Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup - Cerita Ita                                                             Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup Langkau ke kandungan utama

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup 


150 Rakyat Malaysia Pertama Menang Hadiah Mingguan Wang Tunai RM500

 Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup 

Assalamualaikum semua,  Nestlé Malaysia hari ini mengumumkan 150 pemenang pertama bagi peraduan terbaharu dan terbesar di seluruh negara, Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup! Dengan waktu mencabar yang telah menimpa Malaysia dan seluruh dunia, Nestlé dengan rasa besar hati ingin berkongsi berita baik dengan rakyat Malaysia menerusi peraduan ini. Para pemenang dari seluruh Malaysia dengan pelbagai latar belakang yang berbeza serta berumur dari 22 hingga 70 tahun akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500, yang membawa kepada jumlah keseluruhan pemenang sebanyak RM75,000. Setakat ini, lebih 220,000 penyertaan telah diterima, dan rakyat Malaysia masih berpeluang untuk mencapai impian serta meringankan beban mereka. 

Nukilan daripada pemenang mingguan:


Nurdiana Binti Haji Bakri, pengatur cara komputer berumur 37 tahun dari Ipoh, Perak, teruja kerana telah memenangi bukan satu, tetapi dua hadiah mingguan! Ujar beliau, “Saya telah menghantar hampir 100 borang penyertaan jadi bertambahlah peluang saya untuk menang. Sekiranya saya memenangi Gaji Seumur Hidup, saya sudah ia pasti dapat membantu pendidikan anak-anak kami kerana tidak ada yang lebih penting daripada melihat anak-anak kami berjaya. Di samping itu, ia akan membantu membolehkan saya mengerjakan Haji bersama keluarga saya.” 




Seorang lagi pemenang mingguan, Encik Ravi Kumar A/L Govindaroju, seorang akauntan berumur 34 tahun dari Rawang, berkata, “Oleh kerana saya hanya menghantar satu borang penyertaan untuk pertandingan ini, berita kemenangan saya sebagai salah seorang pemenang mingguan adalah agak mengejutkan! Saya benar-benar bersyukur kerana telah memenangi hadiah wang tunai yang sudah tentu akan membantu perbelanjaan bulanan saya, termasuk penjagaan ibu saya yang menghidap kencing manis. Impian saya adalah untuk membeli rumah saya sendiri pada suatu hari nanti dan saya pasti akan menghantar lebih banyak penyertaan untuk membolehkan saya untuk memenangi ‘Gaji Seumur Hidup!’”



Encik Teng Wei Kiong, pemilik kedai berumur 40 tahun, dari Sarikei, Sarawak, berkata, “Selepas mendapat tahu mengenai peraduan ini, saya telah menghantar kira-kira 20 penyertaan dengan membeli produk KIT KAT, MILO dan NESCAFÉ, yang merupakan antara produk kegemaran keluarga saya. Saya amat berpuas hati dengan kemenangan ini dan saya harap saya akan dapat memenangi hadiah utama dan menggunakannya untuk pendidikan anak-anak saya.” 



Harun Bin Wahab, 57 tahun, dari Negeri Sembilan, berkata, "Anak perempuan saya telah membantu seisi keluarga kami untuk menghantar borang penyertaan untuk peraduan ini, dan kami juga menikmati MILO hampir setiap hari di rumah. Kemenangan ini benar-benar tidak diduga. Memandangkan buat masa ini saya tidak mempunyai pekerjaan tetap, pendapatan saya adalah terhad. Jadi, wang hadiah ini akan dapat membantu saya. Saya merancang untuk menghantar lebih banyak borang penyertaan dengan harapan untuk memenangi hadiah utama dan menyimpan wang untuk keluarga saya.”

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup menawarkan hadiah wang tunai bernilai hingga RM4 juta, dan membolehkan dua pemenang Hadiah Utama untuk menerima ‘Gaji Seumur Hidup’ RM3,000 setiap bulan, dan 10 pemenang Hadiah Sagu Hati untuk membawa pulang ‘Gaji Untuk Setahun’ sebanyak RM3,000 setiap bulan. Manakala, hadiah wang tunai RM500 akan diberi kepada 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan berlangsung. Dengan 150 pemenang pertama ini, impian akan mula menjadi kenyataan sebelum pengumuman 10 Pemenang Gaji Setahun dan acara terakhir pada bulan Jun 2020 bagi menentukan pemenang-pemenang hadiah Gaji Seumur Hidup!


Sepanjang tempoh peraduan, pengguna di rumah yang ingin menyertai peraduan ini boleh membeli produk Nestlé dengan mudah menerusi laman web e-dagang seperti Lazada dan Shopee, dan menghantar borang penyertaan menerusi Whatsapp. Pengguna juga boleh menyimpan resit mereka dan mengemukakan borang penyertaan melalui pos. Untuk menyertai peraduan ini, pengguna hanya perlu membeli produk Nestlé yang turut serta bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit dan menjawab satu soalan mudah.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan cara untuk menyertai peraduan yang menawarkan peluang sekali seumur hidup ini, sila ke laman https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-gaji-seumur-hidup .

Ceritaita

Ulasan

  1. Untungnya Kalau menang Kan..
    anda ditag
    http://www.mamapipie.com/2020/03/contest-saya-mahu-produk-creative.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...