Kerana bekal cantik BON 900 Cafe aku tergoda! - Cerita Ita                                                             Kerana bekal cantik BON 900 Cafe aku tergoda! Langkau ke kandungan utama

Kerana bekal cantik BON 900 Cafe aku tergoda!

 Assalamualaikum semua, hari ni aku masih cuti dan masih berada di kampung.. ada urusan keluarga yang perlu diuruskan.. esok akan naik kerja insyaAllah.. adalah harinya yang aku akan berulang dari Kluang ke Johor Bahru buat masa ni.. bukan hal ni aku nak ceritakan pun tapi kisah makanan.. ye la.. Ceritaita dan makanan kan temanya berpisah tiada.. hahaha.. kali ni aku nak cerita pasal kerana bekal cantik BON 900 Cafe aku tergoda.. haa gitu tajuknya.. 

Kerana bekal cantik BON 900 Cafe aku tergoda! 


macamana aku boleh tergoda dan terjebak ni? macam ni la bila selalu lalu lebuhraya bila nak balik rumah mak abah.. selalu la tersinggah hentian yang ada di sepanjang laluan yang ada.. satu hari tu tersinggah di Hentian Sebelah Kulai yang menghala ke selatan.. terpandang la pulak iklan kat BON 900 Cafe tu.. kaler mengancam tau.. kuning diraja.. huhu.. terus terpikat la yang memandang.. 


apa lagi aku pun intai la apa yang ada.. BON 900 Cafe ni menghidangkan menu ala-ala Cafe atau warung la bagi standard kita yang biasa-biasa ni.. tapi harga bukan harga warung ya.. hahaha.. kira cafe mahal la korang.. menu dia macam biasa ada pelbagai jenis air minuman termasuk kopi dan jus.. tapi aku tak cuba lagi ya air dia.. 


sebab asal tujuan aku datang pun sebab aku berkenan dengan  bekas makanan dia yang berwarna kuning memikat hati tu.. siap ada sudu garfu cantik tersusun kat dalam dia.. jadi aku tanya la menu apa yang ada nak digandingkan dengan bekas tu.. pelayan tu elok je jawab.. ramah budaknya.. dia kata ada nasi lemak dengan pilihan lauk daging rendang atau ayam rendang atau ayam blackpepper.. boleh pilih la.. 

nasi lemak lauk daging rendang


kalau menu daging rendang tak disertakan air kopi.. tapi untuk ayam tu ada dapat kopi secawan.. harga?  sama je semua menu RM12.. jadi aku order nasi lemak dengan daging rendang..  ada jugak jual nasi lemak biasa dalam bekas plastik putih rm3 je.. senyum meleret aku dapat bekas kuning berisi nasi lemak dengan daging rendang.. 


komen aku ialah nasi dia lemaknya cukup.. dan sedap.. nasi pun banyak.. aku terpaksa bagi dua untuk makan pagi dan tengahari.. tapi bawak balik jugak sebab tak habis.. haha.. alhamdulillah nasinya tak basi walaupun aku dah loce-loce kata orang johor.. kira macam dah usik sana usik sini la.. untuk rasa lauknya pula.. pada aku sambal nasi lemaknya.. manis sikit.. pada orang yang tak suka pedas tu oklah kot.. dia letak telur sebiji dalam sambal nasi lemak tu.. 


untuk rasa rendang.. ada rasa pedas dan manis.. mungkin nak bagi rasa tu macam seimbang kot.. tapi pada aku tetap rasa manis tu terlebih..lebih sedap kalau rasa manis tu dikurangkan.. ini tekak aku la ya.. sebab rasa pelik bila makan daging berserta dengan manis terlebih.. macam makan cicah gula pulak.. hehe.. manis sedang-sedang je dah cukup sebab aku dah terlebih manis dah.. eh... hahaha.. abaikan.. 

pilihan menu


ada juga katanya bekas yang lebih kecil untuk tapau mee rebus atau bubur nasi ayam.. menarik jugak yang tu.. yang tu rm10.. lepas tu kat BON 900 Cafe ni ada jugak nasi ayam penyet, nasi putih dengan sup kambing.. nasi dengan kari kambing.. aku cadang nak cuba juga ni.. sebab nak kumpul bekas makanan dia yang cantik jugak tu.. dasar mak-mak ginilah.. anak aku ramai ok..  lainkali la pulak kita cuba.. sekali cuba minuman yang ada ke kan.. 

Senarai cawangan BON 900 Cafe


sayangnya pada aku satu je.. sebab cawangan BON 900 Cafe ni terhad.. hanya ada di lebuhraya dan hentian tertentu saja.. mungkin boleh kot lepas ni tambahkan cawangan.. nak lantik aku jadi tukang promosi pun boleh.. hahaha.. tawar diri pulak.. kot-kot la ada kerja kosong..  kalau korang berminat boleh tengok gambar aku lampirkan ni untuk tau kat mana lagi cawangan BON 900 Cafe yang ada ok.. jomlah kumpul hantu kuning.. eh bekas kuning.. janganlah jadikan aku sorang je yang tulis kerana bekal cantik  BON 900 Cafe aku tergoda ok!


Ceritaita




Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...