Assalamualaikum semua, cerita lama tapi sibuk nak tulis jugak..Happy Birthday to me! dah masuk bulan Februari dah pun.. hahaha.. tapi aku rasa tak salah kot buat post ni.. cuma mengenangkan umur yang makin meningkat naik.. bukan makin muda.. makin banyak perlu dikejar untuk bawak saham ke sana..
Happy Birthday to me! |
tahun ni dah genap umur 42 tahun pun.. ada yang kata 20 tahun umur tambah 22 tahun pengalaman.. tapi kalau tanya aku.. lebih kepada 2 tahun je pengalaman.. kenapa aku kata macam tu ? sebab setiap yang datang memberi ilmu baru dalam hidup.. banyaklah kalau nak ceritakan.. tapi terasa hari ni aku nak jugak senaraikan apa yang berlaku dalam hidup..
1. Keluarga
Umur aku dah 42 tahun.. selama 12 tahun aku dibesarkan di sebuah perkampungan felda di Kluang.. ya aku anak Felda.. generasi kedua.. puas la bergelumang dengan sawit masa kecik.. bila dah masuk sekolah menengah sempat la sekolah di kampung sekejap sebelum ditempatkan di sekolah berasrama di Muar.. belajar la aku hidup berdikari sampai ke tingkatan 5.. ada aku ceritakan dalam kisah Aku Orang Susah.. ada banyak bahagian.. nak sambung cuma tak tertahan rasa sedih setiap kali nak menulis.. susahnya hidup suatu masa dulu.. tapi manis pengalaman hidup tu tetap ada.. tipulah kalau kata takde.. Mak abah pun masih ada di kampung.. cuma kesihatan je tak berapa baik.. abah dan mak dah perlukan tongkat untuk ke sana sini.. aku doakan kesihatan mereka tetap terpelihara sepanjang masa walau jauh di mata.. disebabkan Covid ni tak boleh nak balik jenguk mereka yang sebelum ni kami jenguk hampir setiap minggu..
Aku dah berkahwin selama hampir 15 tahun dan dah tambah anak sampai 5 orang.. yang terbaru pada tahun 2019 yang lepas sewaktu umur aku mencecah lebih 40 tahun.. anak yang sulung, abg long dah nak masuk 14 tahun pada tahun ni.. diikuti abg ngah yang akan masuk 11 tahun.. kakak husna pulak tak jauh jaraknya dengan abg ngah dah nak masuk 10 tahun walau baru je sambut harijadi yang ke 9 bulan lepas.. memula dulu berangan nak ada anak terakhir bila umur 35 tahun.. ya.. memang kami pegang anak yang terakhir pada umur aku 35 tahun.. abg chik yang last masa tu.. sekarang ni dah berumur 7 tahun dah pun.. dah mulakan persekolahan darjah satu dalam arena Covid-19.. dulu-dulu kami panggil dia adik hadi.. tetiba tahun 2018 kami buat keputusan untuk tambah seorang lagi anak.. adik nafis adam atau si Super Adam.. dah nak masuk 1 tahun 4 bulan umurnya.. kenapa aku kena cerita pasal anak? kerana setiap kali lahirnya seorang anak bermakna akan menambah pengalaman juga dalam hidup.. sangat berbeza bagi setiap anak.. kerana setiap anak adalah unik.. kena jauhi dari membanding setiap anak.. kerana mereka tidak akan pernah sama..
2. Perkahwinan
Kami berkahwin pada.. eh bernikah pada bulan Jun 2006 kemudiannya simpan dulu sebulan baru bersanding sebulan kemudian pada bulan Julai 2006.. ntah kenapa ntah masa tu nak buat majlis macam tu.. tapi yang terpaling aku ingat tahun yang sama penyanyi Siti Norhaliza pun kahwin pada tahun yang sama.. ingat la jugak kami suami isteri tengok dia menyanyi di tv1 masa tu.. takde orang tengok konsert dia.. sebab dia dah tengah gosip dengan Datuk K masa tu.. kami je yang tengok haha.. tapi bukan pasal Tok Ti pun aku nak cerita.. aku nak cerita pasal alam perkahwinan..
