assalamualaikum semua, aku suka letak gambar kat facebook supaya bebila nanti facebook akan ingatkan aku balik kenangan di sebalik gambar tu semua.. dan antaranya kenangan kami sekeluarga di Zoo Johor.. yang ni kenangan dengan mak abah pun ada.. itu yang best tu bila ingat balik..
Kenangan kami sekeluarga di Zoo Johor. |
memula kami datang ke Zoo Johor ni rasanya tahun 2013 dulu.. masa tu cuma ada 3 orang anak.. dan mak abah pun masih sihat walafiat.. masih boleh dibawa berjalan sana sini dengan gembira.. sekarang ni kalau nak dibawa berjalan pun kena tanya dulu larat ke tidak.. kesian kalau tak larat nanti.. jalan pun jadi tak seronok kan..
Gambar ni tahun 2013 |
sejak dari aku masuk tahun 2013 dulu lagi tiket kat Zoo Johor ni memang dah murah.. RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak dan sehingga aku masuk tahun lepas harganya masih sama.. masih boleh senyum la membayar walau ada dah bertambah.. hehe.. tahun lepas bulan 12 masa tu kami gerak dari rumah mak abah ramai-ramai.. best jugak bila adik beradik berkumpul walaupun tak dapat ada semuanya..
ada jugak kami angkut anak-anak sedara yang mana mak ayahnya tak dapat ikut.. lagi la seronok anak-anak ni bila ramai-ramai.. berlari-lari nak tengok haiwan yang ada kat Zoo Johor tu.. macam-macam la ragamnya.. beli makanan pulak sekali hadap.. haha.. kalau dah ramai kan.. semua selera.. yang tak sedap pun sama berebut.. mak abah pun nampak sihat je bila anak cucu ramai berkumpul sekali..
antara yang dapat dibuat di Zoo Johor ni ialah tengok haiwan macam singa, harimau, ular, badak air, rusa, buaya, zirafah, tapir, gajah, kuda.. yang ni ada aktiviti berkuda jugak tau.. ada banyak lagi la haiwan lain.. boleh jugak kerkayuh bot di tasik dia masa tu.. tak pasti la sekarang ni boleh lagi ke tak.. nanti kalau ada masa kami tinjau pulak ya..
tengok gambar ni aku jadi confuse.. siapa ntah yang sebenarnya dalam zoo.. haha |
tengok gajah.. dulu takde gajah ni |
kayuh bot penatkan kaki |
balik tu pulak kami singgah makan kat Restoran Sup Tulang ZZ.. dah agak kurang kualitinya berbanding yang kami singgah 2013 dulu.. ye la mungkin pengurusan pun dah tak sama.. dulu-dulu kalau sampai je boleh nampak 2 periuk besar sup yang tengah mendidih.. tapi alhamdulillah boleh la memenuhi perut walau tak berapa memenuhi selera.. yang penting anak-anak semua kenyang dalam perjalanan balik..
air tu baru letak sekejapan je abis.. huhu |
bila pulak nak ada moment macam ni kan.. tahun ni taklah kot pasal baru ni semuanya dah berkumpul di Kong Kong Resort.. kami je melepas sebab baru je berpindah ke sini.. banyak duit habis sebelum tu woo.. huhuhu..
Ceritaita
Waalaikumussalam. Alhamdulillah sekeluarga luangkan masa bersama2 😍
BalasPadamDah ramai2 Macam Ni mmg seronok kan
BalasPadamTahun ni pun akak tak kemana- mana...mak kurang sihat..
BalasPadam