Hadiah istimewa buat blog Ceritaita - Cerita Ita                                                             Hadiah istimewa buat blog Ceritaita Langkau ke kandungan utama

Hadiah istimewa buat blog Ceritaita

Hadiah istimewa buat blog Ceritaita

Assalamualaikum semua,  bulan ni tetiba je aku rasa nak bagi hadiah istimewa buat blog Ceritaita.. mulanya terfikir apa kata kalau aku buat rupa baru kat blog ni kalau jumlah pengunjung dah cecah ke 3 juta pengunjung.. dan kat situlah muncul idea nak tukar template blog dan cari warna baru buat aura baru kan.. mana la tau.. 

Hadiah istimewa buat blog Ceritaita
template blog baru.. lebih bertenaga la kan.. 


salah satu sebab aku terasa juga jumlah pengunjung agak berkurangan.. mungkin sebab template blog yang aku guna tu ialah template blog yang agak dah lama.. yang tu aku tukar pada tahun 2015 atau 2017 kalau tak salah.. kiranya macam serentak dengan bersempena Ceritaita ada domain blog sendiri..

masa tu tak terfikir pun nak guna warna pink.. aku ambik memana template yang aku rasa cantik dan suka tengok je.. masa tu kira cantik sangatlah siap dengan gambar yang ada slide-slide bergerak.. bila lama sikit aku rasa macam dah tak sesuai dah dengan umur aku template blog sebegitu.. aku minta tolong orang jugak untuk tengokkan lokasi iklan dan sebagainya di blog.. 

oh lupa nak bagitau.. sebelum aku minta khidmat orang ni.. semua benda aku buat sendiri dulu.. bila dah tersangkut dari segi teknikal dan masa terus aku minta bantuan orang lain.. alhamdulillah.. semua yang aku berurusan ni mudah sangat buat urusan dan berikan perkhidmatan terbaik.. 

dan terbaru aku tukar template blog lagi.. kali ni cuba warna ungu.. atau violet.. sebenarnya aku dah lama takde warna kegemaran pun.. dulu ada la hijau.. lama kelamaan bila aku perasan baju aku semua dah kaler hijau terus aku dah tak simpan warna kegemaran lagi dah.. semua warna aku suka.. kiranya macam warna warni kehidupan la gitu.. 

template blog sebelum ni.. nampak bosan sikit la kan.. 😅


tapi kali ni untuk blog aku cuba kaler baru yang lain dari aku pernah cuba sebelum ni.. aku pilih warna ungu atau violet ni disebabkan aura warna tu sendiri.. ungu atau pink melambangkan kasih sayang.. umpama kasih sayang aku dengan blog dan korang semua sebagai pembaca yang menyokong blog aku selama ni.. ungu juga melambangkan semangat baru yang lebih bertenaga serta elegan.. sesuai la dengan umur aku dan blog yang semakin meningkat ni.. 

Tukar template blog membuatkan Pageview blog (PV) menurun?

Haaa... yang ni juga aku fikirkan awal-awal aritu.. tapi ada seorang kawan blogger yang menyedarkan bahawa pemikiran aku tu sebenarnya salah.. tak tukar template blog kepada yang terkini yang boleh jadikan pageview blog semakin menurun sebenarnya.. sebabnya.. orang dah jemu dah tengok blog kau tu.. lagi satu berkemungkinan yang template lama yang dipakai tu dah tak sebagus waktu mula-mula diperkenalkan dulu.. 

dan aku dah tengok blog aku ditukar selama 2 hari ni.. setakat ni tak mempengaruhi la pageview blog.. dan pendapatan untuk adsense juga berjalan seperti biasa.. yang pengaruhi pageview tu turun ke tidak ialah kerajinan menulis entri terkini kat blog je la.. untuk itu marilah kita menulis entri baru banyak-banyak.. hahaha.. 

Ceritaita


Ulasan

  1. Cantik sgt blog ni it's.. warna oepel I like

    BalasPadam
  2. Tahniah tukar template baru. Memang ada rasa beza apabila masuk blog ini.

    BalasPadam
  3. Cantikkk la violet or ungu ni .suka jugak tengok... oh yaaa..setuju tang tulis entri banyak banyakk. hahahaah..

    BalasPadam
  4. Cantik sangat..nak juga tukar tempalte

    BalasPadam
  5. Cantik dan simple jer..eh akak pun dah lama x tukar template baru..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...