Ada pernah terbaca yang setiap 5 tahun dalam alam perkahwinan akan beri pengalaman yang berbeza.. 5 tahun pertama untuk kenal diri pasangan kita.. akan banyak dugaan waktu ni.. memang betul sangat tu.. ada rasa macam nak putus asa pun ya.. 5 tahun kedua.. hidup dah mula stabil.. tapi buat kami lain pulak.. diuji bermacam ujian kewangan dan kesihatan waktu ni.. dan 5 tahun selepas itu hidup mula lebih tenang dan mudah.. setiap apa yang berlaku pasangan lebih bertolak ansur dalam hubungan.. ini yang kami sedang rasa.. tahun ni cukup 15 tahun usia perkahwinan kami.. semoga Allah panjangkan jodoh kami hingga ke syurga..
3. Kerjaya
Yang ni paling banyak bagi pengalaman dalam hidup.. dah berganti-ganti banyak tempat bekerja.. macam-macam kerja jugak yang dah aku buat dalam hidup ni.. bukan hanya kerja yang sekarang ni sebagai pegawai veterinar je.. ada la beberapa kerja yang dah pernah buat..
Masa aku habis sekolah dulu.. aku ada jugak cuba kerja sambilan.. masa tu baru habis SPM.. belajar la cari duit sendiri.. kerja la sekejap jadi tukang jahit di sebuah kilang yang menjahit pakaian branded.. banyak jugak la belajar menjahit.. kebanyakkannya jahit T-shirt berjenama.. tapi bukanlah masuk kerja terus-terus je dapat menjahit satu baju tu.. banyaklah latihan dulu dia bagi.. tapi memang sahlah masuk je terus kena belajar dan tau guna mesin jahit industri.. masa tu tak payah cerita la gugupnya macamana.. menggigil la bila mesin bergerak dengan sangat laju tak terkawal.. hahaha.. bila ingatkan balik gelihati jugak..
waktu mula bekerja ni jugaklah aku mula belajar kenal jenis kawan-kawan.. ada ramai kawan yang memang takkan suka kalau kau jenis suka buat benda baik.. dan ramai kawan yang suka kalau kau mulakan sesuatu yang tak bagus untuk musnahkan diri sendiri.. waktu ni jugak aku mula faham apa yang orang cakap pasal "kena pandai pilih kawan".. penyudahnya selama beberapa bulan aku kerja aku cuma berkawan dengan makcik-makcik je pasal rakan sebaya kata aku jenis kuno.. tak pandai bersosial.. sebabnya aku jenis yang bawak bekal pegi kerja..tak pernah merayau waktu rehat.. dunia aku pergi keja dan balik kerja je.. aku bukan orang senang pun nak meronggeng sana sini.. duit yang dapat masa bekerja pun buat simpanan nak masuk universiti masa tu..
bila masuk universiti pulak, masih lagi tak duduk diam.. kena cari pendapatan sambilan untuk bantu orang tua dan diri sendiri.. aku pernah la kerja angkat dulang makanan kat hotel-hotel.. boleh tahan jugak dia bayar untuk pekerja sambilan.. kira berbaloi la kalau kaki sampai kejang nak menyampaikan waktu balik.. lepas tu bila dah balik tu berendam la kaki dalam balik air panas sampai tertidur.. dapat duit upah bolehlah bertahan lagi seminggu dua..
zaman dekat U ni lagi la susah.. duit biasiswa cukup-cukup untuk bayar yuran je.. adalah baki dalam dua tiga ratus je untuk satu semester.. korang tau tak satu semester tu berapa bulan? masa ni la kena ikat perut bayar sewa rumah.. duit untuk makan lagi.. tu yang gigih buat kerja macam-macam.. asalkan halal.. cuti semester pulak aku balik kampung cari kerja kilang.. biasanya akan kerja kilang elektronik la yang mudah.. walaupun tau mereka takkan potong duit gaji untuk KWSP pun.. biasalah kerja sekejap katanya..
duit yang dapat dari kerja sambilan macam ni la buat belanja sepanjang belajar nanti.. nak harapkan orang tua memang susah sebab kita jenis faham.. orang tua kalau ada duit dia akan bagi, kalau takde dia senyap je kau pepaham je la.. pandai-pandailah nak hidup.. itupun aku rasa aku dah banyak sangat susahkan orang tua aku.. sebab tu aku jawab cukup je setiap kali ditanya pasal duit.. pengalaman hidup mengajar aku untuk lebih bersyukur dan berjimat dengan apa yang ada..
lepas habis belajar di universiti.. aku cuba nasib pergi temuduga nak jadi cikgu.. konon nak masuk KPLI masa tu.. dan kerja pun gigih lagi minta sampai 3 kali kena reject.. ayat yang last buat aku terus give up... sebab dia cakap.. dah jadi vet nak jadi cikgu? Did you know that you are overqualified? jadi oklah aku move on.. mintak kerja lain..
