Assalamualaikum semua, banyak nak aku kongsikan bila cerita pasal PDPR ni.. banyaklah nak cerita.. terutama pasal macamana aku handle PDPR untuk 4 orang anak yang tengah bersekolah.. belum lagi macamana nak uruskan semua kerja dengan tugasan anak-anak lagi.. fuh.. banyak sangat kisah nak cerita.. tapi apa kata aku mula dulu kisah PDPR kami dengan peralatan asas yang perlu ada untuk PDPR di rumah?
Peralatan asas yang perlu ada untuk PDPR di rumah |
ada orang tanya.. dah masuk PKP 3.0 masih relevan lagi ke apa yang aku nak tulis ni? aku tak kisah pun soal relevan ke tidak cuma pada aku, aku suka nak kongsikan apa yang aku buat untuk pembaca.. manalah tau kalau ada antara pembaca yang dapat manfaat dari apa yang aku tulis ni kan.. kurang-kurang dapat jugak bantu serba sedikit.. aku nak bantu dari segi duit memang sendiri pun cukup-cukup makan je pun.. jadi bantulah dari segi lain pulak..
Marilah aku cerita apa yang sediakan dalam peralatan asas yang perlu ada untuk PDPR di rumah kami ni.. kalau nak tau aku dah mula beli barang sikit-sikit untuk persediaan PDPR anak-anak sejak dari awal tahun lepas.. maksudnya sejak dari awal PKP 1.0 dan masa tu ada ura-ura nak mulakan PDPR di rumah.. masa tu aku dah terfikir yang laptop yang ada di rumah no dah uzur.. dah sebaya abg ngah usianya.. screen pun kejap nampak kejap tukar warna dah pun..
Peralatan asas yang perlu ada untuk PDPR di rumah :
1. Keperluan Internet atau WIFI
Wifi by Unifi |
Bila fikirkan masalah macam tu aku terfikir kenapa tak mula kumpul barang IT untuk keperluan anak-anak.. jadinya peralatan pertama kami sediakan adalah keperluan internet atau WIFI.. masa ni kami sebenarnya dah mula ada Unifi sejak beberapa bulan sebelum kami pindah ke Johor Bahru.. kebetulan sangat sebenarnya.. sebelum tu agak keberatan nak pasang sebab komitmen bulanan tu risau tak terbayar je.. tapi kami pakej yang paling murah dari Unifi.. takde tambahan lain semata-mata hanya untuk keperluan internet dan telefon di rumah untuk talian kecemasan anak-anak..
Bukan tak pernah la talian internet ni buat hal.. masa PKP 1.0 dulu coveragenya amat bagus.. laju betul.. tapi bila masuk PKP 2.0 Unifi dah mula bermasalah sikit.. dan PKP 3.0 ni aritu dia bermasalah juga lagi sampai ada technician yang kena baiki tiang kat depan rumah kami ni.. entah apa masalahnya.. lepas diorang baiki barulah line agak ok.. tapi memang aku akui keperluan internet amat perlu untuk bantu PDPR anak-anak di rumah.. sebab tu aku letakkan dia di tempat peralatan asas nombor satu yang wajib ada.. sekarang ni dah ada router yang boleh masukkan simcard unlimited yang murah.. sesuai la untuk kegunaan rumah..
kalau dulu-dulu kami cukup dengan hanya kongsi internet hotspot dari gajet sedia ada sama ada line telefon aku atau shah.. tapi sebabkan adanya PDPR memang satu langkah bijak untuk pasang punca internet lain samaada WIFI atau talian lain yang hanya khas untuk penggunaan internet..
tapi kan tak dinafikan juga.. keperluan internet ni merupakan satu masalah besar bagi keluarga yang duduk di kawasan pendalaman.. banyak lagi kawasan di dalam negara Malaysia ni yang masih ketinggalan dari segi teknologi ICT.. banyak jugak kalau difikirkan kena adanya penglibatan agensi yang berkaitan kat situ.. harapnya akan ada penambahbaikan di masa akan datang nanti..
2. Gajet atau laptop atau komputer riba atau komputer atau desktop computer.
komputer yang ada di rumah kami.. asas je pun |
Semua yang aku senaraikan kat atas ni merupakan antara yang wajib ada bila cakap pasal peralatan asas yang perlu ada untuk PDPR di rumah.. sebabnya bila nak online salah satu mesti kena guna.. ada banyak cerita keluar bila kerajaan mula perkenalkan PDPR di rumah ni.. antaranya ialah tiada gajet nak digunakan.. telefon yang ada pun kena berkongsi dengan telefon ibubapa gunakan untuk bekerja.. ada yang berkongsi pulak dengan adik beradik yang ramai.. belum lagi yang langsung tak mampu nak ada telefon pintar pun untuk digunakan sebagai alat asas PDPR..
macam kami sendiri awalnya aku mula belikan satu telefon pintar untuk kegunaan belajar.. jadinya bila aku di tempat kerja akan ada 2 gajet ni di rumah untuk bantu pembelajaran anak-anak.. cuma yang jadi masalahnya ialah bila ada kelas serentak.. boleh ketinggalan la dibuatnya.. jadi aku mula la terfikir nak cari alternatif lain..
waktu tu terfikir nak guna laptop kami yang sedia ada.. bila buka dan sampai satu tahap dia punya boleh bikin hati panas aku mula la terpaksa cari jalan lain.. kebetulan masa PKP 1.0 ada rezeki duit simpanan dari Moratorium.. jadinya kami terfikir nak belikan satu komputer peribadi atau desktop computer untuk kegunaan di rumah.. tapi dalam. masa yang sama kami tak cukup duit untuk beli komputer baru.. jadi aku pun apa lagi.. terus survey website online shopping.. cari komputer terpakai dengan kadar yang sesuai dengan bajet kami.. alhamdulillah kami dapat beli dengan harga tak sampai RM500 masa tu.. dapat keyboard dan mouse percuma..
kemudian kami tambah pulak dengan beli satu lagi laptop untuk kegunaan kerja dan anak-anak kat rumah ni.. beli atas dasar jimat jugak jadinya masih mencari laptop terpakai yang munasabah harganya.. laptop murah tapi berkualiti...
syukurlah hayatnya masih panjang.. dah lebih setahun kami pakai.. masih boleh digunakan dengan lancar.. sangat berbaloi dengan harganya.. dan sekarang ni kami upgrade sikit-sikit peralatan yang ada.. termasuk kami beli juga mouse gaming yang murah..
3. Kamera USB dan microphone
usb camera murah yang kami dah upgrade |
aku letak kamera usb atau webcam dan microphone sebagai peralatan asas yang perlu ada untuk PDPR di rumah sebab adanya kadangkala keperluan untuk cikgu adakan kelas secara online melalui aplikasi Google Meet atau Zoom.. mula-mula kami beli kamera yang setakat tak lebih rm20 tapi bila abg ngah komplen lubang hidung pun nampak kelabu.. jadi kita upgrade la beli yang clear sikit..
microphone putih tu yang pertama aku beli.. murah dan sangat berbaloi |
bila adanya 2 benda asas ni cikgu boleh menjalankan kelas secara 2 hala dan bukannya hanya bercakap sorang-sorang tanpa respon dari pelajarnya.. kesian tau kalau cuma cikgu sorang je yang bercakap.. aku dah pernah tengok.. sedih pulak bila nak murid taknak bagi respon.. walaupun cuma diminta baca petikan ayat dari buku..
2 perkara ni tak berapa penting sangat kalau anak-anak korang gunakan telefon pintar untuk pembelajaran PDPR di rumah ya.. ada satu lagi pesanan.. jika gunakan kamera untuk pembelajaran PDPR di rumah.. eloklah seisi rumah dalam keadaan berpakaian sopan serta tempat belajar dalam konsidi yang baik.. ianya dapatlah mengelakkan dari ternampak aurat atau gambar yang tidak sepatutnya.. kena pastikan jugak microphone berada dalam keadaan mute jika tidak diperlukan.. sebab karang habis semua marah anak yang lain termasuk dalam kelas anak yang lain pulak nanti..
4. Earphone atau headphone atau speaker
speaker beli dari awal sampai sekarang masih berfungsi dengan baik |
asalnya awal kami beli komputer terpakai dulu aku beli speaker tambahan sebagai peralatan asas yang perlu ada untuk PDPR di rumah.. sebabnya agak susah untuk mak dan anak sama-sama belajar topik yang sama jika mak tak dapat nak dengar..
kena tau juga.. PDPR bermakna kena ada bimbingan ibubapa di rumah.. dan anak-anak kami bukanlah berada di kalangan kelas teratas jadi bimbingan ibubapa dirasakan sangat perlu untuk memastikan program PDPR anak-anak berjaya.. dengan adanya speaker boleh la ibubapa sama-sama dengar dan faham dan boleh mengajar anak-anak pulak selepas itu..
headset ni aku beli untuk bagi reward kat anak-anak |
sekarang ni anak-anak selalunya dihidangkan dengan video pembelajaran jadinya nak bagi selesa dan mudah mendengar.. aku upgrade beli headphone yang ada lampu-lampu pulak.. biar bagi semangat lebih sikit..
