Gerobok Rezeki di Masjid dan Surau seluruh negeri Johor
assalamualaikum semua, sukanya aku baca tajuk berita hari ni.. dalam pada kita semua seluruh dunia berperang melawan dengan wabak Covid 19 ni tentunya terdapat golongan yang sedang kesusahan dan kesempitan dalam hidup akibat kehilangan pekerjaan atau orang tersayang..
Contoh gerobok rezeki di SKTDA |
di sebalik kesulitan disebabkan wabak penyakit ni ada banyak hikmah kebaikan yang muncul.. antaranya inilah dia.. peluang untuk bersedekah dan beramal kepada golongan yang memerlukan.. peluang untuk meraih sebanyak mungkin bekalan untuk dibawa ke negeri abadi.. bukan hanya sesama Islam yang bersedekah tetapi semua agama dan bangsa juga.. suka betul aku tengok budaya ni..
bermula dengan bermacam kisah sedih yang kita dengar.. ramai yang terkesan dengan hutang dan kesempitan hidup sehinggakan ada yang mengambil jalan singkat untuk membunuh diri.. berita terkini kes bunuh diri dah jadi viral di sana sini.. ini berita yang sangat sedih.. cukuplah dengan kadar kematian disebabkan oleh Covid19 ini setiap hari yang cukup membuat hati hancur.. janganlah pula ditambah dengan berita kematian disebabkan bunuh diri.. minta dijauhkan semua ini dari rakyat Malaysia..
sebelum ini bantuan hanya digerakkan oleh badan kebajikan atau NGO tertentu sahaja.. tetapi selepas tu timbul pula viral bendera putih yang diwujudkan untuk membantu semua yang memerlukan tetapi tidak mampu meminta atau malu untuk meminta-minta.. syukurlah dengan ini ramai keluarga dapat dibantu.. ada yang sebenarnya telah bertahan selama berbulan-bulan tanpa bekalan makanan yang cukup.. ada yang sudah makan hanya untuk hidup dengan berkongsi apa saja yang tinggal..
Gerobok rezeki di SKTDA
Gerobok rezeki di SKTDA |
kemudian bantuan untuk yang memerlukan ini juga dikembangkan dengan kaedah sumbangan bakul makanan oleh wakil rakyat.. sumbangan oleh masjid dan surau seperti tajuk berita hari ni.. mana-ma individu yang memerlukan boleh ambil keperluan di mana-mana masjid dan surau di seluruh negeri Johor.. bukan hanya untuk orang Islam sahaja.. juga telah digerakkan gerobok rezeki ini di kebanyakan sekolah-sekolah dalam Malaysia.. antaranya sekolah anak-anak kami di SK Taman Damansara Aliff.. gambar pertama dan kedua yang aku tunjuk kat atas tu adalah gerobok rezeki yang ditubuhkan oleh pihak sekolah.. sesiapa boleh menyumbang dan mengambil jika perlu.. terima kasih warga SKTDA..
Terima kasih buat semua tenaga kerja yang terlibat dalam aktiviti seperti ini walau di mana pun kalian.. walau sebesar mana sumbangan kalian.. sesungguhnya ini membuktikan Malaysia tentu mampu mengharungi dugaan wabak ini sehingga ianya berakhir.. selama ini hanya mampu baca berita seperti ini di negara besar seperti di Jepun ketika dilanda bencana.. tapi kini aku sangat bersyukur aku berada di Malaysia.. subhanallah.. rakyatnya sangat prihatin terhadap nasib orang lain.. semoga Allah merasa kasihan di atas usaha sedikit kita ini dan terus mengangkat wabak ini dari bumi.. amin..
Ceritaita.
Alhamdulillah, samalah kita berkongsi rezeki
BalasPadamkan.. syukur.. rezeki kita yang lain juga dapat terlibat..
PadamAlhamdulillah.. semoga cara ini dapat meringankan beban ujian mereka yang memerlukan bantuan sebegini.
BalasPadamamin.. harapnya begitulah..
PadamSemoga dapat meringankan beban mereka yg memerlukan.. sedih dgar kisah2 yg lalu kat timeline.. nak bantu kdg tak mampu.. Hanya doa saja huhu
BalasPadamsentiasa doakan yang sama juga..
Padamsemoga usaha ini dapat bantu yg memerlukan
BalasPadam