-tiba di tahun akhir di sekolah rendah ni abg long bagi kejutan lagi buat ummi ayah dia.. sama macam dia di tahun 1 dulu.. alhamdulillah abg long dapat anugerah terbaik dalam BM Pemahaman.. rezeki dia sebab soalan waktu percubaan tu dia pernah buat.. cuma salah 3 soalan je.. tapi itu percubaan je pun.. tapi ummi tetap bangga tau.. yang paling aku bangga sebab aku yang tukang sampaikan anugerah atas tiket Naib Yang Dipertua PIBG.. alhamdulillah... 

Warna warni persekolahan anak tahun 2019!

Warna warni persekolahan anak tahun 2019!

Warna warni persekolahan anak tahun 2019!

Warna warni persekolahan anak tahun 2019!


20 November pulak.. ada 2 program hari ni.. hari jamuan akhir sekolah abg chik dan hari apresiasi abg long pulak.. dan aku wakilkan ke majlis apresiasi abg long dulu.. shah wakil ke majlis hadi sambil bawak adik nafis.. alhamdulillah kami masih boleh urus dengan baik.. selesai 2 majlis.. tapi rupanya kami lupa pulak nak bawak kakak husna untuk temujanji dia di Hospital Wanita dan Kanak-kanak.. terpaksa ubah pulak ke hari lain.. 

Warna warni persekolahan anak tahun 2019!


Warna warni persekolahan anak tahun 2019!


21 November pulak.. hari yang bersejarah jugak.. keputusan UPSR abg long keluar.. awal-awal aku dah set mesej untuk hantar bila sampai jam 10 pagi.. tapi rupanya sistem hang.. tak dapat jawapan.. tapi ada pulak yang kata boleh check online.. mak tak sabar ni haruslah check kan.. haa.. bila dah tau keputusan kami senyap je la.. tunggu sampai cikgu yang umumkan.. budak-budak elok duduk dalam dewan.. sampai masa semua kena beratur ikut kelas dan tunggu giliran untuk ambik keputusan.. 

Warna warni persekolahan anak tahun 2019!


Abg long yang masih tak tau keputusannya cuba mengendeng kat cikgu kelas untuk tau.. tapi nampaknya tak berjaya.. dia datang pulak kat aku yang tengah tunggu peluang untuk menyelit jumpa cikgu.. "Ummi,  ada kawan cakap boleh check online.. saya check boleh? ".. tak sampai hati pulak aku tengok lelama bila dia tanya.. terus aku bagi.. dan dia check.. alhamdulillah senyum meleret dari mulut dia.. dia dapat 6B.. straight B! haha.. senyum tu pasal BI penulisan dia lulus.. itu yang paling dia takut sangat pasal dia dapat E waktu percubaan hari tu.. 

Warna warni persekolahan anak tahun 2019!

Warna warni persekolahan anak tahun 2019!


Lepas tu kami sambung dengan belanja anak-anak makan tengahari dengan McDonald's atas ganjaran untuk si abg yang telah berusaha.. Itu pun syukur yang amat sampai pesan dengan adik-adik suruh belajar rajin-rajin dan dapat keputusan yang bagus.. sesungguhnya abg long anak yang sangat baik.. 

Buat Abg Long.. dari anak yang lambat bercakap sewaktu kecil.. cuma boleh bercakap pada umur 3 tahun 1 bulan.. dan tak pandai membaca waktu masuk tahun 1..hingga menjadi anak yang sentiasa berada di kelas pertama dan mendapat 8A sewaktu peperiksaan UPKK yang diduduki hanya 2 bulan selepas pindah ke KL. dan menghadapi UPSR dan UPSRA sewaktu ummi dia sibuk bersalinkan adik nafis dan berulang ke hospital sebab adik jaundice.. dengan berperang dengan emosi waktu ummi dan ayah suruh dia ambik peperiksaan UPSRA.. katanya kawan-kawan di Pahang dah fokus UPSR saja dah.. macam tak terima hakikat dah berpindah pun ya.. sesungguhnya setiap pencapaian awak sangat membanggakan ummi dan ayah tau.. 

sungguh berwarna warni persekolahan anak tahun 2019 ini.. terima kasih buat guru-guru yang mendidik anak kami dari di taska,  Tadika Ilham Bestari,  Tabika Kemas Kg Derhaka,  Tabika Perpaduan Kempadang Perdana,  PASTI ILMI,  Tabika Kemas Batu 5, Sekolah Rendah Kempadang,  Sekolah Rendah Seri Delima, Kafa Al Fawwaz,  Kafa SK Seri Delima.. dan memana yang kami tertinggal.. mohon dihalalkan ilmu buat anak-anak kami..  semoga semua anak-anak ummi terus cemerlang dunia dan akhirat walau di mana pun kalian berada.. amin.. 

Ceritaita

Ulasan

  1. 2019 banyak suka duka anak anak di sekolah kan kak

    BalasPadam
  2. Allahu.. semoga anak2 Ita terus memburu kejayaan yg cemerlang dan dapat mendakapnya di masa akan datang

    BalasPadam
  3. alhamdulillah selesai setahun persekolahan. semoga dipermudahkan urusan untuk persekolahan 2020 ^_^

    BalasPadam
  4. Berwarna warni ya Ita.. benda nie semua yang akan kita kenang nanti kan. Apapun tahniah untuk Ita, Shah dan anak-anak.. Cik Sue doakan semoga Abang Long dan adik-adik terus berjaya dan cemerlang kat tempat baru ya..

    BalasPadam
  5. Tahniah abg long. Straight B pun org kata dah A sebenarnya sebab graf tinggi katanya

    BalasPadam
  6. Senyum sorang2 aku baca Ni. Seronok tgk Korang nak beranak dgn baby pun fh smpai sekolah ye. Abang long byk potensi juga dhn bg ngah, kakak husna adik Hadi semuanya ad apotenai semoga jadi anak2 yg membanggakan ibu ayah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat