assalamualaikum semua, baru-baru ni aku terkejut bila dimasukkan ke dalam satu group jualan pakaian di telegram.. pelik juga bila terfikir aku tak pernah pun minta dimasukkan ke dalam group sebegini.. sebab itulah terasa nak tulis pasal adab dalam berniaga.
Adab dalam berniaga |
Kebetulan waktu tu ada seseorang yang mesej di dalam group yang sama.. menegur tindakan admin memasukkan semua contact number ke dalam group tanpa kebenaran tuan punya nombor.. sedikit sebanyak aku setuju dengan teguran.. cuma aku selalunya ambik pendekatan 'left group' tanpa kata-kata.. begitulah aku buat dalam group tu jugak..
telegram tu pun aku gunakan untuk group sekolah anak-anak dan ilmu online sahaja.. faham-faham je la bila ramai anak ni.. group pun banyak jugak.. bila dimasukkan ke dalam group sebegini sebenarnya agak menganggu jugak..
aku akui aku ada jugak join group jualan lain tapi itu di atas kerelaan aku sendiri.. admin tu guna cara yang aku tulis di bawah dan yang dah ada dalam group siap jemput kawan yang lain pulak join.. sekarang ni group jualan baju kanak-kanak dia ada 200++ orang.. suka cara dia berniaga.. sangat berhemah..
aku suka je tengok kawan-kawan yang berniaga di media sosial atau secara offline.. akan support berdasarkan kemampuan dan keperluan.. aku pun kadangkala iklan juga produk suami sendiri tapi tak perlu la sehingga kaedah 'memaksa' kawan-kawan..
Post ni cuma nak ingatkan kawan-kawan dan diri sendiri.. Bila berniaga.. kena jaga adab berniaga.. tu belum lagi aku sebut adab berniaga dalam Islam macam kat gambar atas tu.. aku senaraikan je la apa yang senang korang buat macam kat bawah ni..
1. kalau nak berjual gunalah medium yang dipercayai supaya produk boleh laku keras..
2. buat link group telegram atau whatsapp khas dan jemput orang secara berhemah.. siapa yang sudi boleh join group bla.. bla.. tak perlu add secara paksa rela..
3. Boleh buat page di facebook atau instagram atau tiktok khas untuk syarikat korang dan produk yang diiklankan..
4. Boleh juga buat iklan secara percuma di market place facebook ni juga.. kalau tak pandai cuba-cuba la belajar..
5. Akhir sekali peringatan untuk yang buat kerja sambilan pastikan dah mohon kebenaran dari majikan dan pastikan tak beriklan di dalam waktu kerja (pastikan dalam rezeki korang ada keberkatan)
Tak salah nak berniaga.. cuma perlu jaga adab ketika berniaga.. jangan terlalu obses nak capaikan sesuatu target sehingga mengenepikan adab dan kadangkala sehingga boleh hilang kawan dan saudara.. kena jaga keberkatan dalam rezeki kita juga.. jika kita jaga semuanya insyaAllah rezeki akan berlipat kali ganda..
maaf kalau tulisan ni menguris sesiapa ya ✌
Ceritaita
setuju ita.. dalam meniaga pun kena jaga adab
BalasPadamBetul tu Ita.. semoga setiap rezeki kita dapat biar lah penuh dengan keberkatan kan..
BalasPadam