Assalamualaikum semua, rindu menulis.. itu je aku nak cakap.. banyak sangat perkara yang menganggu konsentrasi aku untuk menulis blog.. tapi sebab menulis blog ni hobi aku kena juga cari peluang.. senang cakap la dari buat.. hakikatnya nak cari masa untuk diri sendiri pun payah.. haha.. kali ni nak jugak tulis pasal kasut tawaf yang sangat selesa.. dengan menulis jugak stress aku berkurang..
Kasut Tawaf Yang Sangat Selesa |
sebenarnya aku tak tau pasal kewujudan kasut ni.. maklumlah bukan pernah berpeluang pergi umrah atau haji lagi walau umur dah tua.. hukhukhuk.. asalnya masa terjumpa kasut ni aku tengah cari Al Quran dan Iqra' untuk anak-anak mengaji.. tengah-tengah survey tu boleh pulak ternampak kasut yang best ni.. aku terpikat la beli sepasang.. selit la sekali dengan order Al-Quran dan Iqra' tu.. alhamdulillah barang sampai sama seperti yang digambarkan..
masa kebetulan aku pergi Mydin aritu aku ada juga tengok harga kasut tawaf ni kat Mydin.. agak mahal berbanding dengan beli di online di Shoppe.. kebetulan dan kenal ada kasut tawaf ni kan.. aku guna buat pakai kat pejabat kasut ni.. sebab kat pejabat kami kena tinggal kasut kat luar.. kat dalam kena pakai kasut lain.. jadi kenalah guna kasut yang lembut dan selesa untuk bekerja dengan baik sepanjang hari.. dahlah selesa.. cantik pulak tu siap ada lip lap lip lap..
kecik je nampaknya kan.. |
bila dah rasa selesa.. aku beli lagi 2 pasang untuk mak aku guna kat rumah pulak.. kasut tawaf ni kan dia kecil je kalau tengok dalam pek plastik dia.. tapi sebab dia jenis kain lembut yang boleh meregang jadinya dia sedang elok je bila pakai kat kaki tu.. tak kisah kaki korang pakai saiz apa pun.. sarung dia terus ok je..selesa sangat tau.. lembut belah dalam dia dan kat tapak dia tu macam ada biji-biji kecil yang boleh elakkan tapak tu jadi licin.. pendek kata berbaloi la beli.. kalau tak.. takkan tambah lagi order 2 pasang kan.. hahaha.. korang nak beli jugak? boleh cari kat Shopee.. aku beli kat kedai dia ni Jubah Ikhwan.. moga murah lagi rezeki dia..
Ceritaita
Kalau saya pun pakai kasut based on selesa atau tak
BalasPadam