assalamualaikum semua, lama aku tak cerita pasal blog orang lain kat dalam blog ni.. sebabnya cerita diri sendiri pun selalunya tak habis tulis.. tapi semangat tahun ni lain macam sikit jadi aku nak cerita la jugak pasal 25 Mommy Blogger Malaysia Paling best untuk 2021 yang korang patut tau dan jengah blog diorang ni untuk baca dan follow ok.. marilah aku terus kenalkan satu persatu.. mommy blogger Malaysia..
26 Mommy Blogger Malaysia Best |
Senarai 26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021
#1. Siti Awadah
Blogger Sis Awadah ini atau aku lebih suka panggil Sis Awa je.. antara orang yang aku kagum.. seorang ibu yang bekerja sebagai surirumah sepenuh masa yang mempunyai 6 orang anak.. mula berblog pada 2017.. kiranya dalam 4 tahun macam tu tapi antara yang aktif menjana pendapatan melalui Google Adsense.. hebat dia ni.. antara mommy blogger terkenal jugak ni..
Link blog : http://www.sishawa.com/
#2. Ardini Humaira
Blogger ini antara yang paling lama aktif berblog.. sejak 2008 dan mula serius pada tahun 2010.. hebat tu dah lebih 10 tahun dah pun.. seorang ibu dengan 2 orang anak.. pernah mengalami keguguran sebanyak 5 kali dan telah berhenti kerja sejak keguguran.. aduhai.. aku kagum dengan semangat wanita yang diuji ujian hidup macam ni tapi tetap tabah.. memang supermom betul!
Link blog : http://www.ilhamdini.com/
#3. Nabiha Mohd Mashut
Blogger ini bermula pada tahun 2006.. antara taiko jugak ni.. bermula menulis di blog sebagai Bride to be sampailah menjadi Mom to be.. telah mempunyai 3 orang anak dan suka berkongsi tentang pengalaman berDIY bersama anak-anak di dalam blognya.. suka baca tulisan sebegini dan waktu PKP ni sangat la sesuai ni korang untuk terjah..
Link blog : http://www.biemohd.com/
#4. Mrs Pip
Blogger ni paling suka dan rajin menulis.. dia mula menjadi surirumah tangga sepenuh masa sejak 2013 tetapi mula menulis blog sejak 2015.. ibu kepada 3 orang anak dan sangat suka menonton K Drama.. peminat cerita Korea ni woi..
Link blog : http://www.mrspip.com/
#5. Lea Razali
Blogger ini juga adalah seorang surirumah sepenuh masa dan telah mula menulis blog sejak 2013 lagi.. mempunyai 2 orang anak dan suka menulis pelbagai perkongsian antaranya berkongsi resepi, kisah travelog, info kesihatan dan juga panduan blog..
Link blog : http://www.eksplorasilea.com/
#6. Azlinda Alin
Antara blogger yang aku kenal dah lama juga.. berpengalaman dan bekerjaya dalam bidang Financial Consultant AIA dan buat bisnes online jugak.. mempunyai 3 orang anak dan pada aku sangat bijak mengatur masa bersama anak-anak dan urusan seharian.. antara aktiviti yang paling suka dibuat ialah meluangkan masa bersama keluarga.. boleh nampak la dengan jelas melalui aktiviti yang dikongsikan di blog tu.. ni antara top mommy blogger terkenal ni..
Link blog : http://www.azlindaalin.com/
#7. Fuzy Rahamah Hamid
Ini pun antara blogger taiko ni.. lama dah kak umi menulis blog.. bermula pada tahun 2006 lagi tu.. kalau sebut blog lama tentu-tentunya antara blog yang paling banyak dikunjungi kan?.. ibu kepada 6 orang anak ni asalnya menulis blog berbentuk diari menceritakan resepi, kisah kehamilan dan tugas sebagai agen perlancongan.. sekarang ni dah memanjangkan langkah sebagai penulis upahan, penulis konten dan juga pengurus media sosial.. hebat bukan?
Link blog : http://www.iamfuzy.com/
#8. Mamy Syu
Antara blogger yang tabah dan kental juga ni.. mamy syu telah mula berkongsi cerita mengenai resepi, petua penyusuan dan review di blog bermula dari tahun 2012 lagi.. ibu kepada 3 orang cahaya mata ni juga berkongsi cerita mengenai pengalaman menjaga anak sendiri dan lifestyle sebagai suami isteri dalam perkahwinan jarak jauh (PJJ) selama 9 tahun.. fuh.. kagum la.. aku kena dulu setengah tahun je macam jadi apa dah.. hahaha..
