assalamualaikum semua, nak jugak buat coretan sempena hari istimewa buat kakak husna.. sempena hari lahir kakak yang ke 8 tahun.. dah hujung tahun biasanya kakak husna cukup umur.. hehe.. nasib anak yang dilahirkan di bulan Disember gitulah.. sekali je rasa sambut dengan kawan-kawan sekolah.. tu pun masa duduk kat taska.. nanti nak buat sambutan kat pusat tuisyen dia je la ingatnya.. Selamat hari lahir yang ke 8 kakak!
Selamat hari lahir yang 8 kakak! |
asal sampai je hari lahir kakak setiap tahun mesti tengah musim tengkujuh.. tahun ni pun sama.. hujan je sepanjang bulan.. tahun lepas kami sambut di Kuala Lumpur dan tahun ni kami sambut hari lahir kakak husna di Johor Bahru pulak.. alhamdulillah ada je la kenangan di setiap negeri yang kami tinggal..
macam biasa.. cuba juga carikan kek untuk anak-anak.. tapi disebabkan baru pindah ke JB ni.. kedai kek pun tak tau lagi mana yang ok.. cuba je main terjah memana kedai kek murah sekitar Bandar Baru Uda tadi.. akhirnya dapat la satu kedai dan syukur sebab menepati dari segi rasa dan harganya.. kami jumpa di kedai Sedap Kek 'N' Biskut tadi.. jadi la janji boleh buat anak-anak tersenyum..
cuma dia tersilap pulak tulis nama kakak husna tadi jadi kakak hasna.. abg ngah pulak buat lawak.. kalau nama saya tentu jadi najma.. hahaha..
cuma dia tersilap pulak tulis nama kakak husna tadi jadi kakak hasna.. abg ngah pulak buat lawak.. kalau nama saya tentu jadi najma.. hahaha..
buat kakak husna.. ummi doakan doa yang sama buat kakak sepanjang tahun.. dan sebenarnya sepanjang nyawa ada di badan ummi.. semoga kakak membesar jadi anak yang sihat, cerdik, dan anak yang solehah yang sentiasa menyenangkan hati ummi dan ayah.. amin.. Selamat hari lahir yang ke 8 kakak!
Ceritaita
Sanah helwah kakak husna semoga menjadi nak solehah.. maintain cute, mintain smart
BalasPadam