assalamualaikum semua, masa dah masuk fasa PKPP aritu aku tetiba je dapat notis kena pergi mesyuarat di Putrajaya.. dah lama la cerita ni.. bulan 7 aritu.. disebabkan anak-anak belum lagi naik sekolah maka kami buat keputusan untuk bawak je la anak-anak ikut sekali.. lagi pun sejak dari mula cuti sekolah dari sebelum PKP hari tu dah ada rancangan nak bercuti tapi asyik la tergendala.. bila dah ada PKP lagi terus tergendala semuanya kan.. bila tau kena pergi mesyuarat ni ada la kesempatan untuk bawak anak-anak berjalan.. jadi jomlah kita melepak sekejap di Hotel Everly Putrajaya dan Alamanda..
Melepak sekejap di Hotel Everly Putrajaya dan Alamanda |
Perancangan sekejap tu dimulai dengan menjejak hotel untuk menginap.. masa cari tu kan dan suntuk masa.. jadi aku guna je la memana aplikasi yang ada.. yang senang dan selalu murah dari yang lain.. aku cari guna Agoda masa tu.. dapat la harga yang amat berbaloi.. musim Covid ni aku raaa lebih murah dari biasa.. tambah je duit sikit untuk pengalaman sarapan di hotel dengan keluarga.. biasanya part sarapan ni la yang anak-anak suka.. mereka memang tunggu part sarapan ni kalau duduk memana hotel.. best agaknya kalau pilih-pilih makanan tu kan.. satu keseronokan buat anak-anak.. kami layankan je la..
bila dah dapat hotel kami pun set je bila nak gerak dari rumah.. alhamdulillah perjalanan kami lancar je menuju ke Putrajaya.. sampai sana kami daftar masuk ke Hotel Everly.. semuanya mengikut norma baharu.. scan suhu.. tulis nama.. guna hand sanitizer.. pakai mask.. jaga penjarakkan.. kami ok je.. janji keselamatan semua terjamin.. anak-anak pun alhamdulillah dah faham tanggungjawab masing-masing bila keluar dari rumah..
sebabkan meeting cuma sehari je.. malam tu kami luangkan masa jalan-jalan di sekitar Alamanda yang boleh berjalan kaki je.. pusing-pusing la kami sekitar tu untuk cari makan.. lepas makan kami balik hotel.. itu je pun aktiviti.. balik hotel sambung makan lagi.. haha.. cuti untuk makan namanya ni.. walau hakikatnya ummi tak bercuti pun..
pagi esoknya bersarapan bersama-sama sebelum aku ke HQ untuk bermesyuarat.. suka anak-anak dapat makan dan tinggal di hotel walaupun cuma semalam.. jadilah kan janji dapat tengok diorang senyum.. tapi aku suka kat sini.. walaupun tak dapat mandi kolam sebab covid tapi biliknya luas dan selesa.. keperluan asasnya pun cukup.. alhamdulillah.. nanti aku sambung cerita perjalanan kami seterusnya.. tunggu..
Ceritaita
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.