Link blog : http://annursyuhadah.com/
#9. Alia Farhan Said
Ini pun merupakan antara blogger awal aku kenal dulu-dulu dan sehingga kini.. ibu kepada 2 cahayamata perempuan ni mula menulis blog pada tahun 2008.. kiranya sama seangkatan dengan aku la ni.. suka berkongsi mengenai kisah masakan dan juga kisah travel.. antara malaysia mom influencer jugak ni..
Link blog : http://www.aliafarhan.com/
#10. Wan Rokiah
Wan Rokiah atau lebih dikenali sebagai wawa di kalangan blogger.. wawa baru bermula menulis blog pada tahun 2020 lepas.. ibu kepada seorang anak dan merupakan surirumah sepenuh masa.. blogger ni bukan sahaja aktif di blog dan menjana Google Adsense.. dia juga aktif di channel youtube..
Link blog : http://www.mommywawa.com/
#11. Chaza Xiaojie
Ini pun merupakan nama yang aktif berblog telah lama juga.. antara nama yang aku kenal aktif la.. ibu kepada 3 orang anak ni merupakan blogger sepenuh masa dan mula aktif menulis sejak tahun 2011.. seorang surirumah sepenuh masa juga kerana sejak dari kecil memang berazam nak jadi surirumah untuk ajar anak mengaji dan membaca sendiri.. hebat tu.. aku pun berangan lama nak jadi surirumah.. tapi sampai takat berangan je la.. belum mampu lagi..haha
Link blog : http://www.cxopportunities.com
#12. Nurul Aleya (apakatamommy)
Mommy kepada seorang anak ni sebenarnya dah lama berblog melalui sicantikmanis.com tetapi sejak lama tidak menulis dan blog yang lama mula terabai maka dia mula berblog mengunakan platform dan niche baru yang lebih kepada mommy blogger dan resepi mulai tahun 2020.. bagus ni.. semangat baru.. ni blogger dari JDT ni..
Link blog : http://www.apakatamommy.com/
#13.Nora (Izarra)
Nora pun merupakan blogger lama yang dah bertapak dan dikenali.. ibu kepada 3 cahaya mata ni mula menulis blog sejak tahun 2008 lagi.. mula menulis kisah umpama diari kehidupan dan kemudian beralih kepada menulis pelbagai kisah sekarang ni.. sama la kita nora.. akak pun macam tu jugak dulu..
Link blog : http://www.ummizarra.com
#14. CikTom
Ciktom ni pun aku dah lama kenal.. mula berblog pada tahun 2010.. ibu kepada sepasang cahayamata ni mula berkongsi blog dulu mengenai tips dan tutorial berblog.. siapa yang rajin godeh blog mesti kenal ciktom ni.. aku pun banyak la ambik ilmu dari blog ciktom dulu.. ciktom masih aktif sebagai blogger sepenuh masa dan sekarang lebih suka berkongsi kisah parenting, resepi dan perlaburan emas.. kelas kau..
Link blog : http://www.ciktom.com
#15. Yaya Azura
Ibu kepada 2 orang anak ni pun sama macam aku dulu-dulu.. asal berblog untuk ceritakan kisah anak-anak di blog seperti diari dan kemudiannya menjadikan blog sebagai salah satu sumber pendapatan.. mula menulis sejak tahun 2010 lagi tu.. dah lebih 10 tahun dah pun berblog ni..
Link blog : http://www.yayaazura.com
#16. Bonde Zaidalifah
Antara blogger yang aku kenal bukan hanya di blog.. pernah juga berjumpa beberapa kali.. baik orangnya.. ibu seorang cahaya mata ni mula menulis di blog pada tahun 2010.. blogger yang masih aktif menulis secara separuh masa macam aku mengenai kisah lifestyle, travel, resepi, review novel, review drama dan review produk kecantikan dan kesihatan.. antar yang rajin tulis blog juga ni..
Link blog : http://www.bondezaidalifah.com
#17. Meksah
Antara blogger yang baru bertapak mulai tahun 2020.. ibu kepada seorang anak lelaki ini menulis separuh masa kerana masih bekerja dalam bidang essential services.. menulis blog kerana ingin berkongsi informasi dan pengalaman..
Link blog : http://www.meksah.com
#18. Fadzi Razak
Fadzi merupakan mak kepada 2 orang anak lelaki, mula aktif menulis blog pada tahun 2014.. Mommy blogger Malaysia yang kini menetap di Sydney, Australia tapi dalam hatinya Malaysia tetap tanah tumpah darahku. Selalu menulis berkaitan dengan family lifestyle..Suka berkongsi tentang tempat makan menarik, tempat menarik, resepi, info dan tips untuk suri rumah... Selain menulis di blog, Fadzi juga suka berkongsi tentang pengalaman dan perkara menarik di Australia di fb.com/fadzirazak. aku sekarang ni aktif la mengikuti penulisannya pasal Australia di facebook.. Seorang yang pendiam tapi bila menulis, tak boleh berhenti.. Bekerja sebagai freelance writer sambil jaga anak-anak di rumah..
Link blog : http://www.fadzirazak.com
#19. Maesarah
Antara blogger lama juga yang ku kenal ni.. mula menulis sejak tahun 2007.. asalnya ibu kepada 3 orang anak ni menulis mengenai penyusuan susu ibu dan kemudiannya aktif berbisnes sekejap.. dan kemudiannya mula berkongsi kisah kehidupan dia dan anak-anak terutamanya hal sekolah anak-anak..
Link blog : http://www.mysarahstories.com/
#20. Atul Hamid
Ibu kepada sepasang cahaya mata ni mula menulis blog pada tahun 2016.. suka berkongsi kisah berkaitan business, kecantikan, kesihatan, lifestyle dan personal di blog..
Link blog : http://www.atulhamid.com
#21. Zaza Azman
Blogger ni sedikit unik kerana menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar di dalam blog.. ibu kepada 2 orang anak ini menggunakan nama samaran mama monsta dan mula menulis blog pada tahun lalu setelah 12 tahun berhenti berblog.. welcome back mama monsta!
Link blog: http://www.zazaazman8.com
#22. Marina Bashah
Mula berblog pada tahun 2019.. seorang ibu bekerjaya yang mempunyai 3 orang anak.. gemar bercerita dan berkongsi kisah pembelajaran secara online anak-anaknya..
Link blog : http://www.marinabashah.com
#23. Aida Hanafiah
Ibu kepada 3 orang anak yang sempurna... Bekerja sepenuh masa.. Menulis blog secara separuh masa untuk berkongsi kisah hidup berkeluarga, aktiviti keluarga, bercuti ke sana ke sini, dekorasi dan susun atur rumah serta isu semasa... Suka menulis blog kerana ia satu cara meluahkan rasa dan idea dari kacamata seorang wanita, ibu dan isteri.
Link blog : https://www.adianiez.com/
#24. Siti Rohaidah
Ibu kepada 2 orang anak perempuan ni mula menulis blog sejak tahun 2010 dan suka berkongsi kisah kecantikan, dan juga kisah kekeluargaan.. bukan itu sahaja.. dia juga menulis mengenai apa saja kisah yang ingin dikongsikan..
Link blog : https://kisahsidairy.com/
#25. Norhana Rosmida
Hana merupakan blogger yang mula menulis sejak tahun 2017.. ibu kepada 2 orang anak ini adalah seorang pengamal HR di pejabat dan jugak seorang blogger separuh masa macam aku.. sama macam mommy blogger yang lain dia gemar menulis kisah anak-anak.. kisah travel dan juga resepi..
Link blog : http://www.hannamaruku.com/
#26. Sharinz (ozzypink)
Dulunya sejak tahun 2010 blogger ini menjadikan blog sebagai tempat meluah perasaan dan kemudiannya bertukar kepada berkongsi kisah bersama anak-anak sama macam mommy best blogger malaysia 2021 yang lainnya.. dia juga berkongsi kisah pengalaman, berkongsi ilmu dan tips kepada pembaca..
Link blog : http://opzzpinky.com/
Selesai aku kongsikan senarai 26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best untuk tahun 2021.. fuh.. betapa sebenarnya ramai mommy yang hebat di luar sana yang sudi lagi menulis di blog untuk perkongsian dengan semua orang.. ada antaranya adalah blogger terkenal malaysia walaupun jenis pendiam je.. ada banyak yang boleh dijadikan panduan dan tempat menimba ilmu.. pada aku sendiri.. umur bukan bermaksud orang berilmu dalam segala bidang.. semoga perkongsian link 26 Mommy Best Blogger Malaysia 2021 ini memberikan manfaat pada semua orang yang membacanya..
Ceritaita
Tq sharing kak ita dan salam ukhwah dari saya #13 Nora (Izarra)
BalasPadamSalam perkenalan semua , saya No 16 dari blog bondezaidalifah.com
BalasPadamassalamualaikum
BalasPadamselamat pagi
semoga semua urusan dipermudahkan
Terima kasih kerana masukkan dalam senarai..salam perkenalan sis dan semua :)
BalasPadamHai kak ita, terima kasih. Salam ukhwah.😊
BalasPadamhi all
BalasPadamAssalamualaikum kak ita, terima kasih masukkan list blog awa di list. Moga lebih ramai blogger suka jana income dngan dunia blogging.. aamin :D
BalasPadamWow Hebat List Mommy Blogger. terbaik, tahniah semua
BalasPadamsinggah petang sambil minum kopi sambil membaca...hugsss
BalasPadamko pun hebat gak ita
BalasPadamwahhh tahniah2..
BalasPadamproduk iks
cara buat kerepek pisang
ikan segar
keperluan dapur