Assalamualaikum semua, lamanya tak menulis.. bulan ni semua berlalu macam cepat sangat-sangat.. semuanya terasa sangat cepat sangat berlalu.. rindu nak menulis setiap hari macam dulu.. insyaAllah semoga ada ruang dan peluang nanti.. kali ni nak coretkan pasal kisah sambutan ulangtahun hari lahir abg long yang ke 14 baru -baru ni..
Sambutan ulangtahun hari lahir abg long yang ke 14 |
Bukan sambutan yang besar pun cuma ada adik-beradik dia dan beberapa orang sepupu dan saudara terdekat je.. potong kek kecil je untuk abg long.. eh kek dia sedap tau.. ada walnut dalam tu.. hadiah dia request pun belum sampai lagi.. haha.. tapi itu pun dah cukup untuk buatkan seorang anak tersenyum gembira.. tak perlu pun habiskan duit beribu.. walaupun dah cecah 14 tahun, rupanya nampak jelas seorang anak tu mengharapkan ibubapanya meraikan hari istimewa buat dirinya..
Mulanya aku cadang tak perlu buat apa-apa la.. sebabnya sejak kecik lagi anak-anak kami tak dibiasakan sangat sambut hari lahir ngam-ngam pada hari yang sama.. biasanya akan terlajak sedikit mengikut kadar kewangan semasa.. cuma sejak tahun lepas masa PKP tu selalu je aku dengan shah ada je kat rumah.. jadi sambut je dengan apa yang ada.. kami jadikan ianya aktiviti keluarga sepanjang PKP.. hehe..
Macam tahun lepas kami sambut dengan buat permainan mencari harta karun versi "Running Kids" , tahun ni ada jugak kaedah yang sama.. cuma kali ni dibuat di rumah atuk bebudak ni di kampung.. lebih meriah sebab ada kawasan yang luas.. nanti la aku edit dulu videonya.. kalau dah siap aku letak di youtube..
Teaser untuk Running Kids! |
Aku sempat buat post panjang di facebook dan Instagram ucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran buat abg long.. dah 14 tahun pun abg long sekarang ni.. semoga abg long dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan hidup, menjadi anak yang soleh dan dipertemukan jodoh yang solehah.. semoga Allah merahmati dan memberkati sepanjNg hidupmu wahai anak..
Pesan buatmu wahai anak :
Abg long, apa pun terjadi.. besar mana pun abg long.. Abg long tetap akan jadi anak pertama yang ummi ayah sayang.. jadikan semua nasihat teguran ummi dan ayah sebagai panduan untuk berjaya dalam hidup.. jangan ulangi kesilapan yang kami pernah buat.. belajarlah untuk menjadi lebih baik selagi diberikan peluang.. jangan pernah berhenti berusaha dan jangan mudah mengalah.. Happy Blessed Birthday Ahmad Haziq Hakimi!
Ceritaita
Hbb abang long
BalasPadamhappy birthday abang long
BalasPadam