Perintah Kawalan Pergerakan
Kerajaan belum umum lagi, dah ada yang berduyun pergi buat pembelian panik.. padahal dah disuruh jarakkan diri dari orang lain dan kurangkan pergi tempat sesak..
Kerajaan dah umum semalam, hari ni duduklah rumah.. janganlah ada yang buat pembelian panik lagi hari ni.. tak mustahil dengan cara korang keluar berduyun tu akan ada pertambahan kes berganda kang..
Kawalan pergerakan bukannya perintah berkurung.. korang masih lagi boleh keluar untuk cari keperluan utama.. malah masih ada yang kerja pun.. tak mustahil kalau rakyat terlampau panik selepas 2 minggu kawalan pergerakan ni terpaksa buat kawalan lagi ketat macam negara lain tu jugak..
Jadi, tolonglah bertenang dan ikut nasihat yang diberi..
1. Kawal pergerakan - hanya keluar jika betul-betul perlu, jangan berpusu-pusu ke pasaraya pun hari ni
2. Beli barangan yang sepatutnya sahaja - fikirkan orang lain sama memerlukan sebab bekalan akan jadi terhad, jangan pentingkan diri boleh?
3. Jangan lupa perhatikan diri jika ada gejala - segera ke klinik kesihatan berdekatan
4. Hanya dengar berita dari yang sahih sahaja - sumber berita tv, telegram MKN Majlis Keselamatan Negara https://t.me/MKNRasmi
5. Berdoalah - dekatkan diri dengan Tuhan, semoga Dia ampunkan dosa kita semua
Wahai saudara dan sahabat, marilah kita bantu kerajaan menangani isu wabak penyakit ni.. mudahkan juga kerja orang di barisan hadapan.. semoga Malaysia terus dilindungi..
Yang suka nyanyi tapi tak pandai
Rozita
#ceritaita
17/3/2020
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.