5 Good And Affordable Chinese Restaurants In KL To Celebrate At This Festive Period - Cerita Ita                                                             5 Good And Affordable Chinese Restaurants In KL To Celebrate At This Festive Period Langkau ke kandungan utama

5 Good And Affordable Chinese Restaurants In KL To Celebrate At This Festive Period

5 Good And Affordable Chinese Restaurants In KL To Celebrate At This Festive Period

assalamualaikum semua, bila dah nak hujung tahun ni mula la sana sini sibuk pasal promosi perayaan.. biasalah kan budaya kita kat Malaysia ni.. satu perayaan dirayakan semua bangsa pun tumpang gembira sambut cuti bersama keluarga.. korang pun macam tu jugak kan..? Biasanya korang buat apa je masa sambut cuti tu? Kalau aku tentunya la peluang menikmati makanan dengan keluarga tercinta tak dilepaskan.. sebab tu aku kena tulis pasal 5 Good And Affordable Chinese Restaurants In KL To Celebrate At This Festive Period ni..

5 Good And Affordable Chinese Restaurants In KL To Celebrate At This Festive Period - Sumber

walaupun ada antara restoran yang menghidangkan Chinese Food ni belum pernah aku jejak tapi aku tetap nak letak jugak kat sini sebagai rujukan bebila aku datang melancong bersama keluarga ke KL nanti.. mana la tau kan.. rezeki nak gi KL bebila nanti.. boleh la rujuk entri blog ni.. 

1. Luckin Kopi 



Antara sebab aku senaraikan restoran ni sebab kepelbagaian makanan dia yang menghidangkan bukan sahaja chinese food tapi ada jugak banyak pilihan lain.. jadi semua orang yang mempunyai pelbagai citarasa boleh ke sini.. tapi tak sah la kalau makanan cina tapi takde dihidangkan dim sum dan roti bakar kan? haa.. kat sini pun ada.. ada 8 jenis dim sum dihidangkan di sini.. persekitaran restoran pun agak menarik.. 




Luckin Kopi KL

Waktu Perniagaan : Dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 9 malam 


2. Homst Restaurant


Homst Restaurant ni pulak dah memang sepatutnya ada dalam senarai sebab dah memang antara restoran yang menghidangkan makanan cina popular di KL.. banyak jugak blog yang tulis kisah pasal restoran ni sejak tuan punya restoran Yusoff Lau bin Abdullah membuka restoran ni pada tahun 2002.. yang bestnya aku tengok jenis hidangan pun boleh tergoda la.. pastinya memang wajib masuk dalam senarai yang ni!




antara yang jadi sebutan ialah hidangan dim sum dan Siew Mai.. 

Homst Restaurant Kuala Lumpur

Waktu Perniagaan : Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10.30 malam


3. Restoran Mee Tarik Warisan




dah namanya pun mee tarik warisan kan.. dah pastinya menghidangkan hidangan masakan cina yang dipanggil mee tarik.. menariknya kat sini mee tariknya tu agak special dan kena dengan tekak orang kebanyakan orang Malaysia.. dah banyak juga cawangan Restoran Mee Tarik Warisan ni di seluruh Malaysia.. 

Sebelum

Selepas letak sambal

kiranya memang Restoran Mee Tarik Warisan ni dan menjadi antara restoran kegemaran kami sekeluarga la.. antara hidangan yang kami akan ambik biasanya ialah Mee Soup with Beef.. yang ni aku rasa paling best antara yang lain..kena pulak dengan sambal dia yang sedap gila.. memang patut masuk list!

Mee Tarik Warisan Asli

Waktu Perniagaan : Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam.


4. Restoran Haji Sharin Low 



Restoran seterusnya ni jugak dah merupakan antara restoran pilihan kaki makan yang mencari makanan berkonsepkan makanan cina atau chinese food.. kiranya dah jadi bualan mulut ke mulut la jugak.. 




hidangan yang popular yang menjadi pilihan dan sebutan antaranya ialah KungFu HorFun dan jugak butter chicken.. yang ni antara yang wajib cuba la.. aku belum pernah lagi sampai tapi tengok gambar dan baca menu pun dah cukup buat rasa nak jejak restoran ni terus la..

Restoran Haji Sharin Low

Waktu Perniagaan : Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam.


5. Restoran Mohd Chan



Restoran ni pun antara restoran pilihan bagi penggemar restoran makanan cina.. dan boleh dikatakan sebagai restoran harga patut.. jarang bila aku lalu kat memana cawangan Restoran Mohd Chan yang takde pengunjung la.. mesti penuh je selalunya.. antara restoran yang aku berangan nak singgah tapi belum berkesampaian lagi.. harap ada rezeki lepas-lepas ni.. mana tau kan..



Restoran Mohd Chan

Waktu Perniagaan : Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam.

Tapi kan.. sebab dah duduk jauh dari KL dan nanti bila ada masa datang KL mesti tak sempat nak singgah semua restoran ni.. tapiiii..  tak payah risau di zaman serba canggih ni.. bila di KL nanti boleh order je chinese food dengan servis delivery dari foodpanda.. hehe.. bijak kan.. 

Ceritaita

Ulasan

  1. Wow sedap2 Makanan Kat Malaysia Ni. Macam mana Lah aku x gumuk mcm Ni hihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...