Berniaga di bazar Ramadan BBU - Cerita Ita                                                             Berniaga di bazar Ramadan BBU Langkau ke kandungan utama

Berniaga di bazar Ramadan BBU

Assalamualaikum semua,  dah melepasi pertengahan Ramadan dah sekarang ni.. aku lupa nak cerita yang tahun ni merupakan tahun kedua kami berpuasa di negeri Johor.. negeri kelahiranku.. tak pernah terfikir atau termimpi nak dapat peluang bekerja di negeri sendiri.. tetiba dah tahun kedua berpuasa pulak.. rezeki tu memang tak pernah salah alamat kan.. Allah dah atur cantik.. cuma kadang-kadang tak kena dengan apa yang kita rancang.. jadi tu kita jadi susah nak terima setiap aturannya.. begitu juga cerita shah berniaga di bazar Ramadan.. 



Berniaga di bazar Ramadan BBU 


Tahun pertama berpuasa di Johor terasa lain sebab waktu tu PKP 1.0 tengah dilaksanakan.. masa bulan puasa tu memang susah juga shah nak berniaga.. oh lupa nak bagitau.. shah sejak berhenti kerja sebab sakit belakang ni, dia tumpukan pada urusan anak-anak dan berniaga air balang..dia jual air kelapa laut Man Java.. masa baru berpindah ke Johor aritu terhenti sekejap sebab tempat baru.. kemudian dapat peluang hantar air ke kedai runcit.. kemudian ada juga la sikit-sikit order dari luar yang gunakan runner untuk hantar.. 


Tapi bulan puasa yang lepas memang dugaan betul.. nak dapatkan stok pati air kelapa laut dari Man Java pun susah..berminggu nak sampai sebab masalah transport.. dan tertangguh juga stok jualan nak hantar ke kedai.. kiranya cukup-cukup je la menampung perbelanjaan kami.. mujur juga masa tu ada moratorium dari bank.. dapat la duitnya tampung perbelanjaan yang lain.. 



Bulan puasa kali ni pulak berbeza sikit.. shah dapat rezeki masuk bazar Ramadan di tapak Masjid Bandar Baru Uda.. syukur juga.. adalah dugaan kecil masa nak dapat tapak tu.. tapi ada kot hikmahnya.. cuma kali ni dugaan Covid-19 pulak.. kes makin naik jadi SOP diperketatkan.. memula buka tu agak susah la.. kemudian bila dah dipertimbangkan semula,  peniaga boleh tarik nafas lega sikit la.. tapi cuaca pulak tak berapa menyebelahi.. musim hujan melanda Johor Bahru ni.. selalu hujan lebat tiba-tiba.. dari tengahari membawa ke petang.. 



Kadang-kadang tu sampai termenung je tengok hujan.. banyak hari juga shah tak buka gerai.. ada sehari tu langsung tak buka sebab rumah kami naik air.. banjir sekali lagi! kali ni lagi teruk.. abis penuh air dalam dapur.. mujurlah masa tu shah ada kat rumah.. aku masa tu ada kat kampung dengan anak-anak.. 


Lupa nak cerita.. sejak adik bongsu aku berpindah ikut suami dia aritu aku berulang setiap hujung minggu untuk balik rumah mak dan abah untuk uruskan keperluan yang wajib.. mak abah aku kan dah bertongkat keduanya.. dua-dua dah tak berapa sihat.. mak aku pulak lebih teruk dibandingkan dari abah.. kencing manis mak jadikan tangan kaki mak kebas.. lulut sakit dan susah nak berjalan.. kebanyakan masa mak akan pakai lampin pakai buang untuk memudahkan mak.. rasa sebak pulak bila tulis pasal ni.. 


Jadi dalam bulan puasa ni shah akan hantar kami balik setiap hari Khamis malam Jumaat dan kemudiannya balik semula pagi Jumaat untuk berniaga pulak di bazar Ramadan petang tu.. nanti shah akan datang pulak ambik kami bila sudah habis berniaga hari Sabtu tu.. kadang-kadang sampai rumah dekat pukul 1 pagi.. pernah juga la terlajak ke 2 pagi.. aku terhutang budi juga dengan shah.. terima kasih bang sebab ada waktu susah senang dengan ita.. ita hargai sangat-sangat apa yang abg buat untuk ita dan anak-anak.. 


Tak lama dah nak sambut raya pulak kan.. alangkah bagusnya kalau boleh merentas negeri.. rindu nak balik ke Kuantan jenguk rumah di sana yang lama terbiar.. rindu juga nak jumpa mak shah di Pekan.. semoga Covid-19 ni cepatlah berlalu pergi.. cepatlah kita hidup macam dulu balik.. Apapun aku nak tulis ni je.. tolong doakan semoga dipermudahkan urusan shah dan dimurahkan rezeki sepanjang berniaga di bazar Ramadan Bandar Baru Uda tu.. pengalaman berniaga bazar Ramadan di musim covid ni memang sangat menguji dan berharga.. kalau sesiapa free mehlah singgah.. air dijual dalam plastik dan juga botol.. 


Ceritaita




Ulasan

  1. Allahu.. Semoga terus kuat mengharungi dugaan, semoga ada hikmatnya utk Ita sekeluarga

    BalasPadam
  2. Dahulu pernah tinggal di BBU.
    Harap segala dipermudahkan. Amin.

    BalasPadam
  3. Moha Allah permudahkan urusan dan perlimpahkan rezeki Ita dan Shah sekeluarga..aminn

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...