5. Meja belajar dan kerusi pejabat
jadilah walau kecik je pun |
Meja belajar ni kami beli yang saiz sederhana yang mana harganya juga sederhana.. boleh la. memuatkan komputer dan buku anak-anak ketika belajar.. walaupun agak sempit.. yang pentingnya tempat belajar yang sesuai tu perlu diadakan.. perlu disediakan.. kalau tidak nak cari mood belajar pun susah..
kami guna kerusi putih belakang tu je sebelum adanya kerusi ni.. |
Kerusi pulak asalnya kami guna kerusi meja makan tu je.. nak jimat punya pasal pasal kerusi komputer atau pejabat lain harganya agak mahal.. alhamdulillah ada rezeki pulak kami baru-baru ni untuk upgrade gantikan kerusi pejabat.. yang ni pun kami beli yang terpakai jugak.. selain harganya murah dan kualiti masih bagus.. kami memang agak berjimat dalam beli perabut.. jarang sangat beli yang baru.. maklumlah orang selalu berpindah randah ni.. bila dirasakan perabot tu dah tak sesuai bawa pindah kami akan bagi atau jual je pada yang memerlukan..
6. Printer atau mesin pencetak
Ini antara list yang belum kami ada.. pernah ada dulu dan dah rosak.. gantikan macam-macam pun masih tak boleh digunakan.. akhirnya buat keputusan nak cari baru yang jenis heavy duty.. bila intai harganya rasa tersekat kerongkong nak berkata-kata.. jadinya kita simpan dulu hajat sambil simpan bajet yang ada..
Tapi aku memang tak nafikan ianya adalah satu keperluan untuk mencetak apa jua nota dan latihan.. buat masa sekarang ni kami terpaksa bergantung dengan kedai sekitar yang menawarkan perkhidmatan mencetak... mujur saja waktu PDPR musim PKP 3.0 ni dah ramai cikgu bekalkan modul untuk pelajar dan jadi kuranglah kerja mencetak.. syukur..
oklah dah panjang aku berceloteh.. buat masa ni inilah 6 peralatan asas yang perlu ada untuk PDPR di rumah yang aku boleh senaraikan.. nanti kalau ada lagi yang beri cadangan atau terlintas dalam kepala aku, aku akan tambah lagi ya..
harapnya dengan perkongsian aku ni sedikit sebanyak akan ada yang dapat manfaat dan jika korang rasa ada sesiapa yang sesuai baca untuk dapatkan info untuk sediakan peralatan asas yang perlu ada untuk PDPR di rumah ni boleh la kongsikan pada mereka ya.. terima kasih..
Ceritaita
setuju sangat2 ni, kami dulu pakai astro, sejak pkp 1.0 terus terminate astro dan subscribe unifi. memang satu keperluan dah unifi ni sebab maknya pun wfh
BalasPadamMula sikit-sikit, lama-lama ada. Bab harga printer tu memang telan air liur lagi-lagi bila dah jadi barang tinggi permintaan kan.. huhu
BalasPadamwaa.. byaknya mau prepare kan.. sy lagi ada 4 org adik.. mmg tak dapat sedia semua.. hp pun kongsi saja.. kdg terfikir mcm mana lah dgn ibu bapa yg lain yg betul2 susah.. Semoga dipermudahkan urusan akak sekeluarga.. stay safe
BalasPadamMemang sekarang internet dah menjadi satu keperluan bukan lagi kehendak. Tapi anak2 lebih banyak tengok youtube daripada ber pdpr. Hahaha
BalasPadamsetuju semua tu. now menjadi sgt perlu!
BalasPadamaida baru je beli sebuah lagi laptop last weekend. so, total ada 3 laptops dan 1 desktop. keperluan anak-anak pdpr dan aida & asben yg wfh. hu hu hu hu... sib baik la ada laptop yg kurang dari rm2000, ita.
printer 3 in 1 (memang lama dah ada). ear phone. kerusi meja. semua complete sorang satu. satu bilik memang khas utk anak-anak pdpr.
ntah brape lama la kan anak-anak di pdpr. moga cepat la abis covid 19 ni. in shaa Allah. dan kehidupan kita kembali normal :)
Selamat PDPR kepada anak-anak, Line internet memang penting untuk mereka menduduki kelas PDPR... moga dipermudahkan urusan anak dan ibu bapa semua kecian pada mereka yang tidak berkemampuan
BalasPadamAnak dua Ni pun berebut nak Google meet. Now tengah fikir nak add extra phone.
BalasPadamEh, microphone tu beli Kat Mana? Kat shopee eh? Boleh minta link Tak? Nnt paste link kalau Ada ya. Nnt Saya terjah semula.tq.
Seronok tengok keperluan lengkap macam ni. Paling penting internet tu kena stabil kan.
BalasPadamSeronok tengok semua kelengkapan tu. Yang paling penting internet kena stabil kan..
BalasPadamSetuju dengan senarai tu. Yang penting dan wajib ada masa PDPR, wifi. Jimat pun ya ;)
BalasPadamzaman pdpr mmg itulah perkara yg kena ada utk selesa budak2 belajar
BalasPadamBetul tu.. Kena lengkap.. Kalau tak ksian dekat anak2 xselesa n boleh ketinggalan kan
BalasPadamAlhamdulillah. Ibubapa yg prihatin pasti akan cuba menyediakan keperluan yg perlu utk PdPR anak2 mrka. Tahniah....
BalasPadam