Rumah kami banjir! - Cerita Ita                                                             Rumah kami banjir! Langkau ke kandungan utama

Rumah kami banjir!

Assalamualaikum semua, panik ya bila baca tajuk Rumah kami banjir! kat atas tu kan.. begini ceritanya.. ni cerita hari Sabtu bulan lepas.. kisahnya lepas dengar je pengumuman PKPB ditamatkan di Johor kecuali di Kota Tinggi dan Mersing tu kami rancang la nak balik kampung sebab dah lama tak balik kan.. dah la dengar mak jatuh tapi masih tak dapat balik, jadinya hati ni rasa la jugak gundah gulana.. jadi kami dah gerak balik kampung pagi-pagi Sabtu hari tu.. dapat balik hari pun jadilah.. mujurlah dekat..

Rumah kami banjir! 


Waktu kami balik tu cuaca elok je lagi.. walaupun dah nampak la jugak langit gelap.. tapi masih la tak beranggapan apa-apa.. fikir nak balik kampung je masa tu.. tapi bila kami dah sampai kampung rupanya hujan turun mencurah-curah membasahi bumi.. kami tau pun bila jiran sebelah ni bagitau pada shah.. mujur ada jiran yang baik.. 

jiran hantar gambar macam kat atas tu.. waktu tu dalam pukul 3 petang macam tu.. sebelum tu air naik lagi tinggi.. nampak beza had air kat area penghadang tu.. mujur jugak la rumah tu ada penghadang tinggi kat beranda dia.. kalau tidak harus dah air tu laju masuk dalam rumah.. rumah ni pun tuan rumah dah siap pasangkan pam untuk sedut air kalau air berlebihan masuk.. alhamdulillah syukur la dapat tuan rumah yang perihatin.. jadi impak banjir ni taklah teruk sangat.. rumah sebelah kami ni dah siap air masuk kat dalam rumah paras buku lali dah.. dapur kami adalah sikit sampai alas kaki basah tapi taklah teruk.. 

Rumah kami banjir! 

sebenarnya sehari sebelum kejadian banjir ni air sungai tepi rumah kami dah naik air dah pun.. macam kat gambar atas ni.. katanya sebab air pasang besar waktu tu.. hujan lebat lagi pulak lagi la makin jadi teruk.. air datang dari jalan hala ke rumah-rumah yang belah atas dan bawah dari sungai dekat rumah.. bertembung nah teruslah bertakung kat situ.. 

jarak sungai dengan rumah

gambar atas ni nampaklah.. sungai tu bukan jauh pun.. cuma hari biasa tu korang nak nampak air pun susah.. air sikit je.. bila hujan lebat atau air pasang besar baru la airnya banyak.. kami pun terkejut mula-mula tengok.. tapi mujurlah air tak masuk dalam rumah.. cuma garaj kami bersih gila la macam ada yang cuci.. haha.. hikmah banjir.. eh satu lagi kereta wira kami tu dalamnya basah juga tau.. air masuk jugak.. berhari-hari jugaklah nak keringkan.. sekarang ni dah musim hujan.. pagi ni pun hujan lebat ni..  kami doa je la jangan jadi lagi macam tu.. 


Rumah kami banjir! Ni gambar dari rumah oran sebelah



tapi ada hikmah gaklah bila hujan.. air menyapu habis bersih garaj.. hehehe.. 


Ceritaita


Ulasan

  1. Alhamdulillah dia tak masuk sampai dalam kan.. 😁

    BalasPadam
  2. bertabahla sis hehe
    rumah mak dekat kampung pun sama. balik2 terkena banjir

    BalasPadam
  3. sis syukurla air tak masuk dalam rumah kan, kalau tidak menangis nak membersihkan tu, lega dengar ada hikmahnya kejadian ni kan, tuan rumah dan settle kerja cuci garaj

    BalasPadam
  4. aduhhh seramnya tengok kereta dah tenggelam sikit. Risau masuk bahagian enjin je kalau banjir ni.

    BalasPadam
  5. Memang musim banjir ni..alhamdulillah rumah awak selamat dan garaj bersih, air free ☺️

    BalasPadam
  6. Sekarang ni bila dah hujan mencurah-curah cepat sahaja air naik dan banjir kilat berlaku. Harap2 tak terkenalah masa di KL ni. Mesti panik kalo banjir kilat lepastu jika terperangkap dalam kereta. Semoga ada hikmah la kan.

    BalasPadam
  7. aduiii lemah betul kalau banjir masuk dalam rumah. alhamdulillah tak masuk rumah. penat weh nak kemas bersihkan rumah tu. syukur takda apa2 ye.

    BalasPadam
  8. Tinggi juga banjir tu. Nasib baiklah tuan rumah dah pasang pam. Sekarang ni memang musim hujan. Kat Penang pun sama, asal petang je...mesti hujan. Bertabah la.

    BalasPadam
  9. Mujur la tak teruk kan. Tp tu la, risau juga takut dibuatnya air naik tiba2. Tambah plak skang ni cuaca tak menentu, kadang hujan kadang panas.

    BalasPadam
  10. Nasib tak teruk sgt tp risau gak kalo banjir camni takut binatang berbisa je. To mujurlah air tak masuk umah kalo tak adoiiii la..take care kak

    BalasPadam
  11. alamak banjir pulak. hopefully the damage is minimal. guess this is what living during monsoon looks like!

    BalasPadam
  12. Allahuakbar..dugaan hujung tahun, nasiblah belum betul penuh tu air..
    Sis belum pernah ada penmgalaman sebegini tapi simpati atas mereka yang alamainya...

    BalasPadam
  13. Semoga dipermudahkan urusan akak. Nak kena mencuci dan berkemas tu kak. Hujung tahun begini memang musim hujan. Rumah mak mentua dia Kuantan pun dah ready utk pindah ke rumah khas bila musim banjir tiba. Risau kan kak.

    BalasPadam
  14. Year end ni memang musim dia kan... Baca worldwide pun sini sana banjir... Hopefully all good now, stay safe ya!

    BalasPadam
  15. Bersabar dan bertabahlah untuk hadapi segala ujian ini moga kita terus kuat dimusim hujung tahun yang mendatang tiada siapa mintakan tapi ini semua ujian untuk umat yang kuat...

    BalasPadam
  16. sekarang memang tengah musim hujan, tak berhenti dan lebat.semoga yg terkesan dgn banjir terus bersabar

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...