Assalamualaikum semua, lamanya tak menulis sesuatu dalam ni.. aritu konon dah letak azam nak tulis blog dengan rajin tapi rupanya makin banyak halangan bila dah pindah tempat kerja baru ni.. dan hari ni rasa hati ada sikit la panas jadi tetiba rasa nak cerita pasal sambal supaya boleh menghangatkan lagi suasana.. aci la kan.. lama nak menulis ni tapi tak dapat ni.. jadi mehlah kita cerita pasal sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap ni..
aku sebenarnya lebih berminat la nak cerita pasal sambal dari kisah yang memanaskan hati.. kita simpan je la kisah tu sebagai sebuah kisah kehidupan.. yang aku nak ceritakan ni kisah 2 jenis sambal keluaran kayu tiga ni.. sedap wei.. dia ada 2 jenis sambal buat masa ni.. meh la aku ceritakan pasal dua-jenis ni.. yang pertama ialah sambal MOOK.. memula masa baca nama seram jugaklah nak makan.. ye la.. agak menakutkan nama tu kan.. rupanya betul tau.. pasal bila kita makan macam tak reti nak berhenti.. haa.. tu maknanya apa? ada potensi untuk geMOOK kan.. 😂
Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap! |
Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap! |
Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap! |
Kandungan sambal MOOK ni ada belimbing buluh, bawang, ikan bilis, cili, minyak dan bahan perasa yang dibenarkan.. kiranya ni sambal belimbing hitam kalau sesiapa yang dah biasa makan.. tapi Sambal MOOK ni sesuai la orang yang suka kepedasan yang sedang-sedang je.. sebab tahap kepedasan dia 60% je.. je? haha.. kalau tak tahan pedas tetap kata pedas la.. dah nama pun sambal.. ye tak? satu pek ni berat dia 150 gram..
yang bestnya pek dia ni.. yang senang bawak travel.. macam aku aritu siap angkut waktu berkelah dengan anak-anak dekat taman.. kalau nak bawak travel dalam dan luar negara pun sesuai ni.. nak pos kat memana kawan-kawan buat cenderahati pun bagus gak.. sebab tarikh luput dia ni 1 tahun tau.. kalau dah bukak tu boleh bertahan hingga 1 bulan.. haa.. sila la beli ya.. pasal sekarang ni Kayu Tiga ada promosi cuma RM15 dari harga asal RM20..
Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap! |
Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap! |
Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap! |
satu lagi sambal dia ni ialah LAVA crunchy.. yang ni kan kalau korang suka pedas memang harus beli la.. yang ni kandungan dia cili, bawang, ikan bilis, minyak, belacan, asam keping, garam, gula dan perasa yang dibenarkan.. tahap kepedasan dia ni 100% tau.. haha berapi.. tapi sedap haruslah pedas pun tak heran kan..
berat dia sama je 150 gram untuk satu pek.. sama je dengan sambal MOOK.. tarikh luput dia sama juga tahan setahun dan 1 bulan kalau dah buka seal.. dan yang sambal LAVA crunchy ni pun ada promosi jugak ya.. RM15 dari harga asal RM20..
kat mana nak beli dua-dua sambal yang best dari Kayu Tiga ni? haa senang je..
Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap! |
boleh tengok kat Instagram Kayu Tiga ni je.. kat situ (dalam profile) siap ada linktree untuk korang klik.. ada la link untuk beli dengan agen.. beli kat Carousell dan beli kat shopee jugak tau.. mudah!
Instagram : @kayu.tiga
Ceritaita
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.