lepas dapat ijazah aku kerja di sebuah ladang di Melaka.. area Simpang Ampat.. ladangnya jauh ke dalam hutan.. dekat kawasan kubur cina.. company bagi aku satu bilik dalam pejabat.. duduk sekali dengan pasangan suami isteri berbangsa cina di bilik sebelah.. selalu takde air kat sini.. pernah ada sekali tu aku tertidur kepenatan sebab nak tunggu air naik.. paip dah pulas.. tetiba sedar satu bilik dah penuh dengan air.. sampai pejabat kat belah bawah pun habis banjir.. hahaha..
paling tak boleh lupa bekerja dengan semua pekerja asing.. Indonesia, Myanmar dan Bangladesh pun ada sekali.. takde langsung perempuan kat ladang ni.. sampai kadang aku rasa sangat seram dengan perhatian orang pada aku.. tapi sepanjang yang aku tau mereka baik-baik orangnya.. tak pernah ada niat jahat pada aku atau aku yang tak tau agaknya.. hahaha.. tapi bila bekerja dengan mereka baru aku sedar kita ni Rakyat Malaysia kurang bersyukur.. sebabnya mereka ni kebanyakkannya berpelajaran tinggi.. ada yang dah masuk U hingga tahun dua tapi terpaksa berhenti sebab desakan hidup.. terpaksa merantau mencari rezeki di negara orang untuk keluarga.. serius.. pengalaman hidup ornag lain juga kadang-kala mematangkan kita..
bila aku rasa tak lagi selesa aku ambik keputusan untuk berhenti.. masa aku berhenti tu.. banyak hadiah dan pesanan aku dapat dari semua pekerja.. siap ada yang bagi minyak wangi berbotol-botol.. tak tau nak cakap macamana perasaan masa tu.. aku nangis jugaklah sebab terharu.. lepas tu aku tak tau mana diorang pergi sebab aku sendiri padam nombor telefon diorang yang ada pada aku.. seram wei.. hahaha
lepas dari tu aku dapat tawaran kerja di Kuantan, Pahang.. pengalaman kerja di ladang ayam baka ni memberi aku bukan saja pengalaman bekerja.. semua pengalaman la ada.. pengalaman pertama ada kereta dan bawa kereta.. pengalaman melanggar dan dilanggar kereta.. pengalaman kena warning jangan langgar rumahtangga orang.. hahaha.. bertabahlah.. kat sini juga aku belajar pengalaman kerja berulang alik dari 2 tempat berbeza.. Kota Tinggi, Johor dan Kuantan, Pahang.. sangatlah perit sebenarnya.. siapa yang pernah rasa je tau..setiap 2 minggu kena berulang masa tu..
cukup 2 tahun aku kerja di Kuantan, tetiba rezeki dalam perkhidmatan kerajaan menjelma waktu aku sibuk-sibuk uruskan hal perkahwinan.. rezeki tu la mengajar aku pengalaman berbeza.. dah nak masuk 17 tahun dalam jabatan.. pernah berkhidmat di Kota Bharu, Kelantan.. Kuantan, Pahang.. Kuala Lupur dan sekarang di Johor.. semuanya memberi pengalaman yang berbeza.. bertemu dan bekerjasama dengan orang yang berbeza.. cara kerja jugak berbeza-beza.. part ni ada je suka dan duka.. sama je kerja kat mana-mana pun.. cuma kita je la kena pandai sesuaikan diri mengikut suasana..
Semua yang aku senaraikan kat atas tu aku percaya ianya berlaku pada semua antara kita.. cuma mungkin pengalaman tu berbeza mengikut latar belakang kehidupan kita.. tapi itu bukan bermakna kita tak boleh meraikan pendapat yang berbeza-beza.. pengalaman hidup mungkin menjadikan orang itu lebih berpengetahuan lebih dari yang kita jangkakan.. jadi senang kata letakkan rasa hormat pada semua orang.. ikhlaskan hati dengan setiap perlakuan..
akhir kata.. Happy Birthday to Me!
Ceritaita
Sama lahir bulan Jan dan umur :)
BalasPadamHbb ke 42
BalasPadamSekejapan dah 42 kan, rasa mcm baru Masih umur 13 tahun aje Masa aku first time jumpa ko ita.
BalasPadam