Review Produk Pemutih Gigi Whitekish - Cerita Ita                                                             Review Produk Pemutih Gigi Whitekish Langkau ke kandungan utama

Review Produk Pemutih Gigi Whitekish

Review Produk Pemutih Gigi Whitekish

Assalamualaikum semua, aku nak cerita pun tak sabar tau nak cerita pasal produk pemutih gigi.. eh tapi ini bukan produk pemutih gigi viral bahaya tau.. ini adalah produk pemutih gigi yang dah diakui halal dan selamat untuk digunakan.. aku dah guna produk ni masuk 3 minggu dah ni.. dah guna baru aku berani nak cerita dengan korang.. nama pun review Produk Pemutih Gigi Whitekish kan.. 

Review Produk Pemutih Gigi Whitekish

mehlah aku cerita kenapa korang kena guna produk pemutih gigi Whitekish ni.. sebagai orang Islam yang terpaling utama ialah sebab status produk ni yang dah diakui halal oleh JAKIM.. jadi semua orang boleh gunakan tanpa was-was.. ya la.. banyak sangat isu semasa pasal keraguan produk halal sejak akhir-akhir ni.. ada yang mengejutkan jugak la.. isu halal bukan isu main-main ok.. sangat sensitif bagi semua umat Islam.. tak kira la berada kat negara mana pun.. 

sebab kedua korang patut cuba produk ni adlah kerana produk pemutih gigi Whitekish ni juga telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diakui sebagai produk yang selamat.. nombor pendaftaran dia NOT200700100K ok.. jadi dah ada 2 badan yang memantau.. kena tau juga untuk dapatkan pengesahan bagi kedua-dua badan besar ni bukan mudah prosedurnya.. sangat ketat dan teliti dengan siap pelbagai pemeriksaan dan ujian kena jalankan.. baru boleh melayakkan sesuatu produk mendapatkan kedua sijil ini..

Review Produk Pemutih Gigi Whitekish - tanda halal dan GMP


sebab ketiga korang kena cuba ialah sebab produk tu sendiri.. ianya sangatlah mudah nak gunakan.. cuma celupkan berus gigi korang dalam bekas Whitekish yang comel macam mahkota tu dan terus boleh gosokkan ke gigi korang.. lepas tu bilas je macam biasa.. eh aku ada sertakan gambar kat bawah ni lepas tu video macamana nak guna.. korang tengok ya..

Review Produk Pemutih Gigi Whitekish - cara-cara penggunaan





sebab keempat ialah sebab ianya 100% mengunakan bahan semulajadi iaitu arang aktif dari tempurung kelapa dalam pembuatan produk Whitekish ni.. dan kebaikan dia sangatlah banyak.. Whitekish juga tidak mengandungi bahan penghakis ya.. kena tau tu.. itu la bezanya dengan produk pemutih gigi viral bahaya yang ada dalam pasaran.. selain daripada memutihkan gigi Whitekish ni jugak boleh membantu meneutralkan ph dalam mulut, menghilangkan masalah stain dan plak gigi, membantu untuk menghilangkan karang gigi dan menghilangkan tartar secara berkesan terutama bagi perokok.. yang terpaling best perbezaan dapat dilihat seawal seminggu lepas gunakan Whitekish..

Review Produk Pemutih Gigi Whitekish - nah kalau tak percaya aku tulis meh la baca sendiri


sebab kelima korang kena cuba sebab ianya adalah Buatan Malaysia.. siapa lagi nak sokong barangan buatan Malaysia kalau bukan rakyat Malaysia sendiri kan? bangga tau Malaysia boleh hasilkan produk bagus macam ni.. boleh pergi jauh ni.. sebab kesan dia terbukti.. aku dah cuba dan nampak kesan yang bagus.. eh kejap la.. aku nak cerita pengalaman aku pulak guna produk pemutih gigi Whitekish ni..

Review Produk Pemutih Gigi Whitekish - Buatan Malaysia yang gunakan teknologi Jepun

aku dah guna macam aku bagitau kat atas tu la.. dah nak masuk 3 minggu.. mula-mula masa minggu pertama aku guna setiap hari.. 2 kali sehari.. waktu pagi dan malam.. senang sangat nak guna.. dan selesa je.. sebab dia takde bau dan rasa yang pelik-pelik.. cuma kalau korang jenis yang suka rasa mint-mint bila gosok gigi tu taklah rasa gosok gigi.. hahaha.. tapi apa ada hal.. yang penting gigi lebih bersih, lebih putih dan bersinar dari biasa.. 

lepas seminggu tu aku tukar rutin ikut cadangan yang diberikan.. aku gunakan 2 kali seminggu.. lepas tu boleh je la nak ikut rutin yang sama.. kiranya kena berterusan dan istiqamah la kalau nak guna.. benda baik kenalah istiqamah.. mana boleh sekejap-sekejap je buat.. alhamdulillah.. pada aku Whitekish ni sangat membantu bukan saja untuk memutihkan gigi.. macam aku yang ada masalah karang gigi yang melekat kat tepi-tepi gigi tu memang bersih betul.. gigi pun rasa bersih licin je.. berbaloi la guna.. meh la aku tunjuk hasil sebelum dan selepas ni haa..

Review Produk Pemutih Gigi Whitekish - eh lupa bagitau dia ada bagi berus gigi yang sangat lembut ni jugak tau.. selamat sebab diperbuat dari plastik semata ni..


cuma satu la cadangan aku kalau Whitekish boleh terima untuk perbaiki produk.. aku komen untuk penambahbaikkan ya.. produk Whitekish ni adalah serbuk, jadi lebih baik kalau ada satu lapisan kedua di bahagian dalam untuk tutup serbuk tu dari terkeluar bila kita buka.. cadangannya gunakan pelapik macam kita guna pada bedak muka yang jenis serbuk tu.. pastu boleh ketuk-ketuk keluarkan berapa banyak yang kita perlukan saja.. dan cadangan lagi best boleh buat dalam bentuk paste atau gel pulak untuk lebih mudah bawa bergerak kalau travel sama macam ubat gigi biasa.. ini cadangan aku ya.. harap dapat perhatian..

Review Produk Pemutih Gigi Whitekish - habis tumpah dibuka oleh orang yang sangat tak sabar.. hahaha

Review Produk Pemutih Gigi Whitekish - ni gambar aku sebelum dan selepas guna, senyum sama tetap senget.. hahaha

untuk korang yang dah habis baca post ni dan dah baca kesemua 5 sebab kenapa korang kena gunakan produk pemutih gigi Whitekish ni jadi kalau korang berminat nak guna korang boleh contact agen Whitekish di bawah ni ya.. jangan tanya aku pasal aku tak jual.. tanya agen bawah ni ya..


Berminat?


Website : WHITEKISH.COM

Call / sms / wasap : 0178898878

#Whitekish #WhitekishJm #Jamumall #WhitekishFeedback


Ceritaita




Ulasan

  1. So far ok pakai takde rasa nak muntah. Hehe. Sebab ada brand mual baunya

    BalasPadam
  2. Wah bestnya..bila baca review sis..terus rasa nak beliiii🥰

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...