Assalamualaikum semua, hari ni agak santai sikit.. tak sempat dari aritu nak ucapkan selamat berpuasa pada semua pembaca Ceritaita.. apa yang disibukkan pun tak tau la.. haha.. tapi sejak dari awal tahun rasanya segala berlaku tak ikut sangat dah dengan perancangan.. sedikit sebanyak kemunculan virus Covid19 ni agak menganggu segala perancangan.. tapi itulah.. apa pun kehidupan perlu diteruskan kan? Itulah dipanggil kehidupan di norma baharu akibat Covid19..
Selamat Berpuasa dan Norma Baharu Akibat Covid19 |
Suasana agak berbeza di norma baharu ni.. semua orang tiba-tiba tidak boleh lagi bersemuka macam biasa macam dulu.. kena berjarak di sana sini.. semuanya disebabkan katanya virus ini boleh berjangkit apabila ada kontak rapat dengan mereka yang dijangkiti virus ini.. tapi rasanya macam banyak juga kepelikan yang kita nampak.. ada yang dijangkiti tapi tidak menjangkiti langsung orang yang serumah dengan dia walaupun tidur di katil yang sama..
semua orang tak selesa dengan norma baharu ni.. anak-anak pun sama merungut tiap kali balik sekolah.. tak boleh berbual dengan kawan-kawan.. tak boleh nak pergi sana sini.. asyik duduk dalam kelas je.. kesian juga.. tapi apakan daya kita.. kalau tanya aku pun.. aku pun tak berapa selesa dengan norma baharu akibat Covid19.. latihan kebanyakkannya masih dilakukan secara online.. ada kebaikkan dan keburukkan jugak.. bila online ni.. kita akan sentiasa ada pejabat laksanakan kerja hakiki sambil buat latihan.. boleh dibayangkan la keadaannya kan.. belum lagi peniaga jalanan macam shah yang diduga pelbagai ujian..
Sesungguhnya ujian Covid19 ni bukan sesuatu yang nampak dan dapat dijangkakan.. siapa yang akan kena.. siapa yang akan sakit hingga membawa maut susah nak dikenalpasti.. pakar perubatan pun masih lagi mengkaji dan mengkaji.. tak kurang jugak usaha dari golongan agamawan.. apa lagi yang mampu.. berserah pada yang Esa dan doa.. dan doa.. teruskan berdoa.. mana tau bulan Ramadan ni doa kita semua sama-sama diangkat dan diterima olehNya..
Harapnya tak terlambat aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menjalani norma baharu akibat Covid19 ni di mana jua kita berada.. Semoga dipermudahkan urusan buat semua orang dan kita akhirnya dapat merayakan Hari Raya bersama-sama keluarga dan orang tersayang..
Ceritaita
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.