8 Makanan Best Teringin Nak Makan Jika Ada Di KL
Assalamualaikum semua, sekarang ni tengah musim Perintah Kawalan Pergerakan kan.. tapi masa tu la jugak banyak gambar makanan melintas kat sana sini.. haha.. menguji iman betul kan.. lagi pulak bila makanan tu susah pulak kita nak gi beli waktu PKP ni.. masa tu jugak la teringin makanan yang ada kat tempat tinggal kami sebelum ni di KL nun.. jadi meh la aku tulis la pasal 8 Makanan Best Teringin Nak Makan Jika Ada Di KL.. mana tau PKP ni cepat habis dan aku ada rezeki nak makan.. dan mana tau jugak berguna kat sesiapa yang ada kat KL dan teringin makanan ni jugak..
1.ROTI JOHN TITIWANGSA
Roti john kat kedai ni antara yang terbaik dan murah kat KL. Bukan setakat murah dan sedap, besar pulak tu. Antara yang special kat kedai ni adalah roti john tuna. Memang rare sebab selalunya inti untuk roti john adalah ayam dengan daging.
Tapi kalau korang order yang special punya, diorang siap tambah fries lagi. Harga roti john kat sini paling rendah RM3.50 je. Kalau nak tambah cheese sampai meleleh tu, korang cuma kena tambah R2.50 je dah puas hati.
Alamat: Roti John Titiwangsa, 199, Jalan Datuk Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
2.SATE ZAINI
Sate Zaini start beroperasi pada tahun 1980 dan masih lagi mengekalkan cara membakar sate secara tradisional kerana ingin mengekalkan rasa sate yang sama untuk berzaman.
Kedai ini menawarkan tiga jenis sate yang memang iaitu sate ayam, daging, dan kambing. Selain daripada satenya yang lembut dan sedap, kuah kacang dia pun terbaik.
Alamat: Stall No. 5, (Opposite 7-11), Jalan Kerja Ayer Lama, 68000 Ampang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
3. CHINESE CUISENE DI RESTORAN EWA CHINESE MUSLIM
Kepada peminat-peminat makanan cina, Restoran ni memang antara yang restoran makanan cina yang best. Kebanyakan restoran makanan Chinese Muslim selalunya famous dengan Crispy Chicken Rice dia.
So korang jangan terlepas untuk try signature dish yang confirm sedap! Rata-rata pelanggan memang berpuas hati dengan makanan diorang.
Alamat: 2831, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
4. MAKANAN MELAYU ASLI DI RESTORAN SAMBAL HIJAU
Teringin nak makan makanan hipster? Kat sini korang try lebih daripada 80 jenis menu yang dimasak segar setiap jam. Restoran ini telah mula beroperasi sejak tahun 2004 dan telah menerima liputan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan pada tahun 2008 yang membuatkan restoran ini menerima pengunjung melebihi 2000 orang pada setiap hari.
Alamat: 2831, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
5. MAT ROCK AYAM GORENG KUNYIT
Walaupun ayam goreng kunyit hanyalah menu simple yang merupakan ketulan ayam kecil yang digaul kunyit dan digoreng garing bersama kacang panjang dan lobak merah Mat Rock Ayam Goreng Kunyit telah mendapat tempat dihati pelanggan dan telahpun membuka beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur.
Alamat: Mat Rock Special Ayam Goreng Kunyit, Jalan Kampung Pandan, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
6. MENU KELANTAN DI RESTORAN PATATIMO
Untuk anak-anak Kelantan yang tak dapat cuti nak balik kampung ataupun untuk korang yang teringin nak makan makanan Pantai Timur, korang boleh singgah kat Restoran Patatimo ni kalau nak lepaskan rindu dekat makanan Kelantan ataupun nak mencuba rasa makanan-makanan di Kelantan. Makanan yang diorang hidangkan memang asli dari Kelantan.
Alamat: Restoran Patatimo, D’Wangsa, 11, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
7. WESTERN AT TOOWOMBA DELI & MEATS
Kalau korang nak makan makanan western yang murah tapi sedap, mungkin korang patut datang kesini. Serendah RM16.90, korang dah boleh dapat lamb chop yang mengenyangkan dan sedap. Selain daripada lamb chop, mashed potato kat sini pun dapat pujian ramai.
Alamat: Toowoomba Deli & Meats (Steak House), G-3A, PV 128, Jalan Genting Kelang, Danau Kota, 53300 Setapak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
8. A PLUS NASI LEMAK
Nasi lemak kat sini special sebab sebab nasi lemak restoran ni panas-panas dari buluh. Selain tu, korang boleh cuba nasi lemak sizzling. Memang rarelah nasi lemak kat kedai ni. Tambah pulak dengan kuah kari kambing dia, memang terbaiklah!
Dah habis makan nasi lemak, korang boleh makan free-flow ice-cream sebagai dessert. Walaupun kedai ni berkonsep cina, tapi semua pembekal daging dia Melayu. Jadi korang tak payahlah ragu-ragu nak makan.
Alamat: A Plus Nasi Lemak House, 68100, 31-63, Jalan SJ 17, Taman Selayang Jaya, 68100 Batu Caves, Selangor
Sekarang Dalam Tempoh Berkurung, Ini Cara Untuk Makan Sedap
Dalam tempoh berkurung ni kita masih boleh makan sedap dengan menu yang pelbagai. Biasalah asyik masak dan makan makanan sendiri pun jemu jugakan? Antara cara mudah yang boleh kita lakukan adalah dengan menggunakan servis food delivery dari pihak Foodpanda. Online, buka website, pilih lokasi, pilih menu, buat bayaran dan boleh nikmati makanan bersama famili kat rumah tanpa perlu susah payah nak masak.
Terasa nak makan western pun boleh, makanan melayu asli pun boleh malah nak makan menu dari restoran fast food seperti KFC, Pizza Hut, Mcdonald’s dan lain-lain pun boleh. Senang! Tak payah nak tanggung risiko dengan keluar rumah.
Malah pihak Foodpanda juga sedang mempergiatkan kempen contactless delivery pada semua pelanggan. Dengan servis penghantaran begini secara tidak langsung akan menjauhkan lagi kita dari risiko yang ada.
Ceritaita
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.