Peluang Sekali Seumur Hidup untuk Memenangi ‘Gaji untuk Seumur Hidup’!
Assalamualaikum semua, Nestlé Malaysia hari ini melancarkan peraduan terbesar di
seluruh negara setakat ini, memberi peluang kepada rakyat Malaysia
untuk mencapai impian mereka dan memenangi “gaji untuk seumur hidup” menerusi Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup– hanya dengan membeli produk Nestlé bernilai RM15 dalam satu resit.
Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup |
Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup menawarkan peluang kepada dua pemenang bertuah untuk memenangi Hadiah Utama berupa ‘Gaji untuk Seumur Hidup’ sebanyak RM3,000 setiap bulan,
dan peluang kepada 10 pemenang Hadiah Sagu Hati untu kmemenangi ‘Gaji untuk Satu Tahun’
sebanyak RM3,000 setiap bulan. Hadiah wang tunai RM500 juga akan diberikan kepada 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan selama 11 minggu.
Ini menjadikan jumlah wang tunai untuk Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup melebihi RM4 juta, dan akan memberi manfaat kepada lebih 560 rakyat Malaysia. Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup akan berlangsung dari 14 Februari hingga 30 April
2020.
Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup |
Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia)
Berhad, Encik Juan Aranols, berkata, “Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup merupakan cara kami
mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kepada Nestlé dan jenama-jenama Nestlé selama lebih 100 tahun, dengan memberi rakyat
Malaysia peluang seumur hidup untuk memenuhi impian mereka.Peraduan ini adalah yang terbesar setakat ini di Malaysia
dan kami memberikan peluang dengan semudah yang mungkin untuk pelanggan Nestlé memenangi “ Gaji untuk Seumur Hidup ” sebanyak RM3,000
– hanya dengan membeli produk Nestlé kegemaran mereka!”
Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup |
Hanya dengan membeli produk Nestlé yang terpilih bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu
resit dan menjawab satu soalan mudah, pengguna layak untuk mengemukakan satu penyertaaan melalui pos atau Whatsapp.
Pelanggan Nestlé boleh memilih untuk membeli lebih 300 produk daripada 25 jenama Nestlé,
dan menghantar seberapa banyak penyertaaan yang diingini. Lebih banyak penyertaan
yang dikemukakan, lebih tinggi peluang untukmenang! Pengguna juga boleh membeli satu
set MILO MAKAN KOMBO di McDonald’s bernilai RM19.90 untuk menyertai peraduan ini.
Peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar
mini utama, pasar raya, pasar raya hiper, kedai stesen minyak, kedai serbaneka dan
juga platform e-dagang, termasuk Lazada dan Shopee, di seluruh Malaysia yang
mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti pembelian. Peruncit lain juga termasuk Qoo10,
Lelong, Presto, Astro Go Shop, PGMall.
Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan butir-butir tentang cara untuk menyertai peraduan
yang menawarkan peluang sekali seumur hidup ini, sila layari laman https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-gaji-seumur-hidup.
Ceritaita
wah best nih... Peraduan Gaji Seumur Hidup
BalasPadamUntunglah kalau dapat hadiah utama tu
BalasPadam