Jalan-jalan beraya di Lexis Hibiscus Port Dickson - Cerita Ita                                                             Jalan-jalan beraya di Lexis Hibiscus Port Dickson Langkau ke kandungan utama

Jalan-jalan beraya di Lexis Hibiscus Port Dickson

Jalan-jalan beraya di Lexis Hibiscus Port Dickson

Assalamualaikum semua, dah masuk pertengahan Ramadan dah pun sekarang ni.. lagu raya pun dah mula dipasang di sana sini.. walaupun masih dalam situasi wabak pandemik Covid-19 tapi suasana hari raya tu masih dirasai di sana sini.. ada yang dah sibuk buat persiapan membeli baju raya.. ada juga dah sibuk buat persiapan kuih raya.. ada juga yang dah siap ambil cuti raya.. walaupun SOP musim perayaan belum lagi diumumkan masing-masing dah menyimpan hasrat nak berhari raya sama macam sebelum dilanda oleh Covid-19 satu ketika dulu.. 

Pastinya masing-masing dah rindu nak berjumpa sanak saudara.. maklumlah tahun lepas semuanya kena beraya dalam norma baharu yang tidak membenarkan rentas negeri mahupun rentas daerah.. dan seperti yang semua tahu.. kerajaan baru sahaja mengumumkan pada 27 April baru ni yang rentas negeri tidak dibenarkan sehingga Aidilfitri.. ini bermakna sekali lagi kita terpaksa melalui musim perayaan Aidilfitri kali ni dengan norma baharu.. tiada lagi istilah berebut untuk balik kampung.. 

Jalan-jalan beraya di Lexis Hibiscus Port Dickson


Ramai yang sedang menyimpan kekecewaan sebenarnya.. tak kurang juga yang berkongsi cerita akan kesunyian di pagi hari raya.. memang tak dapat la nak dinafikan kalau duduk sorang-sorang tu nanti boleh jadi lagi gundah gulana hati tu nanti.. aku sekadar nak buat cadangan.. bagi sesiapa yang tak dapat nak balik beraya macam biasa tu.. apa kata korang rancang sesuatu yang lain di musim perayaan ni.. sesuatu yang mungkin akan dikenang oleh korang atau keluarga korang sampai bila-bila nanti.. cadangan aku ialah apa kata kalau korang cuba jalan-jalan beraya di Lexis Hibiscus Port Dickson ke..

Cuba la sesuatu yang lain untuk mengisi masa dan bagi kenangan best untuk keluarga.. ambik peluang untuk me-time pun ok jugak ni.. rasa suasana beraya di hotel pulak macamana rasanya.. ambik peluang berjalan ke tempat yang cantik dan ambik gambar kenangan banyak-banyak.. tentunya akan jadi lebih seronok sebab takkan raya sorang-sorang dan pastinya akan dihidangkan dengan hidangan hari raya yang bermacam jenis nanti..



Bila kita berjalan atau bercuti atau staycation yang menenangkan ni sekurang-kurangnya dapatlah mengubat hati yang sedang sedih atau mengalihkan sedikit pandangan dari kesedihan.. kedudukan Lexis Hibiscus Port Dickson yang berada di tepi pantai ni tentunya boleh mendamaikan hati sesiapa sahaja yang singgah.. laut tu kan memang boleh beri ketenangan kepada sesiapa pun yang melihatnya.. betul tak? 

Kalau tak percaya cubalah berehat dan ambil peluang pandang ke laut.. kalau dulu pun masa kami duduk di kawasan tepi pantai memang sangat suka saja-saja untuk pergi dan tengok laut.. rindu dah pandangan laut yang sangat tenang.. tetiba pulak terasa macam nak bercuti dan ambik peluang untuk tatap pandangan laut yang luas.. sambil hadap kolam renang yang menyajikan pandangan laut luas sambil melayan perut dengan ketupat, lemang dan rendang yang terhidang.. pehh.. lain benar raya kali ni.. pastinya akan jadi kenangan zaman-berzaman..



Yang lagi best bila kita tak payah pun nak susah payah memasak semua juadah tu.. semuanya dah terhidang di depan mata menanti untuk kita menjamu selera.. membayangkan pun dah rasa best.. tak payah nak susah payah cari buluh.. tak payah nak susah payah jaga api.. semua tinggal makan je.. korang tak teringin ke?

Ceritaita


 


Ulasan

  1. Twringin nak gi bercuti kat sini . Tempt pun best kan . Bila lah covid akan reda ni

    BalasPadam
  2. Ntah bila.la covid ni nak reda..x sabar nak pi bercuti ni...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...