Belajar makan makanan Korea pulak
Assalamualaikum semua, baru ni kami belajar makan makanan Korea pulak.. puncanya ada ternampak iklan di facebook jual makanan Korea yang sedap ni.. lama jugak la berkira-kira nak beli ke tidak.. risau jugak nak beli awal-awal tu.. risau yang kami ni tak reti nak makan pulak.. eh korang faham tak perkataan reti tu? reti tu bermaksud pandai atau tau.. kiranya risau kami ni tak pandai makan la..
Belajar makan makanan Korea pulak |
jadinya memula kami tanya-tanyalah dulu apa menu yang ada.. ternyata penjual ramah je nak menjawab persoalan kami.. ditunjukkan gambar menu pilihan yang ada macam kat bawah ni.. mula la rambang mata nak pilih.. dan kemudiannya kami cuba 2 menu.. menu ayam goreng sahaja dan ayam goreng bersama ramen.. alhamdulillah.. terbukti sedap dan memenuhi citarasa.. sesiapa yang nakkan menu Korea sekitar JB berbaloi la cuba.. harga masih dalam kategori mampu beli..
menu pilihan |
menu pilihan |
Belajar makan makanan Korea pulak
makanan korea di JB |
cuma lainkali mungkin kena beli yang kurang sos korea tu.. yang ringan sikit la pasal kesian si kecik adam dan hadi yang kepedasan sebab nak makan sama jugak.. siap hadi cakap.. "lainkali kalau ummi nak beli jangan suruh dia letak sos pedas tu ya? beli ayam dan megi biasa je la".. kesian la wahai anak.. padahal dia tak tau.. kalau tak letak sos korea tu tak Korea la menu kita nanti.. hahaha..
kesian budak yang kepedasan ni.. hehe |
Bagi sesiapa yang nak cuba boleh contact terus Kak Nurul's Kitchen ya.. belajar makan makanan Korea pulak la kita.. 😆
Ni nombornya ya? boleh hubung terus kalau yang berminat Kak Nurul's Kitchen facebook : https://www.facebook.com/Kak-Nuruls-Kitchen-103086901992440 whatsapps: 017-9790517 |
Ceritaita
Bila tengok orang makan nampak sedap pulak. Mcm mya suka dessert dengan tteokbokki. Tengok resepi mcm senang, bila buat tak jadi pulak. Pilihan terakhir beli jelah nampaknya.
BalasPadamSekali-sekala kena tukar selera jugak. 🤭
BalasPadammemang klo korean food nie..lg2 kalau spicy..mmg.terangkat la kalau makan...terliur aihhh..dh la pose nie..ahaha
BalasPadamsos korea boleh tahan juga pedas dia kan.. setanding tekak melayu
BalasPadamsedapnyaa. pernah makan sekali dekat Johor, ayam bersalut cheese tu. lupa dah nama dia.
BalasPadamWow enaknya jika bisa buat sendiri seperti makanan ini.
BalasPadam